Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, November 21, 2010

Akidah Muslim seMalaysia ~ Tergugatkah dengan misi Ben Bradshaw, Belacan & Paku?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Saya sudah sedia maklum akan siapakah dia Ben 'Baca' Bradshaw ~ Si Gigi Putih yang mengaku bahawa ia seorang guru gereja dan ditugaskan ke Sarawak dahulu.


Begitu juga dengan Belacan & Paku, dua warga Amerika yang turut bersama datang berhijrah ke negara ini dan mereka juga menginap di Sarawak, mungkin rakan segereja dengan si Ben ' Gigi Putih'.


Saya tak ada masaalah untuk berkawan dengan siapa sahaja, walaupun dengan paderi atau pastor biar Pope sekalipun kerana akidah saya mantap 100% tetap bertuhankan Allahu Rabbul Alamin.


Yang saya hargai akan Ben 'Baca' Bradshaw @ Gigi Putih, Belacan & Paku adalah kesungguhan mereka mempelajari Bahasa Melayu untuk mereka mendekati warga disini. Soal mereka menjadi mubaligh Gereja Mormon tidak menjadi hal kepada saya kerana saya tetap akan menjaga keimanan saya dan tidak sekali kali akan terpesong akidah saya berkawan dengan Mat Salleh Mat Salleh ini.


Ada pembaca yang mengirim komen pada saya menyatakan kerisauan nya akan nasib umat Islam di Malaysia ini yang semakin tergila gila dengan mubaligh Gereja Mormon ini yang sudah begitu fasih didalam Bahasa Malaysia dan lama kelamaan mungkin menyuntik jarum jarum halus kepercayaan Kristian mereka kepada para penyokong dan pengikut Facebook mereka yang semakin hari semakin ramai mengikuti mereka termasuklah orang tua ini! :D


Bagi pihak diri saya ini, tak jadi hal kerana saya adalah seorang Penyeru kepada Al Islam.


Saya belum lagi berkesempatan menemui Ben Bradshaw, Belacan & Paku secara bersemuka. Seandainya ada peluang sebegitu, Insya Allah akan saya mengajak mereka memeluk Agama Islam!


Lebih mudah bagi kita mengajak mereka kepada Hakikat Islam dari kita terpesong kepada kefahaman palsu yang lahir dari ilham manusia.


Muslim seMalaysia yang benar benar yakin terhadap Allahu Ta'ala tak mungkin akan tergadai akidah mereka jika bersahabat dengan Ben Bradshaw, Belacan & Paku atau sesiapa sahaja?


Berpegang teguh lah kita kepada Al Quran & Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan dalami lah ilmu agama kita dengan berguru kepada Mursyid yang sebenar dan janganlah kita begitu rapuh sekali kefahaman Ad Deenul Islam sehingga boleh berubah akidah hanya kerna seseorang mubaligh atau Tok Sami fasih berbahasa Melayu?


Tak logik berpendapat begitu!


Berapa juta rakyat Malaysia bukan Islam serta bukan Melayu yang fasih berbahasa Malaysia tinggal hidup bersama sama kita sekian lama ini. Berapa keratkah diantara warga Malaysia berbangsa Melayu, beragama Islam sudah murtad masuk ke agama agama mereka?


Bagi saya, kerisauan sebegini adalah satu penghinaan kepada umat Islam seMalaysia terutamanya yang berbangsa Melayu!


Jika tidak ada Ben Bradshaw, Belacan & Paku hadir disini fasih berbahasa Melayu akan ada pula nanti seribu satu manusia kaffir yang lain yang sama fasih berbahasa Melayu dan mungkin lebih beradab sopan santun mengikuti resam dan budaya Melayu datang muncul di khalayak kita?


Apakah begitu rapuh sekali tahap keimanan bangsa Melayu yang lahir sebagai umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam untuk tergugat tahap keimanan mereka dengan hanya bercampur gaul dengan mubaligh Kristian, pendeta Hindu atau Sami Buddha?


Memang amat memalukan sekiranya ada yang terpesong terbabas turut sama pergi menyembah sesuatu selain dari Allahu Ta'ala!!!


Bagi saya, soal Ben Bradshaw, Belacan & Paku bertugas sebagai mubaligh Gereja Mormon tidak menjadi hal bagi saya. Itu hak mereka untuk jadi siapa sahaja. Yang saya hargai adalah kesungguhan mereka menguasai Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan kita.


