Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, September 15, 2010

Ramadhan ~ sebulan beramal ibadah ; Syawal ~ sebulan berhibur tak berfaedah?

Fenomena ini bukan perkara baru tetapi sudah menjadi lumrah ditanahair ini yang semakin lama semakin jauh terasing dari penghayatan erti beribadah didalam bulan Ramadhan al Mubarak.


Fadhilat beramal ibadah semasa Ramadhan itu sendiri kini dilupakan kebanyakan penduduk Melayu Muslim dinegara ini dek kekalutan masing masing untuk mencari rezeki setahun sekali di bazar bazar Ramadhan yang tumbuh bercambah bagaikan cendawan sesudah hujan.


Perhatian masyarakat Muslim didalam negara ini tidak lagi kepada memakmurkan masjid dan surau tetapi berkampung digerai gerai dan warung warung yang direbut rebut di bazar bazar Ramadhan diseluruh pelusuk kotaraya dan desa.


Para karyawan dan penggiat seni sibuk mengadakan rakaman untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri sejak sebelum bermulanya Ramadhan lagi dan perhatian mereka ini lebih kepada berpesta pora beraya sakan Aidilfitri dari mengembalikan diri sujud terhadap Ilahi.


Sampai sekarang tak sudah sudah rancangan rancangan berhibur didalam program program TV baik yang rasmi mahupun yang swasta berpesta sakan berdrama swasta menghancurkan segala pahala pahala yang mungkin telah diperolehi dengan amalan berpuasa dibulan Ramadhan yang telah pun berlalu?


Itupun tertakluk kepada mutu puasa yang dijalankan? Entah puasa awami atau khususi? Khususi ke apa jika sepanjang Ramadhan, fokusnya tidak kepada amal ibadah itu sendiri tetapi mengejar aturcara program program hiburan tidak berfaedah sepanjang Syawal ini pula?


Nak kemana penghidupan Muslim seMalaysia ini dengan cara dan gaya pengabaian sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan tenggelamnya kebanyakan dari umat negara ini didalam arus dan kancah hedonisma yang ditaja dengan penuh bangganya stesen stesen tv dan radio rasmi dan swasta?


Para ulamak seperti biasa bagaikan buta dan tuli terhadap semua ini.


Pemerintah?


Jauh panggang dari api.


Masing masing hanya sibuk mencari ruang dan peluang untuk memastikan diri dipilih lagi didalam pilihanraya yang bakal tiba nanti.


Entah lah apa yang akan menimpa kita semua dengan cara dan gaya hidup bagaikan umang umang ini?



Post a Comment