Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, August 17, 2010

YB Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi ~ Kenyataan Media


Rakaman video kenyataan YB Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia semalam tentang kedudukan terkini perundingan damai di antara MILF @ Moro Islamic Liberation Front dengan Kerajaan Filipina dibawah pemerintahan Presiden Benigno Aquino Jr.

YB Dato Seri Zahid juga berucap menyampaikan maklumat terkini tentang nelayan nelayan Malaysia yang ditangkap dan ditahan oleh Jabatan Perikanan Republik Rakyat Indonesia. Berita terakhir adalah kesemua nelayan nelayan negara kita telah pun dibebaskan oleh Jabatan Perikanan RRI berkenaan.

Pemberita bertanya YB Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi didalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang tentang kes para peniaga Melayu di Pulau Pinang yang menghadapi sekatan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan Ketua Menteri dari DAP, Lim Guan Eng dari berniaga diruang tradisi Bazar Ramadhan Kompleks Tun Abdul Razak pada tahun ini?

Sekatan niaga pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengakibatkan ramai peniaga terbabit mengalami kerugian besar sehingga ada seorang pengusaha kafe berbangsa Cina bertindak nekad mencurah petrol ke badan nya mahu membakar diri kerana begitu kecewa dengan perbuatan zalim pemerintah DAP terbabit?

Ikuti penjelasan YB Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi tentang perancangan beliau untuk membantu para peniaga terbabit.
Post a Comment