Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

ReadNWrite Ad

Monday, October 04, 2010

Sultan Johor dihina didalam ruang komen Malaysiakini



Institusi Kesultanan Melayu semakin hari semakin tidak dihormati oleh mereka yang boleh dikatakan semakin kurang ajar dan biadap terhadap Duli Duli Tuanku Sultan Sultan Melayu didalam Malaysia sekarang ini.


Cuba tuan puan klik pada screenshots yang saya sempat rakam dan paparkan disini?


Dari seorang ke seorang para pemberi komen didalam artikel Malaysiakini#144356 jelas berlaku biadap dan kurang ajar terhadap Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim ibni AlMarhum Sultan Iskandar didalam cara mereka meluahkan perasaan benci mereka terhadap Duli Tuanku diatas titah Baginda menasihati sistem kehakiman negara supaya berwaspada ketika menangani kes kes sensitif yang melibatkan istana dan yang tidak patut atau perlu dihakimi didalam mahkamah seperti dilaporkan didalam tajuk berita Malaysiakini # 144356 dan dilaporkan secara lebih jelas di sini.


Cuba lihat komen komen ini:







rajm We Malaysians are paying taxes and the Sultan has got to get his fact right. Sultan should not incite hatred among the various people by saying that the other races are questioning malay rights and privileges. Our constitution does not mention anything about special rights or privileges for the malays. The constitution only mention certain special positions for the malays and bumiputras. No one, even the Sultan should not distort or misinterpret the constitution. This special position is also for a definite period of time not life long.All malaysians irrespective of race are equals as per the constitution.
2 hours ago · Report
Sabawak Having sultans is a waste of taxpayers money.
2 hours ago · Report
Joker HRH, with all due respect, things that are 'sensitive' should be discussed more so that all parties can be heard and ppl can make their own decisions. Dissatisfaction would not go away if we ignore them. They will simply simmer unnoticed until it finally boils over.
3 hours ago · Report
noriha Has this person been living under a rock this pass few decades? Move on.. Don't worry there are a lot of ignoramus who will still defend your "special position" though people like me just wish you would shut up you go away.
4 hours ago · Report



Nak kata pihak berkuasa tak reti bahasa, nanti ada yang terasa sampai ke tulang sum sum?


Si penghina bergelar rajm menuduh Sultan Johor menghasut rakyat dengan menimbulkan perkara ini ~ menasihati mahkamah supaya berwaspada didalam menghakimi kes kes yang berkait dengan Kesultanan Melayu!


Ini sahaja sudah boleh dikira sebagai menghina Raja ~ 'Lese Majeste'! Kemudian ia memberi amaran bahawa tiada sesiapa termasuk Sultan patut menyalah tafsir atau menyelewengkan 'Perlembagaan'!


Penghinaan ketiga pula adalah dengan kenyataan si rajm ini bahawa kedudukan istimewa 'Sultan' ini adalah hanya bersifat sementara dan bukannya sepanjang hidup!!!


Si pencacai hina ini buta terhadap Artikel 153 didalam Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan kedudukan istimewa orang orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak!


Saya hendak bertanya, 'Siapakah Raja dan Sultan Melayu' disini? 


Apakah begitu dangkal sekali kefahaman rakyat Malaysia sekarang ini seperti sibangsat yang menggelarkan namanya sebagai 'rajm' ini sehingga 'cetek akal' dan buta adab terhadap adat resam dan budaya bila ingin berbahasa sebegini dengan seorang Sultan Melayu yang berdaulat dan bertakhta didalam Kesultanan Melayu Johor Darul Takzim?


Apakah bilamana lagu kebangsaan 'Negaraku' dinyanyikan, maksud 'Raja kita selamat bertakhta' itu cuma lirik kosong, tidak bermakna apa apa kepada pencacai seperti ini?


Beralih pula kepada kenyataan bangsat#2 bergelar Sabawak yang berkata:
"Having sultans is a waste of taxpayers money".


Berapa sangat duit cukai sidurjana ini yang dibayar untuk menampung kos perbelanjaan di Raja? 


Si durjana # 3 pula menggunakan id noriha bertanya "Has this person been living under a rock this pass few decades? Move on.. Don't worry there are a lot of ignoramus who will still defend your "special position" though people like me just wish you would shut up you go away.


Si noriha ini bertanya samada pihak Sultan ini pergi bertapa sejak beberapa dekad yang sudah? Ia memperli Sultan Johor bahawa jangan bimbang..akan ada ramai 'ignoramus' @ 'manusia bangang' yang akan tampil mempertahankan 'kedudukan istimewa' Sultan Johor sedangkan manusia seperti ia berharap Sultan Johor akan menutup mulut dan pergi menghilangkan diri!


Saya hairan kenapa pihak Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil tindakan keatas akhbar siber begini yang membenarkan mereka yang berselindung disebalik nama nama samaran ini melemparkan kata nesta dan caci maki ke atas Sultan Sultan Melayu seperti ini?


Setiap dari pencaci dan penghina ini melanggan akhbar siber ini dengan membuat bayaran bulanan kepada akhbar ini. 


Walaupun mereka menggunakan nama samaran tetapi identiti dan maklumat diri sebenar mereka ini mesti ada tersimpan didalam sistem pembayaran yuran langganan Malaysiakini dan bayaran bayaran ini adalah melalui transaksi bank atau kad kredit yang sudah pasti boleh dikesan dan dikenalpasti para penghina Raja Melayu ini.


Apakah perlu seorang blogger seperti saya untuk mengajar pihak berkuasa supaya bangun bertindak keatas mereka ini atau adakah saya akan mendapat jawapan dari SKMM / PDRM / KDN bahawa mereka tidak boleh bertindak keatas mereka ini tanpa ada laporan polis terhadap para pencaci dan penghina Sultan Johor?


Atau pihak Kementerian itu dan ini hanya menanti akhbar perdana seperti Utusan Malaysia mengambil artikel ini dan siarkan didalam suratkhabar mereka untuk mencuit segala pihak ini untuk mulakan siasatan dan bertindak?


Mana dia keprihatinan pihak kerajaan untuk menjaga maruah Sultan Sultan Melayu supaya terus berdaulat dan disegani masyarakat?


Apakah pihak kerajaan Malaysia ini sudah ditimpa 'Sindrom Si Luncai Terjun dengan Labu Labunya'?


Nak biarkan...biarkan?


Sampai bila?


Apalah malangnya negara ini mempunyai pegawai pegawai kerajaan dan menteri yang nama sahaja memegang kuasa itu dan ini tetapi GAGAL menjaga kerukunan dan kedamaian kita semua!!!


Nak tunggu sampai bila Dato Dato Seri???


Sampai cacing kerawit menjadi naga???
Post a Comment