Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, September 01, 2010

Soalan : Kenapa digunakan perkataan 'Kami' untuk Allah?




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Saya mendapat komen dari rakan blogger nasi ayam yang bertanya :


Salam Mahaguru, Harap sihat di bawah lindungan Allah swt. 
Saya ada soalan, tetapi off topic, harap maafkan. 


Saya baru selesai membaca alquran, dan saya menyedari banyak ganti nama Kami digunakan untuk mewakili Allah, selain dari perkataan Aku. 


Contohnya dalam Surah AlMaarij-ayat 40, dan surah Yaasin-ayat 41,42,43 dan 44. 


Saya cuba merujuk kepada internet, tetapi banyak sumber yang dijumpai mengatakan itu adalah bukti Tuhan itu tidak Esa, tetapi tiga. Saya merasa takut dan berhenti membaca kerana takut terpesong.


Namun begitu, persoalan kenapa penggunaan Kami selain Aku atau Allah masih berlegar-legar di fikiran saya. 


Harap Mahaguru bantu saya, takut juga saya tersesat,kerana ini babitkan soal ketauhidan.


By nasi ayam on Why do Muslims wage war or quarrel against each ot... on 9/1/10



Maka selepas saya mengkaji perkara ini, inilah jawapan jawapan yang saya kira sesuai diberikan kepada pertanyaan di atas.


Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada kalanya menggunakan gantinama 'Kami' didalam penurunan ayat ayat suci didalam bentuk Al quranul Karim melalui wahyu Nya kepada Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan ianya merupakan bimbingan dan panduan bagi kita makhluk ciptaan Nya untuk menghadapi kehidupan duniawi ini sebagai persediaan bagi kita menjalani kehidupan di akhirat pula nanti.


Sila lawati pautan ini untuk mengkaji ayat ayat suci Al Quran Al Karim yang berkaitan dengan penggunaan 'nahnu' @ gantinama untuk Allah yang membawa maksud 'Kami'.


Allah itu Maha Esa.


Ini tiada sebarang keraguan lagi bagi kita umat Islam yang berusaha mempelajari kebenaran ajaran ajaran Al Islam yang dibawa dan di sampaikan kepada kita oleh Junjungan Kita Muhammad al Mustafa Sayyidul Mursalin, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.


KeEsaan Allah itu diterangkan sejelas jelasnya didalam pelbagai ayat ayat suci Al Quranul Karim dan bilamana kaum Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad Rahmatulil Alamin tentang Allahu Ta'ala, maka diperturunkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan Surah Al Ikhlas untuk menjelaskan tentang DiriNya tanpa sebarang keraguan lagi :










بسم الله الرحمن الرحيم

112:1
Transliteration
Qul huwa Allahu ahad
Sahih International
Say, "He is Allah , [who is] One,
Muhsin Khan
Say (O Muhammad (Peace be upon him)): "He is Allah, (the) One.
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

112:2
Transliteration
Allahu assamad
Sahih International
Allah , the Eternal Refuge.
Muhsin Khan
"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks).
Malay
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

112:3
Transliteration
Lam yalid walam yoolad
Sahih International
He neither begets nor is born,
Muhsin Khan
"He begets not, nor was He begotten;
Malay
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

112:4
Transliteration
Walam yakun lahu kufuwan ahad
Sahih International
Nor is there to Him any equivalent."
Muhsin Khan
"And there is none co-equal or comparable unto Him."
Malay
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".



Didalam Surah Al Ikhlas ini, Allahu Rabbi menjelaskan tentang Diri Nya yang Maha Esa sejelas mungkin bagi manusia yang ingin mengetahui akan Tuhan Nya?


Bagi kita umat manusia yang mempunyai akal yang sempurna dan tahu akan maksud setiap ayat didalam Surah Surah Al Quran Al Karim ini sesudah mengkaji akan intipati tafsiran ayat ayat suci ini, maka tidak akan kita ada sebarang keraguan lagi tentang Ke Esa an Tuhan yang kita sembah dan menyerahkan diri kita kepada Nya.


Bagi orang yang mungkin keliru tentang penggunaan gantinama 'Kami' oleh Allahu Rabbul Alamin didalam beberapa ayat ayat suci Al Quranul Karim, maka hendaklah kita faham bahawa sesuai dengan kedudukan Allah, Tuhan Sekelian Alam membahasakan Diri Nya dengan perkataan perkataan yang memberi erti akan kedudukan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Suci, yang paling hebat dari segala galanya, maka dipergunakan istilah ' Kami' untuk menunjukkan Kedaulatan Allahu Ta'ala mengatasi sekelian makhluk makhluk ciptaan Nya termasuklah segala raja raja, sultan, ratu dan sesiapa sahaja yang duduk memerintah, bersemayam diatas takhta kerajaan duniawi masing masing.


