Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, October 21, 2010

Bila Izra'il datang memanggil ~ Peringatan kepada semua manusia!







Selimut Putih 

Bila Izrail datang memanggil...
Jasad terbujur di pembaringan...
Bila Izrail datang memanggil...
Jasad terbujur di pembaringan...

Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan

Bila Izrail datang memanggil...
Jasad terbujur di pembaringan...
Bila Izrail datang memanggil...
Jasad terbujur di pembaringan...

Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal dan takwa
Itulah hanya pembela kita
Jikalau ada amal dan takwa
Itulah hanya pembela kita

Bila Izrail datang memanggil...
Jasad terbujur di pembaringan...
Bila Izrail datang memanggil...
Jasad terbujur di pembaringan..

Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan

Janganlah mahu di sanjung sanjung
Engkau digelar manusia agung
Janganlah mahu di sanjung sanjung
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Bila Izrail datang memanggil...
Jasad terbujur di pembaringan...
Bila Izrail datang memanggil...
Jasad terbujur di pembaringan..

Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berjuanglah hidup sepanjang zaman
Tinggal semua yang dikasihi
Berjuanglah hidup sepanjang zaman

Bila Izrail datang memanggil...
Jasad terbujur di pembaringan...
Bila Izrail datang memanggil...
Jasad terbujur di pembaringan..

Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan

Lagu ini ditujukan khas kepada semua perwakilan UMNO yang sedang bersidang dan juga kepada para pemimpin dan pelobi kuasa di Pakatan Pembangkang yang mengimpikan kerusi kuasa di Putrajaya dengan ucapan :

'Beringat ingatlah tuan puan terhadap temujanji dengan Malaikatul Maut yang mungkin datang menjemput kita semua bila bila masa di antara 5 waktu solat.'

Insya Allah.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demikianlah lagu nasyid yang paling menggerunkan mereka yang mempunyai penyakit Al Wahn.

Al Wahn yang membawa maksud cintakan kehidupan duniawi ini dan takutkan mati.

Padahal bagi mereka yang mahu berfikir akan sedar bahawa bilamana sampainya saat dan ketika ajal setiap dari kita, maka tak ada gunanya kita lari ke seantero penjuru dunia sekalipun, makanya Malaikat Maut yakni Sayyidina Izra`il Alaihis Salam tetap menjejaki kita!

Engkau cubalah macamana sekalipun, menyembunyikan diri disebalik kubu yang paling kuat nescaya akan sampai Malaikatul Maut kesisimu.

Dia tak kan peduli samada engkau seorang Raja, Presiden, Syaikh, Maulana, Mursyidul Am, Tuan Guru, Blogger atau insan biasa yang hidup tak pernah bercampur dengan orang sekalipun?

Tak adanya kes di tunda atau di tangguh bicara?

Tak terawal barang sesaat mahupun lewat barang sedetik!

Cukup masa, ruh kita akan berpisah dari badan.

Ini ketentuan Allahu Rabbi.

Sedarkah kita masa berlalu begitu saja?

Namun masih ramai di antara kita yang alpa, mengadu domba, meneropong salah dan silap orang padahal bontot sendiri bagaikan ayam jantan kokok berderai derai, ekor bergelumang najis?

Penyanyi lagu nasyid ini Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim, penyanyi utama kumpulan Nadamurni yang selepas Al Arqam dibubarkan telah berhijrah membina Kumpulan Nasyid Rabbani.

Beliau kini sudah lama kembali ke Rahmatullah meninggalkan untuk kita rakaman suara dan persona diri terus mengingatkan kita pada Al Maut melalui khazanah seni suara dan nasyid beliau.

Suara gemersiknya terus menjentik jiwa dan sanubari kita yang masih merindukan kehadirannya dengan dagu bergetar yang tiada dua di alam fana ini.

Bawa bawalah beringat didalam kembara jiwa kita di Yaum al Duniya ini.

Insya Allah.

Marilah kita sedekahkan bacaan Surah Al Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim.

Al Fatihah!




Post a Comment