Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha Mahaguru58 1431 Hijrah ~ Gambarfoto sekitar Masjid Al Najihin

Gambar kenangan bersama salah se ekor lembu korban di Masjid Al Najihin
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillah hil Hamd!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Muslimin Muslimat, Saudara SeIslam sekelian.


Syukur Alhamdulillah. Masih dipanjangkan usia kita oleh Allahu Rabbul Alamin, dapat kita menyambut Aidil Adha 1431 Hijrah dengan keadaan aman sentosa didalam negara kita ini dan bersama ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sesama umat Islam sekelian.


Aidil Adha kali ini saya bersama isteri menyambutnya di ibukota sahaja kerana kami baru kembali dari berkunjung ke Kuantan minggu sudah. 


Terasa kurang seronok Aidil Adha tahun ini kerana kami telah kehilangan dua saudara dekat di Kuantan, arwah Pak Busu @ Haji Salamudin dua hari sebelum Aidilfitri dan kehilangan salah seorang ipar saya ~ Arwah Pak Lang @ Mohd Basir yang meninggal dunia akibat sakit jantung pada Raya ke 7, makanya Aidil Adha kali ini kurang lah terasa sambutannya bagi kami sekeluarga.


Namun, menerima hakikat bahawasanya ajal maut tetap akan datang menjemput kita bila bila masa sahaja, maka mahu tak mahu terpaksa kita harungi walau terasa kehilangan sanak saudara tercinta.


Dari satu segi boleh dikira sebagai pengorbanan juga. Berkorban kasih sayang, meneruskan saki baki hidup ini bersama ahli keluarga yang masih ada. Memperkasakan jiwa dan minda untuk terus berada disini untuk mereka yang memerlukan kehadiran kita pula sebagai tempat mereka bergantung kasih sayang dan menjadi tempat mereka mengadu pula.


Sebagai pasangan hidup, kita kena bersabar dan berlapang dada bilamana menghadapi karenah buah hati kita. Sebagai orang tua, kita perlu berhati hati melepaskan kata, membuahkan fikrah agar tidak menyinggung perasaan anak anak yang masih mentah, belum matang dan berdarah muda, cepat melenting menghambur kata tanpa memikirkan akibat atau kesan kata nesta, marah membara, angkara gejolak nafsu murka.


Ini pun satu bentuk pengorbanan juga bagi kita yang berpangkat ayah pada anak anak kita yang masih muda dan mentah.


Mereka belum merasa pahit maung yang telah kita lalui didalam perjalanan hidup kita.


Mereka juga pernah menderita, tersiksa bilamana kita tidak ada disamping mereka semasa mereka amat memerlukan kehadiran kita.


Makanya pengorbanan itu berlangsung pada semua peringkat usia dan didalam kehidupan setiap seorang dari kita.


Masing masing ada pengorbanan yang telah dilakukan demi menjaga hati budi dan keselesaan hidup yang lain.


Nabi Ibrahim Alaihis Salam sanggup mengorbankan putera sulung baginda yang tercinta demi mahu taat sepenuh jiwa dan raga terhadap Allah, Rabbul Alamin.


Saya sangsi samada ada di antara kita manusia Akhirul Zaman ini yang sanggup seperti Nabi Ibrahim Alaihi Salam untuk menyembelih leher anakanda tercinta Nabi Ismail Alaihis Salam, demi menurut perintah Allah?


Tahap pengorbanan kita sudah tentu tidak akan sama dengan apa yang telah Baginda Nabi Ibrahim Alaihis Salam laksanakan?


Namun hanya Allah, Tuhan Semesta Alam yang Maha Mengetahui akan isi hati dan kandungan jiwa kita setiap seorang didalam pengorbanan masing masing?


Hanya Ia Maha Pembalas.


Mudah2an segala pengorbanan kita terhadap sesiapa sahaja dibalas dengan setimpal oleh Sang Maha Pencipta!


Amin, Ya Rabbal Alamin.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillah hil Hamd!


Bersempena dengan Aidil Adha yang mulia ini, ingin saya, Zainol Abideen meminta maaf dari tuan puan seandainya ada sebarang kekhilafan di pihak saya, menyusun jari sepuluh memohon kemaafan anda, para pembaca blog ini yang dihormati.


Mudah2an Allahu Ta'ala membersihkan kita dari segala dosa dosa kita baik yang kecil mahupun yang besar dan memberikan kita Taufik dan HidayahNya untuk menjalani kehidupan ini dan Insya Allah di Yaum al Akhirat kelak.


Amin Ya Rabbal Alamin.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Berikut adalah rakaman gambarfoto yang sempat saya ambil selepas Solat Sunat Aidil Adha diperkarangan Masjid Al Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur untuk tatapan anda semua.


