Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, November 09, 2010

Isu MB Dato Nik Aziz ~ Md Nor Deris Bertelagah ~ Tak kena cara menegur



Bilamana saya melihat video rakaman pertelegahan kedua Muslim di atas, saya merasa sedih dan terkilan kerana terjadinya peristiwa sebegini melibatkan seorang yang mengaku ustaz mewakili UMNO memaki hamun Menteri Besar Kelantan Darul Naim yang berkedudukan sebagai Mursyidul Am PAS padahal kedua mereka adalah tetamu dikediaman bekas ADUN Galas (Semangat 46) Haji Omar Mohamad pada 30hb Oktober lalu semasa sedang berlangsung kempen pilihanraya kecil di kawasan Gua Musang baru baru ini.


Dari rakaman awal video ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa bekas calon BN Pengkalan Chepa Mohd Nor Deris sudah memang merancang bertikam lidah dengan MB Kelantan tentang perkara kenapa PAS mahu bersekongkol dengan parti DAP dan PKR?





Mohd Nor bin Deris merupakan bekas pensyarah Fakulti Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya,Nilam Puri, Kelantan. Beliau juga bekas anggota dewan ulama’ Pas ‘81 – ’88, masuk UMNO 1999 hingga kini.


Saya tidak mahu memperkatakan apa apa tentang latarbelakang beliau dan juga menyentuh soal beliau kini mahu kelihatan sebagai juara UMNO menentang Nik Aziz seperti yang kita semua sudah lihat didalam rakaman rakaman video berkaitan.


Yang ingin saya bertanya adalah kenapa beliau mengambil sikap berkeras dan kasar sebegini terhadap seorang tamu yang lain dirumah orang?


Dimanakah adab dan akhlak beliau selaku seorang yang dikatakan sebagai bekas pensyarah Fakulti Syariah didalam Akademi Islam, Universiti Malaya kampus cawangan Nilam Puri, Kelantan?


Saya berpendapat bahawa beliau telah mendatangkan bencana besar kepada imej parti UMNO diKelantan dengan sikap kurang beradab beliau semasa bertembung dengan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas (S46) Tuan Haji Omar Mohamad itu!


Saya rasa tak ada lagi sebelum ini mana mana wakil UMNO bersikap sebegini biadap terhadap Nik Aziz walaupun kita semua sedia maklum bahawa ada percanggahan pendapat baik dari segi politik mahupun agama dengan MB Kelantan ini.


Sikap kurang adab Mohd Nor Deris hanya mengundang musibah terhadap perancangan penyatuan ummah di Malaysia ini.


Beliau tidak menang apa apa didalam konflik beliau terhadap Nik Aziz didalam peristiwa ini malah reputasi beliau kini hancur dek kerna terikut nafsu amarah yang bergejolak membakar diri didalam pertembungan ini.


Sayang! Segala ilmu pengetahuan agama yang ada pada manusia ini hilang sia sia sahaja bila membiarkan amarah didalam jiwa menguasainya didalam insiden yang mendukacitakan ini.


UMNO dengan PAS perlu menjauhkan diri dari peristiwa ini. Jangan kerna seorang manusia yang hilang pertimbangan dikala itu dek kerna kepentingan diri mahu dilihat sebagai juara entah apa apa membakar jambatan pertalian ikhwanul muslimin yang senantiasa wujud diatas dasar sesama Islam.


Perbezaan pendapat dan pegangan politik semasa itu hanya rintangan semasa yang dibiarkan merenggang ukhuwah al Islamiyyah diantara dua parti Melayu Muslim yang terbesar didalam negara.


Ada yang cuba menangguk di air keruh perhubungan diantara kedua parti ini. 


Sebagaimana kita semua lihat, disebalik pertelagahan politik diantara PAS dan UMNO, pihak pihak bukan Islam tidak kira samada dari BN ataupun PR, mengambil kesempatan membangkitkan isu isu yang menyentuh hak umat Islam dan mereka bersama sama mempertikaikan itu dan ini tentang kedudukan Islam didalam negara kita?


Yang ruginya siapa?


Sesama Muslim, bukan?


Inilah akibatnya jika manusia seperti Mohd Nor Deris lupa bahawa berkeras dan bertelagah seperti yang dilakukannya sesama pemimpin umat Islam hanya merugikan kedua dua pihak UMNO dan PAS!


Saya rasa sikap sebegini tidak disokong oleh pucuk pimpinan UMNO itu sendiri kerana para pemimpin mereka seperti PM Dato Seri Najib sendiri tidak bermusuhan sebegitu rupa dengan MB Kelantan Dato Nik Aziz. Kita nampak bagaimana beliau pergi menziarahi Nik Aziz semasa MB Kelantan itu sakit tidak lama dahulu?


Tuan Mohd Nor Deris harus bersikap lebih berhemah seandainya beliau mahu bermuzakarah dengan Nik Aziz bukannya menyerang melulu seperti didalam rakaman video berkaitan.


Mana perginya segala ilmu pengetahuan beliau didalam menyampaikan ilmu agama kepada para pelajarnya didalam Fakulti Syariah dahulu?


Dimanakah tercicirnya rasa kasih sayang sesama Islam sekiranya itu yang dihajatinya ketika bertemu muka dengan Nik Aziz?


Berulang kali ia menyuarakan tentang perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala bahawa perlu dirapatkan perhubungan sesama Islam tetapi tidak pula diamalkannya semasa berdepan Nik Aziz?


Macamanalah Nik Aziz hendak terima hujah hujah Tuan Mohd Nor Deris jika hanya maki hamun yang dihamburkan terhadap beliau oleh 'wakil' UMNO ini?


Jangankan Nik Aziz, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad pun akan ca alif but dari berada dekat dengan Tuan Mohd Nor Deris!


Inilah masaalah manusia manusia Muslim zaman sekarang.


Cakap berdegar degar tentang Islam dan begitu fasih menuturkan ayat ayat suci Al Quranul Karim tentang perpaduan Islam tetapi didalam hati penuh dendam kesumat berapi dan diluahkan kata kata nesta tanpa ada rasa mahabbah dan cinta sesama saudara seIslam dengan kita?


Macamanalah umat Islam didalam Malaysia nak bersatu?


Dah sia sia lah peluang untuk Tuan Mohd Nor duduk berbincang, berkenaan dengan isu perpaduan ummah!


Lim Kit Siang, Karpal Singh semua akan ketawa terbahak bahak melihat kelaku Tuan yang sembang deraih tentang perpaduan ummah tetapi sebaliknya maki hamun seorang MB Kelantan didepan khalayak umum kerana video video berkaitan kini ditonton seluruh negara mahupun dunia!!!


'Practice what you preach brother before you talk about unity!!!'


Rumusan saya tentang peristiwa ini adalah ' Menang jadi arang ; kalah jadi debu!'


Terlajak perahu boleh diundur ; terlajak perbuatan tanggunglah sendiri.


Hai lah manusia!


Memang tepat sungguh Surah Wal Asr!





103:1
Transliteration
WalAAasr
Malay
Demi Masa!

103:2
Transliteration
Inna al-insana lafee khusr
Malay
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

103:3
Transliteration
Illa allatheena amanoowaAAamiloo assalihati watawasaw bilhaqqiwatawasaw bissabr
Malay
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Post a Comment