Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, October 18, 2010

Aurat Pengantin ~ Kenapa Melayu Muslim seMalaysia masih jahil tentangnya?



Baru baru ini saya menerima jemputan ke majlis kenduri perkahwinan. Majlis perkahwinan anak orang berada. Makanya majlis itu di adakan dengan penuh gilang gemilang, siap dengan khemah khemah istimewa dan di sediakan para pelayan katering serta siaran juruhebohnya.


Aa..aa..juruheboh! Heboh sepersekitaran taman perumahan itu disebuah kawasan elit didalam negeri Selangor.


Menurut hadis Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, sekiranya kita menerima perundangan walimatul urus makanya wajib kita penuhi undangan tersebut. Saya tak ada masaalah dengan itu.


Apa yang saya kesalkan adalah kemuncak majlis itu yang dipersandingkan kedua pengantin dikhalayak ramai?


Bayangkan, sekian lama kita kenali pengantin itu yang merupakan anak perempuan kepada saudara sebelah orang rumah, tak adalah berpakaian menjolok mata sepanjang kita kenal akan dirinya?


Tetapi pada hari yang paling penting sekali didalam kehidupannya, ia mendedahkan perhiasan dirinya untuk ditatap ribuan orang baik dari ahli kedua keluarga sendiri mahupun bukan mahram yang menjadi tamu jemputan ke majlis perkahwinan nya itu?


Perhiasan diri yang saya maksudkan adalah belahan dadanya terdedah tanpa dilitupi apa apa pun untuk tatapan semua hadirin!!! 


Contoh keadaan memalukan ini dipaparkan di laman ini. Maaf, saya tak sanggup hendak meletakkan gambar begitu dilaman saya ini.


Sungguh sakit hati saya menyaksikan keadaan itu bilamana ibubapanya yang boleh dikatakan adalah orang orang terpelajar dari segi duniawi dan berkedudukan besar didalam jawatan masing masing boleh jahil muqarrab tentang tuntutan Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam Surah An Nur ayat ke 31 berkenaan aurat wanita!


24:31
Waqul lilmu/minati yaghdudnamin absarihinna wayahfathnafuroojahunna wala yubdeena zeenatahunna illa mathahara minha walyadribnabikhumurihinna AAala juyoobihinna wala yubdeenazeenatahunna illa libuAAoolatihinna aw aba-ihinnaaw aba-i buAAoolatihinna aw abna-ihinna awabna-i buAAoolatihinna aw ikhwanihinna aw baneeikhwanihinna aw banee akhawatihinna aw nisa-ihinnaaw ma malakat aymanuhunna awi attabiAAeenaghayri olee al-irbati mina arrijali awi attifliallatheena lam yathharoo AAala AAawratiannisa-i wala yadribnabi-arjulihinna liyuAAlama ma yukhfeena min zeenatihinnawatooboo ila Allahi jameeAAan ayyuhaalmu/minoona laAAallakum tuflihoon


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Apa yang susah sangat nak difahamkan tentang aurat wanita disini? 


Bertahun tahun membesar didalam apa yang dikatakan sebagai Agama Islam tetapi pada hakikatnya masyarakat Melayu Muslim di Malaysia ini boleh dikatakan sebagai kebanyakan mereka jahil muqarrab tentang hukum hakam Ad Deenullah ini.


Islam hanya pada istilah sahaja. Hanya Islam pada MyKad dan tidak didalam ertikata sebenarnya pada amalan didalam kehidupan seharian apatah lagi pada majlis majlis keraian dimana bercampur baur kaum lelaki dan perempuan didalam konteks kehidupan di Akhirul Zaman ini?


Ini baru majlis orang kebanyakan. Belum lagi kita ambil kira akan kemaksiatan yang mengambil tempat didalam majlis majlis 'kayangan' seperti yang berlangsung baru baru ini dimana turut di undang golongan kerabat di raja Melayu dan berlangsung didalam suasana dimana orang orang miskin dan susah tidak langsung kelihatan didalam siaran secara langsung oleh stesen televisyen swasta menelan belanja berjutaan ringgit untuk meraikan pasangan pengantin yang ditaja pihak pihak tertentu baik dari kerajaan mahupun korporat.


