Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, October 30, 2010

Agenda Awani Isu Islamofobia ~ Video



Rakaman program Astro Agenda Awani yang disiarkan pada jam 8.15 malam 5hb Oktober 2010 yang lepas baru sampai ke tangan saya petang semalam. 


Diserahkan oleh Puan Zarina Tahir Hafiz, Penyelidik Kreatif Kanan, Astro Awani untuk koleksi saya. Ribuan terimakasih saya ucapkan kepada beliau. 


Saya sendiri tak sempat menonton rancangan ini dan dengan adanya salinan program ini, dapat saya menonton sendiri bagaimana program ini disiarkan?


Pada pendapat saya, hos Suhaimi Sulaiman telah mengendalikan program ini dengan begitu baik sekali dan beliau tahu untuk bertanya soalan soalan yang berkaitan dengan topik perbincangan sahaja.


Tahniah Suhaimi. Hamba bersyukur dengan cara tuan mengendalikan program ini.


Ribuan terimakasih saya ucapkan kepada Puan Zarina kerna sudi menjemput saya ke Agenda Awani dan begitu juga ingin saya mengucapkan jazakallah khairan kathiraw kepada Hos Suhaimi Sulaiman diatas profesionalisma tuan.


Terimakasih juga saya ucapkan kepada rakan tamu program tersebut Professor Madya Shaharuddin Badaruddin yang turut menjayakan program Agenda Awani tersebut.


Saya amat menghargai peluang yang diberikan Astro Awani untuk saya turut bersama menyampaikan pendapat dan pandangan saya berkenaan isu Islamofobia yang begitu hebat dimainkan pihak berkepentingan dari kalangan kaum kuffar yang tegar memerangi kita didalam pelbagai cara dan lapangan.


Sebenarnya ramai dikalangan kaffir yang mahu mempelajari tentang Islam tetapi mereka ditakut takutkan oleh propaganda golongan tertentu yang menyampaikan gambaran yang salah tentang Islam melalui dokumentari dokumentari yang di adun begitu rupa sehingga orang orang yang jahil menelan bulat bulat penyampaian maklumat salah mereka itu tentang Islam.


Hasilnya ramai yang termakan dakyah pihak kaffir menyalah anggap terhadap Islam dan umatnya.


Maka jatuh wajib ke atas kita umat Islam untuk membetulkan keadaan dan menyampaikan yang hak kepada kaum kaffirin dan juga umat Islam sendiri yang mungkin belum cukup faham tentang asas asas dan prinsip serta amalan amalan agama Islam kita sendiri?


Islam adalah satu satunya agama wahyu yang diperturunkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada umat Islam bermula dengan Ayahanda Kita sendiri, Nabi Adam Alaihi Salam sendiri dan turun temurun sehingga sampai kepada Rasulullah teragung Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam yang telah menyampaikan kepada kita dengan sempurna hingga ke hari ini.


Setiap dari kita harus memperkasakan diri dengan segala ilmu pengetahuan tentang Islam dan apa yang boleh kita buat dan apa yang harus kita jauhi?


Belakang parang di asah lagikan tajam ; inikan pula akal manusia?


Mahu tak mahu saja tuan puan.


Ayuhlah kita bersama sama berusaha menyampaikan kebenaran tentang Islam kepada sesama manusia dan kurangkan membazirkan masa, tenaga dan saki baki usia kita ini untuk perkara dan kerja sia sia.


Kurangkan berpolitik ; lebihkan berdiplomatik.


Carilah ilmu yang berguna dan sampaikan lah yang hak tentang Islam pada semua.


Insya Allah, saki baki hidup kita ini akan bermanfaat baik pada diri kita sendiri mahupun pada yang lain terutama sekali kepada anak isteri kita, kaum keluarga, sahabat handai, sanak saudara, jiran tetangga dan mereka yang mahu tahu tentang apa dia kebenaran Islam?


Mudah2an direstui Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Amin.
Post a Comment