Kanak kanak di bandar ini teruja melihat lembu korban sedangkan sang lembu tak hairan sedikit pun dan terus meragut rumput diperkarangan masjid. :P
Pelajar kejururawatan Kolej Segi yang tinggal berdekatan masjid ingin bergambar bersama se ekor lembu yang akan dikorbankan pagi ini.
Seperti biasa kanak kanak lah yang paling teruja dengan kehadiran lembu lembu korban yang telah dibawa dan di ikat di kawasan perkarangan masjid.
Bergambar kenangan dengan salah se ekor lembu yang akan dikorbankan pagi ini. Lembu tu buat tak tahu sahaja dengan pelajar pelajar kejururawatan ini.
Pelajar pelajar Kejururawatan Kolej Segi yang tinggal berdekatan masjid tidak melepaskan peluang bergambar kenangan sempena Solat Sunat Aidil Adha tahun ini.
Nak bergambar juga!
Kami pun nak bergambar! :P
Pasangan muda yang sempat saya berkenalan semasa di perkarangan masjid.
Fenomena biasa di setiap Solat Sunat Aidil Adha atau Aidil Fitri. Bertelekong ke masjid. Ini amalan Muslimah di segenap negara kita Malaysia tercinta. :)
Menyakat lembu tertambat adalah satu kesempatan yang tidak mahu dilepaskan kanak kanak yang hidup dipangsapuri berdekatan. 


Tak seperti budak budak kampong yang sudah biasa dengan kehadiran lembu, kerbau, kambing, ayam itik, angsa dan sebagainya, budak budak KL ini jarang dapat bermain main dengan lembu seperti ini. Setahun hanya sekali dapat jumpa lembu hidup! Hehehehehe...


Lobang yang sudah siap di gali untuk menanam bahan bahan buangan dan sisa sisa penyembelihan lembu lembu korban diperkarangan Masjid Al Najihin.
Lembu lembu ini sedang berehat menanti saat dan ketika dikorbankan nanti.
Mereka inilah yang sangat teruja dapat melihat lembu hidup hidup di tengah kawasan penempatan bandar. Setahun hanya sekali dapat melihat lembu hidup!
Manalah lembu tu nak pandang? Diberinya ranting tak berdaun, tak kuasa sang lembu melayan!!! :P
Sesi bersembang dengan lembu. Macam macam ditanya budak budak tu pada sang lembu tapi tak de jawapan. :P Dah lumrah budak budak...macam macam..
Saya perasan dah lama perkara ni. Kalau geng mamak atau Bangla / Pakistan mesti nak pandang kamera! Mereka memang suka sangat bergambar. 

Kekadang dia akan datang minta kita ambil gambar dia. Kalau Cina selalu nak lari dari kamera! Kena kaji perkara ni. Apa cerita disebalik kelakuan manusia manusia ini? Ada rahsia disebalik tabiat manusia mengikut etnik masing masing.
Tengah bincang nilai estetika perkarangan masjid. Ada batu batu granit licin diletakkan didalam ruang ruang jalan kaki. Ada unsur landskap Bali gitu?
Kawan saya Saudara Ibrahim peniaga Nasi Kukus Ayam Dara di Pasar Jumaat Masjid Saidina Othman ibni Affan, Bandar Tun Razak bersama isteri dan anak anaknya. Nasi kukus Ayam Dara jualannya memang sedap! RM5 satu set! :)
Belum biasa lagi didukung Tok Mamu...muka dah mula sebek tu ...Hahahaha...
Bergambar kenangan bersama putera bongsu Saudara Ibrahim Tauke Nasi Kukus Ayam Dara di Pasar Jumaat Masjid Saidina Othman ibni Affan. Gambar ni di ambil oleh Saudara Ibrahim sendiri sempena kami bersama sama di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Permaisuri, pagi tadi. Hero tu kehairanan didukung saya!
Putera Bongsu Ibrahim Nasi Kukus Ayam Dara
Ibrahim Tauke Nasi Kukus Ayam Dara dengan putera bongsu nya. Ibrahim ni Mat Kelate! Tapi tak sombong, dia ramah dan mesra dengan semua orang. :)
Suasana meriah pagi tadi di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Permaisuri bersebelahan Bandar Tun Razak. Melimpah ruah kawasan masjid 3 tingkat ni!
Remaja berkumpul berbual bicara sesama mereka sempena dapat berkumpul kat masjid lepas Solat Sunat Aidil Adha. Alhamdulillah. Elok le dari lepak kat pasaraya dan kompleks membeli belah. Imarahkan masjid! Dapat pahala lagi.
Dalam perjalanan pulang ke rumah masing masing sesudah Solat Sunat Aidil Adha.
Menunggu ayah?
Seorang ayah dengan anak anaknya selepas solat.
Remaja Muslim berkumpul berbual bicara sesama mereka.
Remaja Muslim
Senyum!
Sembang sembang
Wajah wajah
Comel
Ruang masuk utama
Tiga bersaudara

Post a Comment