Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, July 04, 2010

Nasib Pulau Pinang ~ Bilakah Tuanku Sultan Kedah akan bertindak?

Bilamana saya membaca tentang nasib penduduk Kampong Pokok Asam di Jelutong Timur dan Kampong Binjai di Mukim Bayan Lepas, Pulau Pinang diancam dengan pengusiran oleh pihak pemaju pemaju berkenaan, perkara pertama yang terbit diminda saya adalah tentang kelesuan Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman berpuluh puluh tahun sejak Kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu ini untuk berani menuntut kembali Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai dan berdaulat didalam ertikata sebenarnya keatas tanah tuanku tersebut?

Kenapakah Duli Tuanku Sultan Kedah masih terus diam membisu berkenaan nasib anak anak negeri pulau dan tanah seberang yang sebenarnya masih milik Duli Tuanku?

Apakah masaalah sebenarnya Duli Tuanku Sultan Kedah boleh terus membiarkan anak anak Pulau Pinang yang sebenarnya bersultankan Tuanku terus diperkotak katikkan pihak pihak yang beraja dimata dan bersultan dihati terus derita sengsara diancam dengan di usir dari kampong halaman kediaman mereka hampir seratus tahun itu?

Mana dia bukti Tuanku Sultan Kedah benar benar berdaulat ke atas tanah negeri Pulau Mutiara dan Seberang Perai itu sedangkan nasib penduduk penduduk Kampong Pokok Asam dan Kampong Binjai itu kini diancam kemusnahan?

Mahu pula saya bertanya tentang langkah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR yang lebih dikenali dengan singkatan UMNO Negeri Pulau Pinang untuk membantu orang orang Kampong Pokok Asam dan Kampong Binjai?

Tak mampu ke UMNO Penang untuk membeli tanah kedua kampong tersebut dan mewakafkannya bagi penggunaan terus para penduduk kedua kampong tersebut?

Dengan cara itu maka UMNO boleh membuktikan keikhlasan perjuangan mereka yang kononnya demi membela nasib anak anak Melayu seMalaysia!

Apakah UMNO sanggup mengotakan kata dan menyempurnakan janji dan sumpah keramat mereka membela nasib umat Islam dan Melayu yang menghadapi kepupusan hak untuk terus mendiami bumi Pulau Pinang atau hanya setakat boleh berkokok disana sini membentang sepanduk dan memaki hamun Pakatan Perompak dan Penyamun tanahair ini?

Kekadangnya saudara, tindakan itu lebih diperlukan dari sekadar menghambur retorik ala ala Pengkhianat Malaysia, peneraju slogan 1Malaysia!

Penduduk Kampong Buah Pala, Gelugor dah lama kena liwat dengan janji janji Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan sewaktu dengan mereka.

Kini penduduk Kampong Pokok Asam dan Kampong Binjai sedang berlinang airmata dan patah hati dengan ambang kemusnahan kampong kampong mereka yang kini diancam dengan pengusiran oleh pihak pemaju perumahan disana.

Siapakah yang akan muncul sebagai Juara Rakyat sebenar didalam kes kes ini?

Duli Tuanku Sultan Kedah Darulaman?

UMNO Negeri Pulau Pinang?

Perdana Menteri 1Malaysia?

PERKASA?
Post a Comment