Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, June 05, 2010

Warkah dari Mohd Firdaus ~ Bagaimana cara menyatukan ummah di Malaysia?

taubat-nasuha.jpg

A
ssalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Apakhabar uncle MG? saya harap uncle di dalam keadaan yang sihat walafiat.

Tujuan saya menulis email ini adalah kerana ingin menanya perkara - perkara yang ingin saya tahu?

Sebelum mula saya ingin memperkenal diri saya, nama saya Mohd Firdaus, berumur 19 tahun.


Uncle, bagaimana kita hendak satukan umat islam di bumi nusantara ini?

Apa yg saya lihat Umat Islam khususnya di nusantara ini perpecahannya terlalu teruk.

Ambil contoh di Malaysia..sedih sungguh dimata saya sebagai anak muda.

Sampai bila kita umat islam di nusantara ini harus menyembah berhala putih itu?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wa'alaikumsalam Mohd Firdaus,

Soalan Firdaus adalah yang biasa ditanya oleh manusia sejak zaman berzaman. Bagaimanakah kita dapat menyatukan ummah ini?

Bagi warganegara biasa seperti kita, ianya mungkin agak sukar kerana kita tidak memiliki kuasa perundangan yang boleh dipaksakan keatas setiap rakyat.

Didalam ertikata lain, penyatuan ummah ini harus dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa mengatur kehidupan masyarakat melalui perintah atau undang undang kerana secara dasarnya manusia ini memang bersifat degil dan keras kepala terhadap anjuran penyatuan.

Nafsu kita sentiasa mendorong kita untuk tidak mengikuti suruhan sebaliknya ia berupaya mendorong manusia bersifat ke aku akuan bagaikan enau didalam belukar ; masing masing mahu melepaskan pucuk!

Namun saya berpendapat bahawa penyatuan itu boleh dicapai secara alami atau dengan pendekatan menawan hati masyarakat dengan menampilkan ketinggian budi bahasa seseorang Muslim yang mencerminkan peradaban Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam didalam setiap pekerjaannya didalam kehidupan seharian dicelah masyarakat majmuk negara ini.

Bukan mudah merubah minda mereka yang terjajah dengan sikap mencari keuntungan dan kelebihan pada diri sendiri sahaja seperti yang terdapat didalam dunia sekular hari ini.

Hasrat kita itu tidak akan dapat diperolehi melainkan kita berusaha dengan lebih gigih dari orang lain. Salah satu caranya yang pada pendapat saya boleh dilakukan adalah melalui dakwah kita secara maya atau secara terus kepada masyarakat.

Dewasa ini, kita berkeupayaan untuk berhubung secara terus dengan orang ramai melalui laman web dan blog. Seperti usaha saya ini melalui laman blog Mahaguru58.

Hasil dari usaha saya berterusan menulis berdasarkan fakta dan bahasa yang boleh difahami dan diterimapakai kebanyakan ummah, maka blog saya dibaca oleh segenap lapisan masyarakat terutama mereka yang mahukan kebenaran.

Jika Firdaus ingin supaya pandangan Firdaus diterima ramai maka berterusanlah menulis dengan adil dan saksama berdasarkan kebenaran didalam Islam dan menggunakan bahasa yang indah dan beradab seberapa boleh.

Caci maki secara berterusan cuma akan merugikan si blogger yang akan di cap sebagai orang yang bermulut kotor dan biadap serta tidak patut diikuti penulisannya. Apa lagi sekiranya blogger itu gemar pula menimbulkan fitnah dan adu domba sesama manusia?

Maka amat penting sekali bagi kita yang mahu suara kita didengar dan diikuti para pembaca kita supaya terus beristiqomah didalam usaha dakwah secara maya dan di alam realiti semasa. Hendak seribu daya ; tak hendak seribu dalih atau alasan.

Seboleh mungkin setiap artikel karangan kita hendaklah dari hasil fikiran dan telahan kita sendiri. Artikel kita hendaklah berisi ilmu pengetahuan dan rujukan kepada Al Quran dan Hadis. Kita akan memperolehi pelbagai manfaat sekiranya kita mencari ayat ayat Al Quran dan Hadis Hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Pertama, kita akan membaca dan menghayati maksud ayat ayat Al Quran itu supaya sesuai dan tepat dengan keperluan artikel kita. Secara tak langsong, kita sebenarnya menghayati ayat ayat suci tersebut dan ianya merupakan pembelajaran kita secara peribadi akan ayat ayat dari Allahu Rabbul Alamin. Insya Allah, perbuatan itu akan ada manfaatnya bagi kita. Jiwa kita akan sentiasa diisi dengan peringatan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan akan ada gunanya bagi kita didalam menjalani kehidupan seharian didalam naungan Al Quran.