Aurat pengantin terutamanya yang perempuan terdedah kepada pandangan mereka yang kebanyakannya bukan muhrim baginya. Sedangkan kita yang ada pertalian persaudaraan dengan nya melalui perkahwinan dengan ibu saudaranya memang dilarang melihat auratnya yang terdedah ; inikan pula mereka yang tak ada hubungan persaudaraan dengannya secara langsung?


Nak buat macamana dengan mereka ini? Maksud saya tentang saudara mara kita ini yang semberono sahaja mendedahkan belahan dada mereka kepada sekelian para tetamu jemputan ke majlis perkahwinan mereka? Kita nak salahkan siapa?


Nenek dia? Ibubapa dia? Suami dia? Diri dia sendiri? Mak Andam? Sanak saudara kaum kerabat rapat? Saudara mara? Pengaturcara?


Siapa?


Saya berpendapat bahawa yang paling pertama sekali adalah diri si pengantin perempuan itu sendiri, kemudian di ikuti dengan suami dia yang secara tidak langsung menjadi seorang dayus bilamana sahaja ia selesai ijab kabul selamat menikahi isterinya, maka ia terus bertanggung jawab keatas diri isteri ia.


Aurat isteri nya yang terdedah itu jatuh hukum berdosa akan sang suami kerana membiarkan aurat isteri terdedah kepada khalayak umum. Duduk pula kat meja utama majlis perkahwinan menghidangkan pemandangan akan aurat isterinya itu untuk tatapan ribuan hadirin. 'Free show brader!'


Aurat sang isteri yang terjaga rapi sekian lama ini dengan perasaan malu akhirnya terdedah kepada ribuan pasangan mata mereka yang tidak berhak melihat akan ia pada majlis yang terpenting didalam kehidupan mereka sebagai suami isteri.


Kemudian saya persalahkan kedua ibubapa dan juga orang orang tua didalam keluarga kedua pengantin. 


Ibubapa sendiri dan kedua mertua turut berdosa membiarkan anak merekaq yang belum tentu cukup pengetahuan tentang hukum hakam agama membiarkan aurat anak perempuan / menantu mereka didedahkan untuk tatapan umum di dalam majlis sambutan kedua pengantin tersebut.


Mereka pun mendapat saham percuma untuk di azab oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di Yaum al Akhirat nanti.


Kemudian, manusia yang paling banyak menyumbang kemaksiatan ini tidak lain tidak bukan adalah mereka yang mencari makan dengan melakukan kerja kerja menyolek dan mengandam sang pengantin.


Golongan tukang solek dan tukang hias Akhirul Zaman ini. Mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk menonjolkan payudara pengantin perempuan untuk tatapan umum. Jika si Mak Andam ini orang yang ada asas asas agama ; tak mungkin akan ia dedahkan aurat sang pengantin pada majlis majlis keraian yang penting didalam kehidupan mereka?


Maka bermulalah kehidupan kedua pengantin dengan dosa dosa percuma akibat kejahilan mereka tentang aurat dan adab memulakan kehidupan berkahwin.


Cuba lihat pula apa pandangan golongan wanita zaman sekarang tentang aurat:



Terbabas gila babi kata budak budak sekarang jika hendak di tafsir akan maksud tersurat dan tersirat akan isi kandungan video tersebut? 


Cuba pula kita melihat pandangan Mursyidul Am PAS Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan gaya beliau tersendiri mengupas tentang bab aurat ini ?





Para pemimpin kerajaan terutamanya mereka yang wanita memang kebanyakan dari mereka boleh dikatakan jahil tentang cara menutup aurat dengan sempurna. 


Jika mereka hadir didalam majlis majlis keraian, maka aurat mereka terdedah tetapi setakat ini cuma dengan jambul terdedah dan selendang mereka tidak menutup kawasan dada mereka. Contoh contohnya boleh tuan tuan dan puan puan lihat disini


Nasib baik belum ada lagi menteri atau timbalan menteri memakai pakaian mendedahkan belahan dada mereka dikhalayak umum. 


Berdosa sudah tentu tetapi masih tak sampai ke tahap jahilnya sang pengantin perempuan yang berbangsa Melayu berlabel Muslim seperti yang kita terpaksa tengok selalu didalam majlis majlis keraian pasangan pengantin kini yang memang ternyata kurang kefahaman tentang hukum hakam agama kita.


Saya ingin menyeru pihak majlis majlis Agama Islam yang menjalankan kursus kursus perkahwinan diseluruh negara untuk menekankan wajibnya menjaga aurat pengantin bilamana mengadakan majlis walimatul urus nanti?


Sia sia lah beriya pergi menjalani kursus perkahwinan begitu begini tetapi pada majlis perkahwinan masing masing berlaku bagaikan orang jahiliyyah menayangkan belahan dada masing masing untuk tatapan umum!!!


Saya ingin menasihatkan kepada tuan puan yang membaca luahan hati saya ini supaya bertindak menasihati pasangan masing masing agar jangan terjatuh kedalam golongan jahil muqarrab ini.


Jika anda ibubapa kepada mereka yang hendak melangsungkan perkahwinan didalam waktu waktu terdekat ini, tolong lah awasi perkara ini supaya anda sekelurga tidak mendapat dosa dosa percuma menghidangkan aurat anak anak anda kepada tatapan para jemputan?


Apatah lagi jika anda orang kenamaan yang akan menyiarkan upacara majlis perkahwinan anak anak anda ke seluruh negara dan rantau Asia atau melalui Facebook atau You Tube ke seantero pelusuk dunia ini?


Kasihanilah mereka yang jahil tentang bab ini dengan membantu menasihati mereka untuk menutup aurat si pengantin perempuan pada majlis perkahwinan mereka.


Saya rasa tak ada gunanya untuk meminta para Mak Andam untuk tidak berusaha memaksiatkan majlis perkahwinan para pelanggan mereka kerna dari apa yang saya sudah melihat, memang seperti mencurah air ke daun keladi. Tak mungkin kan berbekas. Ini hakikat dunia sekarang. 


Terpulang kepada para pengantin sendiri untuk sedar diri tentang hukum hakam bertabarruj di khalayak umum dan batas batas kesopanan dan kesusilaan yang wajib mereka patuhi pada majlis majlis sedemikian bilamana ribuan atau jutaan tetamu menatap akan keadaan mereka nanti?


Saya juga seperti tidak percaya akan cara berpakaian beberapa orang tetamu jemputan ke majlis perkahwinan itu yang memang tepat mencerminkan apa yang diperkatakan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa di Akhirul Zaman akan ada segolongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang!!!


Sila ke laman ini untuk membaca luahan seorang blogger wanita tentang kejahilan ini. Sama sahaja akan apa yang ingin saya nyatakan?


Bawa bawa bertaubatlah sekelian yang berkenaan? Hidup matinya kita ini diantara 5 waktu. 


Sang suami yang hendak memulakan kehidupan rumahtangga bersama isteri tercinta jagalah aurat isteri kamu dari saat kamu menerima nikah ia semasa berijab kabul lagi!


Jangan mulakan rekod perkahwinan kamu dengan dosa menjadi seorang suami yang dayus pada mukadimah majlis perkahwinan kamu sendiri.


Tak 'gentleman' lah bro jika aurat isteri kamu;  kamu rela didedahkan pada khalayak umum dan dirakam gambarfoto serta video mereka yang sudah tentu akan menyiarkan pula akan ia pada semua didalam You Tube dan Facebook masing masing!


Bayangkan lah nanti bilamana anda akan ada anak anak yang kelak mempersoalkan kedayusan anda pada hari majlis perkahwinan anda itu dibelakang hari?


Nak sorok muka kat mana beb?
Post a Comment