Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, October 11, 2010

Hudud Allah ~ Pemimpin Melayu UMNO dan Pemimpin Islam PAS sama sama khianati ummah berkenaannya!

Sekian lama ini saya mengelakkan diri dari bersuara tentang hala tuju kedua parti orang orang Melayu ber'agama' Islam dengan harapan bahawa akan ada sinar keinsafan pada para pemimpin UMNO dan PAS didalam soal membawa negara ini ke arah pentadbiran Islam yang hakiki.


Saya cuba menulis secara sindir pesan terhadap mereka yang mendabik dada mengaku menjuarai usaha menegakkan Syiar Islam di tanahair ini yang pernah didakwa oleh salah seorang pemimpin UMNO sebagai 'Negara Islam'.


Pemimpin itu tidak lain tidak bukan adalah mantan Perdana Menteri ke 4 @ Tun Dr Mahathir Mohamad. Pemimpin negara yang paling lama memerintah tanah bekas jajahan British ini selama 22 tahun. Dari tahun 1981 ke 2003.


Walaupun beliau mendakwa negara kita ini sebagai sebuah negara Islam, kenyataan nya itu hanya lah kosong tanpa sebarang makna kerana pada hakikatnya sistem perundangan negara Malaysia ini tetap berdasarkan pada sebuah perlembagaan yang menobatkan ketentuan British mengenai hala tuju pentadbiran negara yang menjadikan Islam hanya sebagai agama persekutuan tetapi bukan sebagai Agama Rasmi!


Sistem Kehakiman Syariah Malaysia pula hanya mencairkan Hukum Hakam Syariah Allah kedalam kerangka sekular dan jauh lari dari ketentuan Ilahi, Rabbul Alamin. Mereka yang kononnya menjadi para pemimpin Islam didalam Negara Malaysia ini telah pandai pandai menukarkan Hudud Allah kepada enakmen itu dan ini yang hanya tinggal bau bau bacang sahaja dari apa yang sepatutnya?


Sultan Sultan dan Raja Melayu turut bertanggungjawab keatas maslahat ini kerana Duli Duli Tuanku sekelian tidak pernah berusaha menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar didalam ertikata sebenar benarnya dengan bertitah menegakkan Syariah Allah didalam jajahan takluk dan wilayah Kesultanan negeri Tuanku masing masing.


Saya faham bahawa masing masing ada kekangan undang undang tubuh negeri dan sebagainya tetapi sekiranya ada kehendak bersungguh sungguh Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu berpegang kepada kuasa kuasa Tuanku sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing masing, Syariah Allah Subhanahu Wa Ta'ala sudah lama tertegak didalam Kesultanan Kesultanan Melayu di Semenanjung bekas Tanah Melayu ini!


Hendak seribu daya ; tak hendak seribu dalih.


Yang saya nampak cenderung ke arah menjadi Sultan Melayu yang mahu menegakkan Syariah Allah didalam sistem pentadbiran negeri setakat ini hanya Duli Tuanku Sultan Sharafudin Shah, Sultan Selangor dan Duli Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor serta Tengku Mahkota Perak Darul Ridzuan. Itupun ada bab bab tertentu yang perlu dikemaskini oleh Tuanku Tuanku berkenaan.


Ini hakikat yang perlu kita semua hadapi dan akui.


Tun Dr Mahathir berkata sedemikian hanya di akhir tempoh pemerintahannya. Ia pernah dilaporkan sebagai telah menghina Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam berkenaan janggut Rasulullah dengan berkata bahawa di zaman Nabi tak ada pisau cukur Gillette sebab itu Nabi simpan janggut.


Saya pernah mendengar rakaman kaset kenyataan Tun Dr Mahathir dengan telinga saya sendiri. Saya berani bersumpah bahawa itu adalah suara Tun Dr Mahathir sendiri. Wallahi! Wabillahi! Wattallahi!


Saya pernah menjual kaset kaset dan multimedia agama semasa saya hidup di Pulau Pinang dan aktif bergiat didalam usaha Dakwah Al Islamiyyah dipulau kelahiran saya bersama kawan kawan seperjuangan saya di Islamic Propagation Centre International cawangan Masjid Kapitan Keling dahulu.


