Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, September 26, 2010

Tak Rasa Bersalah Ke Buang Sampah Dari Kenderaan Anda? Syabas JKR!

























Pepatah Inggeris ada yang berbunyi ' A picture is worth a thousand words!'. 


Baru baru ini semasa saya dan isteri pulang ke Kuantan, saya terpandang papantanda 'sindir pesan' dari JKR Pahang yang sangat tepat sekali cara memperingatkan para pengguna jalanraya supaya tidak sesuka hati membuang sampah keluar dari kenderaan masing masing, mengotor dan mencemarkan bukan sahaja alam sekitar tetapi juga pandangan kita!


Alangkah moleknya cara Jabatan Kerja Raya menyampaikan nasihat ini walaupun ianya berupa satu sindiran yang amat bagus sekali untuk melempang secara perkataan segelintir dari masyarakat kita ini yang memang sudah acapkali saya lihat dengan perasaan marah bersulam geram kerana semberono sahaja membuang puntung rokok, sampah sarap dan sebagainya keluar dari kenderaan mereka!!!


Jika dah tahu benda benda buangan itu akan membusukkan kenderaan masing masing, apakah alasan bagi maarof sintok yakpur salamus otak wal samdol untuk buang sampah mereka ke atas jalanraya yang sudah tentu bukan hakmilik peribadi mereka atau harta mak bapak atau datok nenek biarpun moyang mereka sekalipun???


Memang buruk benar perangai manusia manusia seperti ini yang dengan tidak berperasaan prihatin bahawa jalanraya itu milik awam dan mereka perlu menjaga kebersihannya bersama sama agar selamat dan bersih setiap masa untuk diguna semua?


Saya sering melihat cara pemandu yang merokok membuang puntung rokok mereka ke atas jalan raya atau di tepian jalan. Jika diturutkan hati, mahu saya hon kereta didepan saya itu tetapi nanti percuma sahaja ada yang mungkin bermalam dilokap atau dibilik mayat!


Apa punya pengotor lah masyarakat kita yang berperangai jelek seperti ini?


Nak kita kata tak berpelajaran, masing masing ada yang akan mendabik dada mengaku belajar di universiti sana dan sini dengan ijazah bergulung gulung tak cukup dinding rumah nak dipamerkan kejayaan akademik mereka tetapi otak macam lembu yang berak merata rata!


Cumanya mangkok hayon sebegini suka benar buang puntung rokok mengikut suka!


Ini kalau bangsa Melayu atau yang faham bahasa Melayu sahaja yang mungkin terasa dan mungkin mahu menjaga kebersihan alam sekitar seperti disindir pesan JKR Pahang itu?


Macamana pulak dengan mereka yang jenis tak reti bahasa ni?


Saya rasa JKR kena buat papantanda sindir pesan ini didalam Bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris sama.


Baru adil bro!


Malaysia Boleh...maju kalau semua faham Bahasa Melayu di atas....:)
Post a Comment