Kukuhkan lah akidah masing masing dan berpegang tegohlah kamu dengan Tali Allah dan tetapkan diri di Jalan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam!


Tak jadi sebarang masaalah bagi kita untuk bergaul dan berkawan dengan sesiapa sahaja walaupun dengan orang orang kaffir sekalipun!


Saya berkawan dengan orang orang seperti Pastor Ben Eder dari New York yang amat berbudi bahasa turut menghayati akan apa apa yang saya tulis mengenai Keagongan Allahu Ta'ala didalam Facebook. 


Saya turut bersahabat dengan Cikgu Murali, seorang Brahmin, warga Malaysia beragama hindu yang pakar didalam Ilmu Matematik.


Ramai lagi sahabat sahabat saya yang bukan Islam, turut fasih didalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris yang berkawan dengan saya atas dasar persahabatan ikhlas sesama manusia.


Tak jadi hal bagi saya.


Mungkin pembaca saya itu khuatir kan kemungkinan segelintir dari para peminat Ben Bradshaw, Belacan & Paku akan terpengaruh di belakang hari seandainya Ben dan rakan rakan mubaligh Gereja Mormon nya ini mula menindoktrinasikan para pengikut tegar mereka ini kejalan Kristian?


Mungkin saja?


Namun saya ingin menyoal warga Malaysia yang berbangsa Melayu, beragama Islam sekelian?


Apakah iman tuan puan begitu mudah tercalar?


Begitu rapuh sekali sehingga boleh dipengaruhi sesiapa sahaja asalkan mereka fasih berbahasa sama seperti kamu dan berperwatakan kacak dan bergigi putih seperti Ben?


Jika ada yang mengangguk bersetuju iya, maka jangan persalahkan Ben Si Gigi Putih, Belacan & Paku di atas kelemahan anda sendiri!


Salahkan diri anda sendiri kerana begitu lemah mempertahankan akidah kamu dan kegagalan kamu sendiri untuk mempelajari dan menghayati akan agama hakiki Islam yang satu satunya diperturunkan Allahu Rabbul Alamin kepada sekelian manusia bermula dengan Ayahanda Kita, Nabi Adam Alaihi Salam dan kemudiannya disambung misi dakwah kepada setiap kaum di setiap zaman oleh nabi nabi dan rasul Allahu Ta'ala sehinggalah sampai kepada Sayyidul Mursalin, Khataman Nabiyyi, Rasulullah, Muhammad al Mustafa Sallalahu Alaihi Wassallam!!!


Apakah begitu lemah sekali tahap keimanan umat Islam seMalaysia sehingga boleh diganggu gugat dengan kehadiran orang orang bukan Islam seperti Ben 'Baca' Bradshaw, Belacan & Paku hanya kerna mereka sudah fasih berbahasa Melayu sama seperti kita?


Iman kertas tisu ke umat Islam yang berkenaan?


Janganlah mudah terpengaruh dengan sesiapa sahaja yang ada 'udang disebalik batu'.


Perkukuhkanlah iman dan akidah masing masing dan kalau boleh ajaklah Ben serta rakan rakannya ke arah Islam.


Kongsikan lah kesyumulan Islam dengan mereka dan tunjukkan lah ketinggian budi bahasa orang orang Melayu dan serulah mereka ke jalan Allah!


Insya Allah, Mahaguru58 akan turut membantu anda melaksanakan tugas murni ini.


Marilah kita mengajak sekelian manusia untuk menghayati kesucian dan kebenaran Islam.


Tidak ada tuhan selain Allahu Ta'ala, Rabbul Alamin.


Kepada sesiapa sahaja umat Islam seMalaysia yang tak faham akan apa apa sahaja tentang Islam, emelkan persoalan anda kepada saya.


Insya Allah akan saya jawab mana yang saya tahu dan akan menyusul kepada para alim ulamak kita yang sedia ada, sudi membimbing dan membantu kita hidup sebagai Muslim dan Mukmin sejati tidak akan goyah dengan kehadiran sesiapa sahaja, walau 'handsome' dan 'comel' macamana sekalipun! :D


Akidah Muslim seMalaysia harus kukuh, utuh, kekal bertuhankan hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan berpandukan ajaran Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam sampai bila bila , sehingga Yaum al Qiyamah dan terus ke Akhirat nanti!