Makanya saya tidak hairan dengan sikap dan cara kebanyakan pemimpin melayu yang kononnya Islam ini memperlecehkan hukum Hudud Allahu Rabbi ini kerana kebanyakan mereka hanya bersandiwara semata mata untuk mengelabui mata umat Islam seMalaysia.


Baik dari kebanyakan pimpinan tertinggi UMNO mahupun mereka dari pimpinan tertinggi PAS!


Ada segelintir pemimpin PAS yang saya percaya berpegang kuat pada dasar menegakkan panji panji Allah diatas muka bumi ini sekiranya mereka berpeluang menerajui negara ini tetapi suara mereka tidak lantang dek kekangan protokol dan siasah dalaman parti PAS sendiri.


Salah seorang yang saya percaya masih boleh saya harapkan untuk berbuat demikian adalah Tuan Guru Professor Dato Dr Hj Harun Din Al Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat. Yang lain, saya tidak berani jamin.


Pengkhianatan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terhadap harapan umat Islam seMalaysia untuk menegakkan Daulah Islamiyyah menurut Perintah Allahu Ta'ala dan anjuran Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam terbukti dan terdedah semalam bilamana ia bersetuju dengan  Pengerusi DAP, Karpal Singh didalam Majlis Konvensyen ke 57 parti MCA di Ibupejabat MCA bahawa amat sukar nanti bagi masyarakat Cina di Malaysia sekiranya sebuah 'Negara Islam' dibentuk nanti di Malaysia ini?


Najib Tun Razak bersetuju dengan kenyataan Karpal Singh 'Langkah mayat kami sekiranya hendak menegakkan Negara Islam' di dalam Malaysia ini.


Sekaligus dengan persetujuan Najib Tun Razak itu dengan hujjah seorang pemimpin Kaffir anti Islam maka sudah hilanglah hak ia untuk di taati sebagai seorang pemimpin oleh setiap umat Islam dimuka bumi tanahair ini.


Itupun sekiranya umat Islam di Malaysia ini sedar diri dan tahu hukum hakam agama berpemimpinkan seseorang fasik seperti Najib?


Sama juga kedudukan Nik Aziz dan mereka yang sefikrah dengan nya didalam kesanggupan bersekongkol dengan kaffir harbi seperti pucuk pimpinan DAP didalam usaha ia merampas kuasa dan kedudukan memerintah di Putrajaya nanti?


Saya tak peduli akan siapa sahaja yang khianat terhadap Ad Deenul Islam di Malaysia ini biarpun dari kalangan Kesultanan Melayu ataupun mereka yang kononnya mewakili bangsa Melayu dan umat Islam seMalaysia, tetap akan saya tentang sehabis habisan melalui ruang dan peluang yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala izinkan bagi saya didalam saki baki usia 'maghrib' ini!


Bagi saya, Islam itu tetap nombor satu didalam perjuangan hidup saya. Bangsa dan keturunan itu tidak menjanjikan apa apa bila nyawa kita sudah dikerongkongan dan Insya Allah jasad kita akan berpisah dengan ruuh pinjaman Rabbul Alamin ini nanti.


Seandainya ada diantara duli duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu yang sedar diri, mahu menjadi Khalifah Allah didalam ertikata sebenarnya, maka ketahuilah Tuanku bahawa patik, Zainol Abideen tetap setia mendaulatkan Tuanku dan akan bersama sama Tuanku memperjuangkan Ad Deenullah ini!


~@~


Berkokoklah kamu wahai pengkhianat terhadap Allahu Rabbi semahu kamu! Hakikat bahawa hidup matinya kita ini adalah di antara 5 waktu solat jangan lah kamu lupa!


Dengan ini saya berlafaz 'Demi Allah dan Rasul, saya bermufaraqah dari semua yang mengkhianati ummah!'


Zainol Abideen @ Mahaguru58,
Bandar Tun Razak,
56000, Kuala Lumpur.
Post a Comment