Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 06, 2010

Protes terhadap TV3 (Suku) ~ Demo Tak Jadi...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Berhubung protes terhadap TV3 (Suku) yang dikatakan akan berlangsung tengahari nanti, saya telah menelefon Saudara Herman Shamsudin selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 09.42 pagi tadi untuk mendapatkan pengesahan perhimpunan membantah tindakan TV3 dihadapan Studio Sri Pentas stesen tv berkenaan di 1Utama yang dihebahkan akan berlangsung tengahari nanti?


Herman menjawab bahawa ia tidak mendapat apa apa sms perkhabaran tentang perancangan tersebut dari pihak pergerakan Pemuda PAS yang selalunya akan memberitahu beliau tentang sebarang demo atau protes yang dirancang?


Maka bolehlah dianggap bahawa protes terhadap TV3(Suku) tengahari ini tak jadi.


Bagi pihak saya, saya meminta tuan tuan dan puan puan supaya mengambil iktibar dari kejadian ini dan sedar akan arah tuju stesen tv ini dan muslihat disebalik pembikinan dan penayangan atau penyiaran iklan yang penuh dengan unsur unsur khurafat didalam iklan / promo Sinari Lebaran mereka bagi Aidilfitri tahun ini?


Mustahil pihak pengurusan tertinggi TV3 tidak ada sebarang pengetahuan tentang isi dan kandungan khurafat iklan / promo tersebut!


Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membuat klip video tersebut sudah semestinya tidak kecil jumlahnya.


Kos produksi video klip tersebut mesti melangkau puluhan ribu ringgit. Jadi tidak boleh kita terima semberono sahaja pengucapan maaf TV3 melalui pembaca berita nya sahaja!


Kita perlu tahu akan siapa dia perancang iklan tersebut?


Siapa dia dalang disebalik penyelitan unsur unsur Kristian, Buddhism dan Hindu didalam klip video yang kononnya meraikan Aidilfitri kita yang merupakan kemuncak bulan penuh barakah dan ibadah umat Islam iaitu Ramadhan al Mubarak?


Kita perlu tahu siapa yang meluluskan untuk tayangan umum iklan perosak akidah, penyeleweng jatidiri kita selaku umat Islam yang bebas dari penyembahan berhala, kepercayaan terhadap unsur unsur tahyul seperti watak ala ala Santa Claus terbang dengan becanya seperti Santa Claus yang selalu digambarkan terbang dengan rusa rusa reindeernya, peranan bunga teratai sebagai simbolisma kepercayaan orang orang Buddhist dan simbolik pelita keluar dari bunga teratai tersebut yang menjurus kepada fahaman Hinduisma?


Tak semudah itu kami umat Islam seMalaysia akan berpuashati dengan permintaan maaf kamu wahai pemuka pemuka penaja khurafat di TV3(Suku)!


Kamu tidak akan terlepas dengan hanya meminta maaf melalui slot berita kamu.


Kamu akan berhadapan dengan Allahu Ta'ala di Yaum al Mahsyar nanti!


Akan kami dakwa kamu dihadapan Allah Maha Pengadil wahai ketua ketua khurafat TV3 (Suku)!


Kepada umat Islam seMalaysia, pastikan anda tidak lagi menyokong apa apa program dan rancangan stesen penaja penyiaran iklan / promo khurafat ini mulai sekarang.


Jika anda teruskan juga, maka secara tak langsung anda akan turut terlibat dengan rancangan khurafat mereka dan bersama sama meraih habuan dosa penyelewengan akidah secara halus tetapi penuh berencana ini.


Ini pandangan ikhlas saya.


Saya serahkan kepada anda wahai Muslimin dan Muslimat seMalaysia untuk memilih yang hak atau bersama dengan mereka yang batil!


Saya sudah menjalankan tugas dan tanggungjawab saya selaku seorang penulis blog Muslim. 


Wallahi Wabillahi Watallahi!


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment