Peluang baik untuk para mualaf dan umat Islam yang berkelayakan dan ingin bekerja di TV ALHIJRAH, stesen TV Islam yang sedang ditubuhkan di Kompleks Pusat Islam, bersebelahan dengan Masjid Negara, Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur.
Saya baru menerima emel ini meminta bantuan mewarwarkan kepada anda pembaca blog Mahaguru58:
Pencarian Pembaca Berita & Pengacara TV Bagi Program Dakwah (Islam)
Kriteria-kriteria yang dikehendaki:
* Lelaki/Perempuan
* Beragama Islam (Mualaf diberikan keutamaan)
* Berumur 20 tahun - 30 tahun
* Taraf pendidikan minima STPM ke atas
* Berkomunikasi dengan baik
* Boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Malaysia dan Inggeris
* Boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Malaysia dan Inggeris
Ujibakat (tertutup) akan diadakan pada:
Tarikh: 30 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Nur Sharlinda
No comments:
Post a Comment