Hasil rujukan kepada ayat ayat Al Quran ini akan menjadi pedoman dalaman bagi kita dan kita akan menghindari diri dari terjebak kedalam kancah maksiat dan melakukan dosa dosa samada kecil atau besar didalam jangka waktu pendek dan panjang. Kita akan mampu mengingati ayat ayat Al Quran itu semasa meneruskan kehidupan kita dan Insya Allah, kemampuan kita membuat sesuatu keputusan didalam kegiatan seharian kita akan berpandukan kepada suruhan dan larangan Tuhan semesta Alam.

Insya Allah kita akan dapat menyelamatkan diri kita, ahli keluarga kita, jiran tetangga dan sanak saudara serta masyarakat sekeliling dari terus dibawa arus kehidupan di Akhir Zaman ini yang penuh bergelumang noda dan dosa.

Cara kita menasihati orang juga harus dilakukan dengan penuh berhemah bagaikan menarik rambut dari tepung. Tepung jangan sampai terselerak dan rambut jangan sampai putus. Ini adalah sandaran nasihat didalam perumpamaan lama Melayu.

Penuh bermakna dan boleh diterimapakai sampai bila bila. Dari istana dan perundangan negeri mahupun negara dan sampai kesetiap pondok dan kediaman manusia pelbagai peringkat kehidupan.Sesuai sepanjang zaman.

Bilamana kita berupaya merubah minda masyarakat termasuk diri kita sendiri, maka akan berlaku perubahan dalaman dan anjakan paradigma fikrah masyarakat. Secara tak langsong, kita bertindak menjalankan amanah Allah Subhanahu Wa Ta'ala seperti firmanNya didalam Surah An Nahl Ayat 125 :


125. OdAAu ila sabeeli rabbika bialhikmati waalmawAAithati alhasanati wajadilhum biallatee hiya ahsanu inna rabbaka huwa aAAlamu biman dalla AAan sabeelihi wahuwa aAAlamu bialmuhtadeena

[125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Sebagai umat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam, jatuh tanggungjawab keatas kita untuk meneruskan tugas Nabi menyampaikan risalah agama Islam kepada semua. Tanpa membezakan bangsa dan kedudukan didalam kehidupan ini.

Secara tak langsong, kita akan mendapat hasil dari kata kata nasihat dan pedoman berdasarkan kebenaran ayat ayat suci Al Quran dan hadis hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Seruan kita untuk manusia bersatu diatas landasan pedoman ajaran ajaran Agama Islam akan ada hasilnya jika usaha kita dilakukan secara berterusan dan dengan penuh ikhlas tanpa memperdulikan suara suara sumbang dari angkara jin dan syaitan dikalangan manusia.

Ya, sesetengah manusia itu kerjanya tidak lain tidak bukan hanya untuk menggagalkan usaha segolongan yang lain yang hidup berteraskan Al Quran dan Amanat Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam. Walau pun mereka berwajah manusia tetapi perangai dan cara fikir mereka hanya menyamai azam Syaitan Laknatullah.

Seboleh mungkin usah melayan kerenah manusia seumpama itu dan teruskan fisabilillah kita. Usah membuang masa kita yang berharga dengan cuba membalas soalan soalan dan komen komen mereka yang berintikan hasad dengki dan dendam kesumat mereka terhadap penyeru ke jalan Allahu Rabbul Alamin.

Diwaktu yang sama jangan sampai kita sombong dan bongkak dengan kerja yang kita lakukan kerna ianya mungkin akan melenyapkan keikhlasan kita pada peringkat awal untuk berdakwah kejalan Allah dan meneruskan perjuangan Nabi Muhammad al Mustafa, Sayyidul Mursalin. Na'uzubillah!

Belajar untuk bersabar dan menumpukan perhatian kita pada matlamat kehidupan kita sebagai umat Rasulullah Rahmatulil Alamin. Kecekalan kita meneruskan kehidupan kita berpandukan kepada ayat ayat suci Al Quranul Karim dan perwatakan kita yang kita gilap dan jaga dengan akhlak sesuai bagi seorang Muslim akan membuahkan hasilnya pada suatu hari nanti. Insya Allah.

Seandainya apa yang kita sampaikan dengan jujur dan ikhlas serta tawadhuk akan menampakkan kejayaan pada suatu masa nanti bilamana tarbiyyah kita secara alami dan berpaksikan kepada kebenaran didalam Ad Deenul Islam akan menyatukan ummah sekiranya suara kita dan nasihat kita dapat menembusi jiwa masyarakat.

Ianya memerlukan kita menjadi kuat. Kuat beragama, kuat berkasih sayang, kuat didalam nasihat menasihati tanpa mengenal jemu dan tabah menghadapi apa sahaja cabaran cabaran dan fitnah yang datang menimpa diri.

Usaha dakwah yang dilakukan secara gigih berasaskan naluri Islami tulin pasti memberikan kepulangan kepada kita bila ada yang mendapat semangat baru untuk merubah kebiasaan mereka dari terus berlaku dosa kepada pemberhentian maksiat didalam kehidupan peribadi.

Dari terus leka dan lalai terhadap kewajipan diri sebagai seorang Muslim kepada permulaan baru kembali semula kepada sejadah. Bermaksud kembali melaksanakan solat.

Solat.jpg

Pengertian kembali kepada sejadah itu simbol penyerahan jiwa seseorang hamba terhadap Rabbul Alamin dengan kembali solat mengharapkan keampunan Allahu Ta'ala.

Sekiranya seseorang itu sekian lama ini hanyut dengan noda dan dosa kehidupan duniawi ini sedar setelah disampaikan kata kata nasihat dan teguran ikhlas semata mata kerna menyampaikan peringatan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dan bertekad mahu berhenti dari terus berdosa terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala, percayalah bahawa Taubat Nasuha itu Insya Allah akan membersihkan jiwanya yang resah dan gelisah sejak sekian lama ini kembali putih seumpama dilahirkan semula?

Maghfirah Allahu Ta'ala itu senantiasa ada bagi hambaNya yang mahu bertaubat!

Cuba kita kaji ayat ayat suci Al Quranul Karim berikut didalam Surah Al Hadid, Surah ke 57 Ayat 20 dan 21 :

20. IAAlamoo annama alhayatu alddunya laAAibun walahwun wazeenatun watafakhurun baynakum watakathurun fee al-amwali waal-awladi kamathali ghaythin aAAjaba alkuffara nabatuhu thumma yaheeju fatarahu musfarran thumma yakoonu hutaman wafee al-akhirati AAathabun shadeedun wamaghfiratun mina Allahi waridwanun wama alhayatu alddunya illa mataAAu alghuroori

[20]Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

21. Sabiqoo ila maghfiratin min rabbikum wajannatin AAarduha kaAAardi alssama-i waal-ardi oAAiddat lillatheena amanoo biAllahi warusulihi thalika fadlu Allahi yu/teehi man yashao waAllahu thoo alfadli alAAatheemi

[21]Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berjanji akan mengampunkan kesekelian dosa dosa kita walaupun sekiranya jumlah dosa dosa kita itu memenuhi ruang diantara langit dan bumi seandainya kita benar benar ikhlas mahu bertaubat kepada Nya melainkan dosa melakukan syirik iaitu mempersekutukan atau menyamakan Allahu Ta'ala dengan mana mana sembahan lain manusia yang kufur ataupun yang musyrik!

Bukan boleh diambil mudah akan keputusan bertaubat ini. Ianya bukan satu perkara enteng yang kita boleh main main atau dilakukan tanpa ikhlas dan jujur. Taubat itu penentu kesudahan kita samada terus kekal di Neraka atau diterima penyesalan kita dan diberikan Maghfirah Ilahi, ke syurga?

Hendaklah kita bertaubat nasuha dan tidak mengulangi melakukan dosa dosa samada kecil ataupun besar kembali sesudah berikrar tidak mengulangi dosa dosa silam.

Cara terbaik bagi memastikan penerusan usaha taubat kita adalah dengan mendampingi mereka yang terbukti istiqomah didalam usaha Dakwah al Islamiyyah dan menyemarakkan kefahaman Ad Deenul Islam serta bermujahadah memerangi maksiat didalam masyarakat kita secara khusus dan negara secara amnya. Sekiranya kita berupaya menulis didalam blog dan sebagainya, tulislah menyeru para pembaca ke jalan Allah!

Hanya mereka yang gagah perkasa merintangi arus akan dapat sampai ke pelabuhan cita cita dan tekad untuk berjaya didalam visi dan misi kita selaku ummat Muhammad Khataman Nabiyyi Sallalahu Alaihi Wassallam Rahmatulil Alamin.

Percayalah bahawa seandainya kita berniat dan beramal baik secara tetap dan tidak mudah goyah atau mengaku kalah didalam perjuangan kehidupan seharian kita, kejayaan hanya menanti kita dipenghujung perjalanan kehidupan duniawi ini.

Sekiranya kita gugur sebelum sampai ke titik penghabisan usaha itu, Insya Allah wadah perjuangan kita akan diambil alih dan disambung mereka yang seangkatan dan sefikrah dengan kita.

Janji Rasul kepada kita adalah Islam ini akan kembali agung sebelum Qiyamat.

Bersama samalah kita meneruskan tekad azam perjuangan Kekasih Allah Subhanahu Wa Ta'ala iaitu Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam. Insya Allah!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Post a Comment