Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, October 12, 2010

Kes anggota Polis dan Pemandu Wanita Cina Malaysia ~ Satu Perbincangan



Siapa yang bersalah sikap?


Bagi pandangan saya, kedua anggota polis ini tidak berlaku profesional didalam mengendalikan kejadian ini.


Saya tengok ramai para pemberi komen didalam Facebook dan blog mencaci maki wanita warganegara Malaysia berbangsa Cina ini kerana berani merakam video ini dan mempertahankan haknya sebagai seorang rakyat negara ini.


Sebagai contoh blog ini, ini, ini dan ini. Inilah kelebihan blog dan media alternatif. Masing masing boleh berhujah meluahkan rasa. Namun selaku pengguna internet, kita semua harus sedar akan natijah berkata ikut suka. silap cakap, maka tanggung sahaja padahnya?
Apa yang salah sangat bagi seorang wanita muda sepertinya mempertahankan dirinya dari menjadi seorang lagi mangsa jenayah yang semakin menjadi jadi didalam negara ini?


Dari apa yang saya faham dari kandungan percakapan kedua anggota polis ini dan wanita muda Cina Malaysia ini, ia telah di tahan oleh anggota anggota polis ini diatas kesalahan bercakap menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang memandu.


Masaalahnya adalah sikap. Sikap kedua anggota polis muda ini yang berlaku kurang profesional didalam menangani pesalah trafik ini.


Salah macamana?


Salah 'approach'.


Mereka harus sedar bahawa mereka berhadapan dengan seorang wanita muda yang sudah tentu takut menjadi mangsa penyamar / perogol bersiri / pembunuh / perompak / dsbnya?


Ini bukan perkara main main.


Sudah banyak kes kes kejam sedemikian berlaku ke atas kebanyakan wanita wanita muda warganegara kita tak kiralah bangsa atau agama apa sekalipun!


Masih ingat kes mendiang Canny Ong? Nur Suzaily Mokhtar


Bayangkan diri anda berada didalam keadaan mangsa mangsa rogol dan pembunuhan kejam itu?


Pamela Lim didalam video ini dipersalahkan ramai di atas sikap berhati hatinya  yang mungkin boleh dikatakan sebagai lebih kuah dari sudu didalam beberapa ketika didalam kes ini tetapi dari segi aspek keselamatan, saya tak persalahkan ia seratus peratus.


Sekarang ni mudah sangat nak dapatkan pakaian seragam polis atau mana mana agensi keselamatan. Pergi sahaja ke pekan lama Sungai Besi. Tukang jahit Bangla dengan gembiranya akan menjahitkan pakaian seragam apa sahaja untuk anda dengan bayaran tak semahal mana?


Pamela Lim hanya berwaspada kerna sudah ada banyak kes terjadi sebelum ini. Ia berhak merakam video ini demi keselamatannya. Ia tidak ingin menjadi satu lagi statistik jenayah kejam angkara penyamaran penjenayah.


Anggota polis muda kita ini perlu belajar cara cara berinteraksi dengan orang awam secara lebih professional tetapi diwaktu yang sama menjaga keselamatan diri mereka juga.


Ikut protokol dan garispanduan sedia ada. Insya Allah tak akan jadi kes macam ini.


Adab, sopan santun, berbudi bahasa dan sikap profesional akan membezakan hasil berinteraksi dengan pesalah pesalah trafik macam Pamela ini.


Saya syorkan kedua pihak ~ anggota PDRM dan rakyat Malaysia saling hormat menghormati diantara satu sama lain.


Prejudis berasaskan perbezaan bangsa, agama dan kedudukan sosial harus dilenyapkan dari kehidupan seharian kita.


Melayu, Cina, India, dan lain lain keturunan tetap akan ada didalam negara ini. Sampai bilakah kita nak bercakaran sesama kita?


Setiap manusia itu ada peribadi yang berbeza dan tak akan memuaskan hati dan sanubari mereka yang berkanta rasis semata mata.


Jenayah tidak membezakan sesiapa.


Biar anak orang alim tara mana pun tetap terdedah kepada gejolak hawa nafsu dan kehilangan pertimbangan dan rasional?


Masa dan keadaan menentukan segalanya.


Belajarlah dari kes kes sebelum ini dan bersama sama lah kita mencari kerukunan dan keharmonian diantara pihak keselamatan negara dan warga awam.


Insya Allah selamat!


Saya sarankan kedua Pamela Lim dan anggota anggota polis berkenaan sama sama meminta maaf dan selesaikan kemelut ini.


Pamela Lim, sila mengaku kesalahan bercakap menggunakan telefon semasa memandu, bayar saman dan dapatkan alat 'handsfree' untuk telefon anda bila memandu.


Habis cerita. :)


Untuk membaca pembelaan diri Pamela Lim mengenai kes ini, sila ke sini
Post a Comment