Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, September 05, 2010

TV3 ~ Berita Nasional - Iklan Khurafat Sinari Lebaran ditarik balik dan TV3 memohon maaf!





















Allahu Akbar!!! 


Wahai umat Islam seMalaysia, inilah dia hasilnya bila kita bersatu menentang kemungkaran dan cubaan menyeleweng akidah umat Islam didalam negara ini oleh stesen TV3 yang sekiranya saya serta rakan rakan blogger yang lain diam akan meneruskan penyiaran iklan karut penuh unsur unsur khurafat yang boleh menjejaskan akidah anak anak kecil serta remaja ataupun dewasa yang jahil tentang hukum hakam Ad Deenul Islam yang teramat suci!

Kita boleh merubah keadaan umat Islam negara ini dengan saling nasihat menasihati diantara satu sama lain dan bersatu menentang kemungkaran!


Tak kira pangkat atau kedudukan, tua atau muda, miskin atau kaya, bangsa apa sekalipun!


Sekiranya kita sayang akan agama kita, sayang akan anak bangsa dan sesama ummah dengan kita, mahupun sesama warga kita, maka jatuh wajib keatas kita menegur akan mana sahaja yang salah!


Tegurlah dengan berhemah jika boleh tetapi seandainya pihak yang sedang melakukan kemungkaran itu degil dan tidak endah terhadap teguran kita itu, maka mahu tidak mahu ada cara cara lain lagi yang boleh kita guna.


Sistem perundangan kita masih belum kita gunakan didalam tuntutan supaya stesen TV3 ini jangan pandai pandai menokok nambah, menyeleweng adat resam serta ketentuan hukum hakam agama Islam kita didalam usaha halus pihak pihak tertentu merubah fikiran anak anak kita serta golongan yang mudah dibentuk fikrah mereka dengan paparan visual yang boleh membawa kepada liberalisasi agama.


Jangan kita ambil enteng atau mudah dengan cubaan merubah akidah ummah seMalaysia oleh stesen TV3 ini.


Kita harus mencari siapa dia disebalik pembuatan iklan khurafat ini dan membawa dia ke muka pengadilan!


Ini bukan sesuatu yang mudah kita maafkan tuan tuan dan puan puan.


Ini satu percubaan jahat meracuni fikiran anak anak generasi muda kita serta mereka yang lemah didalam kefahaman agama.


Selagi hidup, Wallahi Wattallahi Wabillahi, Mahaguru58 serta pejuang pejuang Islam baik dilaman siber ini atau pun di alam nyata akan tetap memerangi puak puak ini dengan segala daya yang ada pada diri ini dan rakan rakan seperjuangan yang lain!


Saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua bloggers dan Facebookers yang sama sama berusaha menegur pihak pengurusan TV3 supaya menghentikan siaran iklan penuh khurafat Sinari Lebaran itu dan meminta mereka memohon maaf secara terang terang didalam satu sidang media sebenar dan tidak hanya mewakilkan pembaca berita mereka seperti sebentar tadi!


Esok, jam 12tengahari, satu protes besar besaran dijadualkan berlangsung dihadapan Stesen Sri Pentas TV3 di 1Utama.


Kita jumpa disana!


Takbirrr!!!!


ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!


Bagi TV3, kalau lah tak ada langsung ilham nak buat modal produksi iklan Hari Raya yang membawa kepada kebaikan, cuba tengok iklan Raya TV9, bukan TV3 suku dibawah ini :





Mudah2an tahun depan produksi TV3 akan lebih bertepatan dengan kedudukan agama Islam didalam negara ini! 


Jangan sampai kena kutuk 1Malaysia!!!
Post a Comment