Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, June 05, 2010

Negara Islam matlamat asal PAS sudah hilang ditelan masa?



'Gone with the wind?' Angan angan Mat Jenin? Atau hanya sandiwara dunia politikus sekular berkopiah dan berserban?

Saya tak terkejut sekiranya UMNO yang sekular menidakkan usaha penubuhan negara Islam didalam ertikata sebenarnya kerana mereka pendokong semangat bangsa iaitu jatuh didalam kerangka 'Assabiyyah' yang dilarang didalam sistem Islam sebenar.

Tetapi bila mantan Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang tumbang angkara pembelotan beberapa Ahli Parlimen mereka sendiri bangun bertanya kepada mantan Menteri Besar Kerajaan BN Perak didalam Persidangan Dewan Undangan Negeri tersebut yang disiarkan didalam rakaman video di atas untuk menunjukkan dimanakah didalam transkrip transkrip PAS atau memorandum bahawa PAS hendak melaksanakan 'negara Islam'?

Memang amat mengejutkan bahawa terdedah sudah kini bahawa para pimpinan tertinggi PAS memang tidak ada langsung cita cita untuk mengotakan kata, menunaikan ikrar janji sumpah setia terhadap matlamat menubuhkan negara Islam, menegakkan Syariah Allah dibumi Malaysia ini seandainya mereka berjaya menumbangkan Kerajaan Sekular Barisan Nasional yang memerintah Kerajaan Persekutuan 'Mamluk Al Malaisie' ini di masa hadapan?

Pendekata, umat Islam didalam negara ini tidak boleh menggantung harap baik kepada Sultan Sultan Melayu, UMNO atau pun PAS sendiri untuk dapat hidup dipayungi Syariah Allah didalam ertikata sebenar baik sekarang atau pun pada masa akan datang?

Saya tidak sebut langsung tentang PKR kerana pada hemat saya ianya sebuah parti yang memperjuangkan cita cita seorang politikus sekular untuk menduduki 'takhta' Perdana Menteri walaupun terpaksa menggadaikan segala aspirasi Islami yang diperjuangkannya sebelum terjun ke kancah politik nasional semasa memimpin ABIM dahulu?

Jadi pada siapa lagi hendak kita mengharapkan kepimpinan tauladan yang boleh membawa kepada penubuhan Daulah Islamiyyah didalam ertikata sebenar seperti dituntut oleh Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan para Sahabat Baginda serta para Tabi'in lampau?

Saya nampak ciri kepimpinan ini pada diri Tuan Guru Professor Dato Dr Harun Din Al Haj dan didalam pertemuan saya dengan beliau sebelum ini ada titik persetujuan diantara kami berdua untuk berusaha merapatkan saf, mencari ruang dan peluang untuk menggerakkan jamaah jamaah Islamiyyah ke arah merealisasikan cita cita Khilafah Islamiyyah di bumi tanahair ini selama masih bernafas atau menyediakan kerangka ilham Dakwah Al Islamiyyah ke arah pencapaian matlamat tersebut.

Namun kita perlu sedar akan batasan usaha ke arah itu yang sedia ada dari segi penyediaan anggota anggota masyarakat kita terutamanya umat Islam yang benar benar menghayati dan menjalankan kehidupan mengikut lunas lunas ketentuan Syariah Islami dan mengamalkan prinsip prinsip ajaran ajaran Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam didalam kehidupan seharian.

Islam itu tertegak dengan pengamalan ajaran ajaran hakiki berasaskan panduan dari Al Quranul Karim dan berpaksikan Sunnah Rasulullah menurut ketetapan Baginda Rahmatulil Alamin dan tidak menyimpang barang sedikit pun dari apa yang di amanahkannya.

Tidak boleh kita mengurangkan pertimbangan atau ketentuan dasar didalam Syariah Islam sepertimana sedang dilakukan oleh Kerajaan Sekular Barisan Nasional ini dengan segala retorika nya berkokok tentang Islam itu dan Islam ini sehingga sanggup mendokong prinsip 'matlamat menghalalkan cara' seperti diperkenalkan konsep Islam Hadhari dan yang terkini diluluskan perjudian sukan!

Langkah langkah Kerajaan Sekular Najib Abdul Razak ini meneruskan agenda hedonisma puak puak yang memang terbukti jahil muraqqab tahap tak leh pakai langsong ini membuatkan saya mengambil keputusan bermufaraqah dari menyokong kerajaan umang umang 1Malaysia ini.

Kita perlu sedar bahawa disebalik laungan 1Malaysia itu sebenarnya tidak ada dasar hakiki untuk tidak membezakan diantara warga negara ini berdasarkan bangsa dan kefahaman agama masing masing.

Mungkin bagi mereka yang mudah termakan umpan gula gula politik yang ditebar sana sini bagaikan harta mak bapak sendiri, peruntukan dari Khazanah Negara hasil dari kutipan cukai dan hasil negeri serta negara digunapakai sang pemimpin 'Pengkhianat Malaysia' untuk membeli pengaruh dan merasuah politik demi mempengaruhi para pengundi untuk condong ke arah parti gabungan bersama iaitu BN!

Namun warga sekarang bukan buta politik lagi dan walaupun mereka mendapat imbuhan yang dijanjikan Menteri Perdana, terbukti jua bahawa mereka mengundi pihak lawan iaitu Pakatan Politikus Pembangkang seperti terbukti didalam Pilihanraya Kecil Sibu, Sarawak baru baru ini.

Para pemimpin BN Semenanjung telah bergolok bergadai sanggup menahan nafas dari terhidu bau hanyir babi panggang dan arak bir yang dihidangkan kepada kaum pribumi Dayak semata mata ingin mengambil hati dan merasuah politik para pengundi disitu namun akhirnya mereka di'ngap sayot' juga para penghuni rumah rumah panjang Sibu!

Minta maaf le! Sekarang ini tahun 2010, Akhirul Zaman. Zaman dimana melalui rangkaian internet bebas talian , para pengundi dipelusuk mana sekalipun mendapat kabar berita global yang mendedahkan segala maklumat dan cerita samada yang baik ataupun yang buruk sebagai wadah pertimbangan dan pemprosesan data pelayar laman laman blog dan portal portal berita semasa.

Masyarakat kita sudah celik IT! Para pemimpin BN yang masih bersawang kepala otak masing masing dan lawan lawan mereka didalam Pakatan Politikus Pembangkang yang sama tahap kereputan sel sel otak masing masing akan hanya sedar dimainkan para pengundi bilamana tiba pula musim pilihanraya umum ke 13 nanti?

Berbalik semula kepada soal pokok tentang cerita PAS dengan ghaibnya cita cita awal nak tubuhkan 'Negara Islam' seperti dibuktikan dengan soalan cepumas Nizar Zakaria mantan MB Perak PR.

Nampaknya Pengerusi DAP 'Singhh is King' Maharaj Karpal Singh Esquire tidak perlu risau atau hilang waktu tidur kerana satu satunya Parti 'Islam' seMalaysia sudah menggadaikan ' Cita Cita Negara Islam' mereka di pajak gantung Sungai Road ala ala dongeng cerita Ali Baba dan 40 Penyamun arahan Allahyarham P.Ramlee.

Tinggal nak tengok samada akan ada mana mana pemimpin gerakan gerakan Islam didalam 'Mamluk Al Malaisie' ini yang akan tumbuh taring dan belajar ikat serban, lengkap berperisai Iman dan Amal yang tak gentar dek guruh dilangit, berani mengerah jamaah Islamiyyah menegakkan panji panji Islam dibumi bertuah ini?

Setakat nak dengar Menteri Besar Perak yang baru ni berucap berastaghafar macam bagus je didalam video pendedahan pegangan Nizar Zakaria kat atas, saya tak teruja langsong sebab beliau hanya seorang politikus sekular yang menari ikut rentak dan gendang politik siyasah semasa!

Apakah akan kita dapat melihat wakil Khilafah peringkat Malaysia ujud didalam jangka hayat kita ini?

Rasa saya mungkin tidak selama saya masih hidup ini tetapi saya bersumpah akan berusaha membantu mana mana pihak yang berani berusaha ke arah penegakkan panji panji Allahu Ta'ala dibumi Malaysia ini tanpa mengira samada pihak itu dari kalangan Sultan Sultan Melayu yang sedang 'memerintah' atau waris waris Tuanku sekelian atau dari pihak mana mana ulamak muktabar!

Ulamak yang saya maksudkan adalah insan terbilang, yang teguh pendirian tidak terbabas mengikut hembusan angin politik seperti Tuan Guru Professor Dato Dr Harun Din Al Haj!

Pada hemat saya Tuan Guru Professor Dato Dr Harun Din Al Haj adalah satu satunya pemimpin umat Islam negara yang paling sesuai menerajui matlamat Darul Islam Malaysia yang menjadi cita cita saya dan berjuta juta umat Islam baik didalam negara ini mahupun di rantau Asia Tenggara, Insya Allah!

Mari kita ikuti apakah pegangan Shaikhul Islam, Prof Dato Dr Harun Din Al Haj berkenaan matlamat PAS untuk mendirikan Negara Islam didalam Malaysia ini :














Ada yang menghantar komen pada saya menidakkan matlamat menegakkan 'Negara Islam Malaysia' didalam perancangan PAS.

Makanya ini saya menyiarkan siri penerangan Shaikul Islam Tuan Guru Profesor Dato Dr Harun Din Al Haj berkenaan perkara di atas!

Masih mahu menyanggah hakikat ini?

Bawa bawa mengucap lah!

Wallahu `alam bissawab!
Post a Comment