Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 06, 2010

Surat terbuka kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negara, Ketua Polis Negara


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Dato Seri Perdana Menteri,


Saya Zainol Abideen @ Mahaguru58, ingin memohon kepada Dato Seri supaya berhenti memberi amaran kepada mana mana anasir yang mencemar maruah umat Islam didalam negara kita ini.


Sudah terlalu banyak kali Dato Seri mengeluarkan kenyataan memberi amaran demi amaran sehingga pihak yang merupakan duri didalam daging kita semua tidak mengendahkan amaran amaran kosong begini.


Sudah sampai waktunya Dato Seri mengambil tindakan!


Ya, kadang kala seseorang pemimpin negara itu terpaksa mengotakan kata dan mengambil tindakan sepertimana termaktub didalam syarat perlantikan Dato Seri sebagai Perdana Menteri Negara Malaysia ini.


Sudah sampai ketahap Dato Seri dan sepupu Dato Seri, Menteri Dalam Negara diistilahkan sebagai dua sepupu yang hanya tahu memberi amaran tetapi tidak berani mengambil tindakan!


Ini membuatkan mereka yang sudah melanggar tatasusila kebudayaan dan kesopanan selaku warganegara ini semakin berani menghina bukan sahaja agama kita, ummat Islam kita malah kini Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan Rabbul Alamin sendiri!


Sekiranya Dato Seri benar benar seorang hamba Allah sama seperti kami dan menghargai iman dan akidah Dato Seri sama seperti kami, maka saya selaku seorang warga negara ini meminta Dato Seri melaksanakan tugas dan tanggungjawab Dato Seri selaku Perdana Menteri kami dan menggunakan kuasa yang di amanahkan oleh seluruh warganegara ini dan amanat Duli Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang Di Pertuan Agong kita dan mengambil tindakan undang undang keatas sekelian para pencaci, pemaki dan penghamun Allahu Rabbul Alamin.


Seandainya Dato Seri tidak melakukan demikian, percayalah Dato Seri, masa depan negara ini akan tidak aman tenteram lagi. Saya khuatir akan ada pihak dikalangan ummah ini yang tidak mungkin boleh senada dan seirama dengan Dato Seri dua sepupu lagi.


Mungkin akan ada puak yang tidak boleh bersabar lagi dengan kebiadapan terlampau kaum kaffirin didalam negara ini.


Ini penyampaian ikhlas dari jiwa dan sanubari saya selaku seorang penulis blog dan pemerhati keadaan sosio-politik dan agama didalam negara ini. Saya sering mendapat perkhabaran dari para pembaca blog saya yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka berkenaan keceluparan terlampau puak puak berkenaan.


Pepatah Melayu ada menyatakan ' Beringat sebelum kena ; berjimat sebelum habis!'


Apa Dato Seri sanggup berputih mata, membiarkan cacing kerawit menjadi naga dan bermaharajalela didalam negara kita yang tercinta ini?


Sanggupkah Dato Seri dikenang didalam lipatan sejarah tanahair sebagai seorang Perdana Menteri yang membiarkan anasir anasir pengadu domba mencetuskan huru hara didalam negara ini kerana lemah terhadap musuh musuh durjana yang tak sedar diri di untung, tak menghargai kehidupan yang mereka menikmati sekian lama ini diatas semangat dan budi orang orang Melayu yang sanggup berkongsi ruang dan peluang dibumi warisan umat Melayu sepanjang sejarah bumi bertuah ini?


Dato Seri lah yang boleh menentukan arah perjuangan politik Dato Seri selaku Ketua Kerajaan ini yang bergantung kepada keputusan Dato Seri samada mahu dikenang sebagai Wira Negara kerana berani bertindak menghapuskan musuh musuh ketenteraman negara atau dikutuk dan dicaci sepanjang masa dek alpa pada sumpah keramat akan menjulang maruah bangsa dan agama di negara tercinta ini?


Segalanya terpulang kepada keputusan Dato Seri. Namun ingatlah Dato Seri bahawa ajal maut kita ditangan Allahu Rabbul Alamin dan seandainya sudah takdir Ilahi makanya tiada siapa yang mampu merubah nasib dan masadepan umat ini melainkan kita di beri izin Allah Azza Wa Jalla untuk merubah keadaan dan untuk mencegah sebelum parah!!!


