Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, November 23, 2010

Agenda Awani ~ Erti Pengorbanan - Siaran Aidil Adha 17hb November 2010



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah! Semalam, saya telah menerima dvd rakaman siaran program Agenda Awani dimana saya telah diundang sekali lagi menjadi tetamu rancangan ini sempena Aidil Adha.


Hos rancangan pada malam 17hb November 2010 adalah Suhaimi Sulaiman. Turut menjadi tetamu pada rancangan itu adalah Norizan bin Shariff @ Nobisha, rakan blogger saya yang juga CEO Inminds Sdn Bhd. 


Turut bersama kami pada talian telefon adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Saifuddin Abdullah dan Yang Berbahagia Dato Mohd Yunus Pathi, Presiden Pengasih Malaysia.


Tajuk perbincangan kami pada program Agenda Awani kali ini adalah 'Erti Pengorbanan' dari sudut pandangan kami masing masing.


Saya diminta mengulas 'Erti Pengorbanan' sempena sambutan Aidil Adha dari segi pandangan agama Islam. 


Makanya saya mengulas tentang sejarah bermulanya peristiwa 'Korban' yang diperintahkan ke atas Nabi Ibrahim Alaihis Salam untuk mengorbankan anakanda sulung baginda yakni Nabi Ismail Alaihis Salam.


Betapa hebatnya cobaan ke atas Nabi Ibrahim Alaihis Salam! Seorang nabi Allah yang setelah sebegitu tua mendapat kurnia seorang putera didalam bentuk Nabi Ismail Alaihis Salam dan baginda begitu amat menyayangi anakanda nya itu dan disayangi bagaikan 'menatang minyak yang penuh'.


Selepas anakandanya itu membesar dengan sempurna dan didalam usia remaja seperti diperingatkan Norizan, telah turun satu perintah ke atas Nabi Ibrahim Alaihis Salam untuk menyembelih putera kesayangannya itu demi Allahu Ta'ala!


Begitu ta'atnya kedua ayah dan anak terhadap perintah Allah sehingga masing masing sanggup melaksanakan apa yang diperintah tanpa ada sebarang keraguan didalam jiwa masing masing?


Wallahi! Sesungguhnya saya rasa tak akan ada manusia yang waras dan beriman pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada hari ini yang mungkin sanggup melaksanakan perkara yang sama?


Sedangkan seringgit dua untuk di masukkan kedalam tabung masjid / surau pun tak ramai yang sanggup untuk bersedekah sebegitu pada hari ini, manakan ada yang sanggup hendak mengorbankan diri sendiri apatah lagi anak anak masing masing hanya kerna Allah?


Saya berkata begini dari segi pemerhatian ke atas masyarakat Malaysia hari ini. Mungkin di Timur Tengah masih ada dikalangan mereka yang tertindas seperti di Palestin dan Iraq yang sanggup berkorban demi kesejahteraan kaum mereka tetapi pada keseluruhannya , umat Islam hari ini memang ramai yang tak sanggup mengorbankan kesenangan dan keselesaan masing masing untuk memastikan Islam tetap terpelihara.


Ikutilah rancangan Agenda Awani di atas dan ambillah iktibar dari segala apa yang kami perbincangkan bersama sama di dalam program di atas.


Insya Allah.

Post a Comment