Gantinama 'Kami' itu digunakan untuk menjelaskan Kebesaran Allah dari sekelian alam alam ciptaan Nya yang tidak terjangkau oleh minda dan fikrah manusia mahupun para jin serta malaikat malaikatNya.


Cuba kita lihat contoh penggunaan gantinama 'Kami' ini oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam Surah Taha Ayat 102 berikut :


Surah Taha Ayat ke 102


20:102
Transliteration
Yawma yunfakhu fee assooriwanahshuru almujrimeena yawma-ithin zurqa
Sahih International
The Day the Horn will be blown. And We will gather the criminals, that Day, blue-eyed.
Muhsin Khan
The Day when the Trumpet will be blown (the second blowing): that Day, We shall gather the Mujrimun (criminals, polytheists, sinners, disbelievers in the Oneness of Allah, etc.) Zurqa: (blue or blind eyed with black faces).
Malay
(Iaitu) hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya.

Begitu juga didalam Surah Taha Ayat 132, Allah Subhanahu Wa Ta'ala menggunakan gantinama yang sama bagi menjelaskan tentang KeEsaan DiriNya yang Tidak Memerlukan Apa Apa dari makhlukNya tetapi makhlukNya tetap memerlukan Ehsan Nya :







Surat Ţāhā (Ta-Ha) - سورة طه

Enlarge Text
Shrink Text
This is a portion of the entire surah. View more context, or the entire surah.

20:132
Transliteration
Wa/mur ahlaka bissalatiwastabir AAalayha la nas-alukarizqan nahnu narzuquka walAAaqibatu littaqwa
Sahih International
And enjoin prayer upon your family [and people] and be steadfast therein. We ask you not for provision; We provide for you, and the [best] outcome is for [those of] righteousness.
Muhsin Khan
And enjoin As-Salat (the prayer) on your family, and be patient in offering them [i.e. the Salat (prayers)]. We ask not of you a provision (i.e. to give Us something: money, etc.); We provide for you. And the good end (i.e. Paradise) is for the Muttaqun (pious - see V.2:2).
Malay
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.





Perlu difahamkan disini bahawa adalah teramat penting bagi kita setiap Muslimin dan Muslimat supaya tidak ada sekelumit was was terhadap Sifat Allahu Rabbul Alamin yang IaNya hanya Satu.


Tidak ada dua atau tiganya Allah yang Maha Pencipta kerana sudah sebegitu banyak sekali penerangan yang diperturunkan oleh Allahu Ta'ala kepada kita tentang Diri Nya yang Maha Esa melalui ayat ayat suci Al Quranul Karim dan melalui petunjuk petunjuk yang disampaikan oleh Rasul kita Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam tentang Keesaan Allah.


Tidak masuk akal bahawa akan ada dua tiga tuhan kerana akan berlawanan dengan realiti fungsi tuhan itu sendiri.


Berlawanan dengan fahaman orang orang kaffir yang mengada adakan jumlah tuhan ciptaan penyelewengan fikiran karut mereka sendiri sesuai dengan kehendak masing masing.


Didalam kefahaman orang orang Yunani @ Greek zaman zaman dahulu, mereka merekacipta pelbagai macam tuhan untuk mereka sembah, puja dan puji ikut kepala otak masing masing.


Didalam bahasa Inggeris di sebut 'Greek Mythological Gods'.


Perkataan 'Mythological' itu sendiri membawa maksud 'Khayalan' atau 'Rekaan'.


Kepercayaan karut sebegini dikenali sebagai 'Polytheism' @ mempercayai akan keujudan serba satu tuhan. Macam masing masing ada peranan tertentu begitu.


Ada 'tuhan Zeus' @ ketua tuhan, duduk bersemayam dipuncak Gunung Olympia. Zeus tuhan fiksyen ini dikatakan mempunyai kuasa 'overriding' ke atas peranan tuhan tuhan yang lain, macam Ketua Kerajaan lah. :P


Semua ini karut semata mata.


Jangan membuang masa melayan bisikan bisikan iblis laknatullah yang menimbulkan was was didalam hati sanubari saudara.


Begitu juga dengan fahaman Kristian, Hinduism, Taoism dan segala macam 'ism' lagi. Semua fahaman fahaman ini tidak berasas dan merupakan dongeng ciptaan anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam yang menyeleweng dari Ajaran Tauhid yang diajarkan kepada Ayahanda kita itu oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala Sendiri!


Mustahil Allahu Rabbi, Tuhan Maha Pencipta kita mahu membiarkan makhluk ciptaan Nya iaitu Adam Alaihis Salam hanyut tanpa pedoman dan mempertuhankan sebarang ciptaanNya yang lain?


Didalam Surah Al Baqarah Ayat ke 21, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :









2:21
Transliteration
Ya ayyuha annasuoAAbudoo rabbakumu allathee khalaqakum wallatheenamin qablikum laAAallakum tattaqoon
Sahih International
O mankind, worship your Lord, who created you and those before you, that you may become righteous -
Muhsin Khan
O mankind! Worship your Lord (Allah), Who created you and those who were before you so that you may become Al-Muttaqun (the pious - see V.2:2).
Malay
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.


Fikirlah akan maksud ayat diatas ini. Takkan Allah menciptakan kita dengan begitu sempurna, lengkap diperbekalkan kemampuan berfikir dan mengkaji akan sesuatu boleh sahaja membiarkan kita semberono pergi menyembah yang itu dan ini?


Sebab itu, kefahaman agama hanya dapat dicapai oleh manusia yang mahu berfikir dan menyedari akan kesementaraan hakikat kehidupan duniawi ini.


Kita dicipta Allahu Rabbi dari setitis camporan airmani ayah dan ibu kita yang di  persenyawakan dan ciptaan kita ini diterangkan dengan sebegitu terperinci oleh Allahu Ta'ala melalui penurunan ayat ayat pertama sekali sebagai Kitab Suci terakhir Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai pedoman bagi kita, umat terakhir keturunan manusia melalui Rasul Nya yang terakhir dan terutama sekali iaitu melalui Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.


Ingat lagi akan Surah Al Alaq, Ayat 1 sehingga ke 5?








Surat Al-`Alaq (The Clot) - سورة العلق

Enlarge Text
Shrink Text
بسم الله الرحمن الرحيم

96:1
Transliteration
Iqra/ bi-ismi rabbika allathee khalaq
Sahih International
Recite in the name of your Lord who created -
Muhsin Khan
Read! In the Name of your Lord, Who has created (all that exists),
Malay
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

96:2
Transliteration
Khalaqa al-insana min AAalaq
Sahih International
Created man from a clinging substance.
Muhsin Khan
Has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
Malay
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

96:3
Transliteration
Iqra/ warabbuka al-akram
Sahih International
Recite, and your Lord is the most Generous -
Muhsin Khan
Read! And your Lord is the Most Generous,
Malay
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

96:4
Transliteration
Allathee AAallama bilqalam
Sahih International
Who taught by the pen -
Muhsin Khan
Who has taught (the writing) by the pen [the first person to write was Prophet Idrees (Enoch)].
Malay
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

96:5
Transliteration
AAallama al-insana ma lamyaAAlam
Sahih International
Taught man that which he knew not.
Muhsin Khan
Has taught man that which he knew not.
Malay
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.


Ayat ayat suci ini diperturunkan kepada Junjungan kita, Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam yang dipelihara Allah Subhanahu Wa Ta'ala dari sebarang khilaf dan didalam keadaan Nabi tidak boleh membaca atau menulis, seorang 'Ummi'.


Allah itu Maha Esa wahai Muslimin dan Muslimat.


Ia Maha Sempurna.


Tidak Berkehendak atau Memerlukan.


Kita ini sahaja sebagai hamba ciptaanNya yang amat memerlukan Rahmat Ilahi dan MaghfirahNya.


Tuntutlah ilmu agama wahai saudara dan saudari sebagai pedoman kita masing masing menjalani kehidupan sementara duniawi ini.


Sebagai umat Akhirul Zaman, kita kan menghadapi pelbagai macam dugaan dan godaan sepertimana diperingatkan Nabi.


Berwaspadalah membaca dan mengikuti sebarang penulisan berkaitan agama dilaman laman blog yang kekadang penulisnya sendiri keliru dan merekacipta fahaman fahaman baru mengikut sesuka hati mereka.


Rujuklah kepada Al Quran Al Karim dan Hadis Hadis Sahih Nabi sebagai pedoman.


Sementara masih hidup, Insya Allah akan saya bantu setakat yang saya terdaya.


Saya sendiri senantiasa mempelajari ajaran ajaran Al Islam kita dan walaupun sampai ajal saya akan ada lautan lautan ilmu yang tak akan sempat saya sendiri ketahui.


Hanya Allahu Ta'ala sahaja Maha Mengetahui akan segala galanya.


Selamat berpuasa dan selamat hidup dan semoga matinya kita nanti tetap sebagai Mukmin!


Amin Ya Rabbal Alamin.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


* Sila layari laman laman berikut untuk bacaan lanjut :


Post a Comment