Kami selaku warga tanahair ini sanggup berkorban nyawa sebelum membiarkan negara ini hancur dan jatuh ke tangan puak yang durjana dan sudah melampaui batas batas kesopanan dan kesusilaan!


Diamnya kami bukan kerna takut tetapi kerana tidak mahu dikatakan tidak menghormati ketua. Namun seseorang ketua itu wajib bertindak menegakkan undang undang menurut peruntukan kuasa yang ada dan tidak sekadar memberi amaran yang tidak disusuli dengan tindakan yang nyata.


Jangan sampai diperumpamakan ketua itu sebagai hanya berani mengeluarkan kata tetapi dayus terhadap musuh dan anasir yang nyata!


Berani saya bersumpah disini Dato Seri bahawa seandainya Dato Seri mengerahkan kami berdiri mempertahankan maruah kita selaku umat Islam, gegak gempita akan berlangsung serentak dengan langkah para pendekar dan pejuang agama, bangsa dan tanahair ini menyahut seruan Dato Seri!


Insya Allah!


Mohon dipertimbangkan Dato Seri Perdana Menteri.


~~~@~~~

Kepada Dato Seri Menteri Dalam Negara,


Cukup cukup lah memberi amaran demi amaran. Sama sahaja dengan gaya para penulis blog yang sering memberikan tajuk setiap artikel mereka dengan 'GEMPAR' dan ' PANAS', lama lama istilah demikian tidak segempar mana dan sepanas mana pun.


Istilah itu hilang maknanya sama seperti cerita masyarakat tentang budak pengembala kambing yang asyik menjerit 'Serigala! Serigala! berulangkali dan terbukti ianya bohong semata mata sehinggalah orang kampong tak ambil peduli lagi tentang laungan amarannya itu. 


Bilamana serigala itu benar benar hadir dan membaham kambingnya, jeritan budak pengembala kambing itu tidak di ambil peduli oleh penduduk kampong itu dan akhirnya ia sendiri menjadi korban sang serigala.


Dato Seri jangan lah berkesudahan seperti nasib budak si pengembala kambing  itu.


Dato Seri adalah Menteri yang bertanggungjawab keatas keselamatan dalam negara ini dan diberi amanah menjaga ketenteraman kami semua.


Kami sudah tidak boleh bersabar lagi dengan penghinaan demi penghinaan keatas agama kita Dato Seri.


Kami sudah tidak boleh menerima lagi cercaan keatas umat ini oleh para pengadu domba seperti Wee Meng Chee @ Namewee dan seorang Facebooker bernama Katy Lim Li Lian.


Dulu saya pernah membuat laporan polis terhadap seorang penghina Islam bernama Surind. Sampai sekarang pihak Polis Di Raja Malaysia belum bertindak keatas nya tetapi sikaffir tersebut sudah dipecat pihak majikannya berikutan laporan polis saya itu.


Apakah Dato Seri boleh membiarkan sahaja orang menghina agama kita?


~~~@~~~

Kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara,

Tan Sri,

Sebelum Tan Sri menyerahkan tugas kepada Tan Sri Ismail Omar, saya pohon jasa baik Tan Sri menangkap dan mengheret mereka yang saya sebutkan diatas kemuka pengadilan!

Walau apa sahaja tohmahan yang puak pembangkang dan musuh musuh negara hamburkan keatas Tan Sri selaku Ketua Polis Negara, saya minta supaya Tan Sri jangan mengendahkan itu semua.

Kami, warga Malaysia dan umat Islam tahu siapa diri Tan Sri sebenarnya dan keturunan Tan Sri sebagai seorang anak ulamak yang masyhor didalam negara.

Buatlah jasa kepada negara kita dengan ertikata sebenarnya! Lengkapkan rekod jasa Tan Sri kepada negara dengan mengambil tindakan segera secara tegas keatas pengadu domba dan pencaci Ad Deenul Islam kita ini sebelum Tan Sri bersara.

Ini harapan ikhlas diri warga tanah air ini dan saya percaya jutaan ummah diseluruh Malaysia menaruh harapan yang sama dengan saya.

Diatas kerjasama Dato Seri Perdana Menteri, Menteri Dalam Negara dan Ketua Polis Negara, saya dan seluruh umat Islam seMalaysia ucapkan jutaan terimakasih dan Sila Bertindak!!!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment