Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, September 11, 2010

Salam Aidilfitri Mahaguru58 1431Hijrah




Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillah hil Hamd!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Tuan tuan dan puan puan, Muslimin Muslimat sekelian.


Alhamdulillah! Telah sempurna sudah puasa kita selama sebulan didalam lingkungan Ramadhan al Mubarak.


Bagi pihak diri saya, Zainol Abideen ~ Mahaguru58 ingin saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf para pembaca blog ini sekiranya ada saya terkasar bahasa, tersentuh jiwa, terguris perasaan mana mana pihak yang berkenaan selama penulisan dan penerbitan berita dan cerita didalam blog ini.


Saya juga ingin meminta tuan puan pembaca budiman memaafkan saya sekiranya gaya bahasa dan penyampaian saya didalam video Salam Aidilfitri Mahaguru58 1431Hijrah diatas ini berbunyi egois atau sombong tak tentu arah kerana ianya dirakam secara spontan tanpa sebarang penyediaan atau diedit ditempat tempat yang saya tersasul atau terkhilaf?


Maafkan Atok Mamu / Atok Uncle ini dan terimalah ucapan Salam Aidilfitri saya ini seadanya.


Berkunjunglah ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan para sahabat handai serta taulan yang menjemput atau mengadakan rumah terbuka didalam bulan Syawal Bulan Kemenangan Umat Islam ini dengan penuh adab sopan santun selaku warga tanahair tercinta ini yang mewarisi adat resam dan kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman. Kaya dengan tata kesusilaan dan khazanah budi bahasa bangsa bersulamkan Sunnah Nabi dan tertib Al Islam.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillah hil Hamd!
Post a Comment