Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 13, 2010

Kahwin Muslimah Maghribi ~ tanda wanita Melayu Malaysia perlu sedar diri!


Salam tahniah kepada pasangan Mohd Fairuzd Mohd Yusoff dan isterinya, seorang Muslimah dari Maghribi yang kini sudah berumahtangga sejak 2006 dan dikurniakan seorang cahayamata.

Laporan myMetro disini membuatkan saya gembira mengetahui akan perkara ini dan saya mengalu alukan para pemuda Melayu Muslim Malaysia kita mencari jodoh dari kalangan wanita Muslimah Maghribi dan membawa pasangan mereka kembali hidup di tanahair kita nan tercinta ini.

Elok sangat lah para pemuda dan lelaki Muslim Malaysia berkahwin dengan wanita wanita Muslimah Maghribi yang masih belum tercemar dengan gaya dan budaya karat Barat yang entah apa apa?

Semasa saya ke KLCC semalam, sakit hati saya melihat gelagat dan cara sebilangan bebudak dan wanita Melayu Malaysia ini yang berpakaian tak serupa umat Islam dan berjalan terkedek kedek memakai pakaian yang digambarkan didalam hadis Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa wanita di akhir zaman ini akan berpakaian tetapi 'telanjang'!

Memang benar apa yang disabda Nabi. Naik segan kita melihat perempuan perempuan Melayu begitu mempamerkan bentuk tubuh badan mereka dengan pakaian yang membalut tubuh mereka sahaja dan dipamerkan untuk ditatap setiap manusia yang ada disekeliling mereka.

Saya hairan kenapa tidak ada lagi perasaan malu dan segan didalam hati manusia manusia begini yang pada dasarnya akan mengaku diri mereka sebagai umat Islam tetapi dari segi amalan kehidupan mereka lebih teruk dari mereka yang kaffir!

Jangan ditanya pula samada mereka ini faham agama ke tidak? Silap haribulan mereka akan tergagap gagap nak menerangkan akan apa dia Rukun Iman dan Rukun Islam? Ini realiti semasa.

Jangan lah wanita wanita Melayu Malaysia berkenaan nak melenting mengamuk gila babi nanti bila semakin ramai lelaki Muslim seMalaysia sudah tak mahu memperisterikan mereka yang lebih gemar berambut celup 'blonde' palsu, memakai kanta lekap mata pelbagai warna, mencukur bulu kening dan memantisnya, kemudian bermekap mengalahkan pelacur Chow Kit?

Selera Muslimin Malaysia semakin terbuka untuk beristerikan wanita wanita suci Arab Maghribi yang bukan sahaja lebih beriman dan lawa mengalahkan artis artis cap ayam Malaysia tetapi bijaksana dan berpelajaran serta pandai menjaga hati dan kehendak sang suami.

Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Muslimin Melayu Malaysia yang telah bertindak bijak pergi mencari jodoh dengan wanita wanita muda remaja Arab Maghribi yang lebih tinggi 'standard' mereka dari 'dumb blonde' celup yang perasan diri jadi 'Minah Salleh' dikotaraya kita.

Ubun ubun masih lembik, dah ramai yang seumpama 'kelapa muda ditebuk tupai'. Habis hancur dan bersepai! Merenyam tak tentu arah sehingga ramai yang dikategorikan sebagai 'habis madu dihisap ; sepah diludah merata rata'

Akibatnya tak sunyi akhbar melaporkan perjumpaan mayat mayat bayi yang dilempar dan dibuang oleh wanita wanita muda Melayu yang jahil tak sudah ini selepas mereka lahirkan anak anak haram mereka ini ditandas, di tebing sungai, belukar, hutan dan lain lain tempat tersembunyi sebab 'malu' kat masyarakat!

'Time' dok buat 'projek projek' zina tak ada pula nak pikir semua itu? 

Makanya statistik jenayah menunjukkan wanita wanita Melayu sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah anak anak haram yang dilahirkan di Mamluk al Malaisie ini dari tahun ke tahun.

Nama sahaja 'Negara Islam' dan para pemimpin kita begitu gah berbangga dengan penganjuran Musabaqah al Quran setiap tahun tetapi tak ada pula yang terang terang malu dengan natijah zina yang semakin berleluasa dari sehari ke sehari??? 

Nak harap glamor bergelar ulamak begitu begini tetapi pada hakikatnya tak ada menyumbang apa apa untuk mengekang gejala gejala maksiat dikalangan masyarakat Melayu Malaysia apa faedahnya?

Nama sahaja negara kita ada ramai alim ulama dan graduan graduan berijazah dari universiti universiti Islam antarabangsa berjumlah beratus ribu tetapi masing masing jumud macam nak mampos dan tak berani bertindak turun ke padang membimbing masyarakat kita yang semakin ramai yang jahil tahap gaban dan sesat menurut hawa nafsu buat apa?

Masyarakat kita ramai yang degil kepala batu tak mahu mendengar nasihat dan lebih gemar mengikuti gejolak hawa nafsu mereka. Tak ramai lagi yang masih suci, tahu memelihara maruah diri dan keluarga masing masing. 

Derhaka terhadap ibubapa dan menganggap diri teristimewa bagaikan bebutir bintang yang turun dari langit tanpa usaha ibubapa!

Ya! Tahi bintang adalah! Perasan diri bagus padahal mentah jahil muraqqab!

Inilah sebabnya saya seronok membaca berita laporan myMetro ini

Alhamdulillah! Suka benar saya dengan perkembangan ini.

Ahlan wa sahlan saya ucapkan kepada ukhti Muslimah al Maghribi berkenaan. 

Imarahkan lah negara ini dengan lebih ramai umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam. 

Semoga anda kekal aman bahagia bersama suami suami anda dari sini.

Syukur Alhamdulillah!

Selamat Datang ke Malaysia!

Post a Comment