Saya yakin umat Islam Malaysia tak akan begitu mudah menyembah sesuatu yang lain dari Allah melainkan seseorang itu memang jahil tahap gaban, jahil muraqqab, kosong kefahaman agamanya sejak lahir kerana ibubapanya juga seperti itu, tak pernah ambil tahu akan agama yang ia sendiri lahir kedalamnya!


Jika ada yang seperti itu, maka wajiblah kamu belajar. Belajarlah tentang hak kamu sebagai Muslim. Tak faham? Tanya!


Jangan berikan sebarang alasan bahawa tidak ada sesiapa yang mahu membimbing kamu!


Hendak seribu daya beb!


Tak hendak seribu satu dalih!


Jangan dok sembang merapu seperti itu. 


Ratusan ribu para pendakwah dan alim ulama seMalaysia sedia membantu dan membimbing kamu.


Yang bulat tak datang bergolek ; yang pipis tak turun melayang.


Carilah ilmu agama Islam sementara masih hidup dan waras.


Kalau dah kematu dan di pintu ajal, sorry beb! Too late for u bro / sis!


Jangan dok persalahkan orang lain di atas kekurangan dan kelemahan sendiri.


Masing masing ada akal bukan?


Maka gunakan lah akal yang di anugerahi ALLAH! Bukan mana mana yang lain!


Hayatilah maksud Surah An-Nasr, Surah ke 110, Al Quranul Karim :





110:1
Transliteration
Itha jaa nasru Allahiwalfath
Sahih International
When the victory of Allah has come and the conquest,
Muhsin Khan
When comes the Help of Allah (to you, O Muhammad (Peace be upon him) against your enemies) and the conquest (of Makkah),
Malay
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -

110:2
Transliteration
Waraayta annasa yadkhuloonafee deeni Allahi afwaja
Sahih International
And you see the people entering into the religion of Allah in multitudes,
Muhsin Khan
And you see that the people enter Allah's religion (Islam) in crowds,
Malay
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -

110:3
Transliteration
Fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirhuinnahu kana tawwaba
Sahih International
Then exalt [Him] with praise of your Lord and ask forgiveness of Him. Indeed, He is ever Accepting of repentance.
Muhsin Khan
So glorify the Praises of your Lord, and ask for His Forgiveness. Verily, He is the One Who accepts the repentance and forgives.
Malay
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Kepada yang berminat mengetahui akan aktiviti Gereja Mormon didalam negara kita, boleh sahaja ke sini dan membaca laporan terkini pencapaian mereka.


Kita sedia maklum bahawa yang ramai memeluk kefahaman Kristian didalam negeri Sabah dan Sarawak adalah mereka yang terdiri dari kaum Cina. Satu dua Melayu yang murtad seperti si Badrul Hisham @ Benjamin Stephen terpaksa lari ke pedalaman Indonesia seperti di Pontianak kerana ianya sudah menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia.


Segelintir wanita Melayu yang murtad ke fahaman Kristian terdiri dari kalangan wargakota yang membesar didalam keluarga yang jahil tentang Islam dan buta agama secara total!


Jamaah Islamiyyah yang melenting menghambur kata nesta, ugutan bunuh terhadap golongan seperti ini pada peringkat jatidiri mereka sendiri gagal mentarbiyyah masyarakat kita sendiri supaya menggunakan pendekatan kasihsayang dan prihatin terhadap keperluan orang orang seperti ini.


Jika berkasih sayang pula selalunya menjadi kes 'harapkan pagar ; pagar mentekedarah akan padi!'


Lain yang di amanahkan; lain pula yang dia melingkupkan!


Jadilah keadaan dimana para paderi dan mubaligh Kristian seperti Ben Bradshaw dan rakan rakan gerejanya mengambil peluang mendalami Bahasa Melayu dan adat resam warga Melayu Malaysia untuk menawan dan menambat hati mana mana umat Melayu Islam yang lemah pegangan akidah mereka dan kemungkinan berjaya menarik segolongan umat Melayu yang jahil terhadap agama Islam yang di anuti mereka secara lahiriyyah ke jalan mereka?


Jadi saya harap, para pendakwah Muslim Malaysia supaya meningkatkan usaha mengajak sesama Muslim untuk menghayati ajaran ajaran Islam kita dan menzahirkan kasihsayang sesama kita didalam ertikata sebenarnya dan janganlah mengkhianati kepercayaan ummah!


Insya Allah!
Post a Comment