Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 06, 2010

Kereta2 Malaysia dihina dan dimusnahkan di UK! Masih galak nak ekspot kesana?




Saya mendapati video ini secara tidak sengaja bilamana melayari blog blog yang memaparkan kejadian demonstrasi oleh pelajar pelajar UNISEL dan juga Pakatan Pembangkang.


Didalam video ini dipaparkan tentang kebencian seorang warga British yang memandang hina pada kereta buatan Malaysia. Kereta Perodua Kelisa yang diekspot ke UK dan dijual dengan harga murah disana.


Rancangan Top Gear mendedahkan betapa rendahnya kualiti kereta kereta buatan Malaysia dan mereka dengan sengaja menjatuhkan reputasi industri automotif Malaysia secara terbuka dengan membawa kereta kereta keluaran negara ini dan ditunjukkan kelemahan kelemahan Proton dan Perodua kepada warga Britain!


Andaikata penghina penghina ini datang ke Malaysia, mereka sudah pasti akan disambut dengan penuh bangga oleh rakyat Malaysia yang masih kagum dengan Mat Salleh seperti ini dan melayani mereka dengan penuh hormat, mesra dan kasihsayang membuak buak bagaikan telaga mata air!


Malaysia Boleh?


Saya menyeru kepada pengusaha pengusaha otomobil negara supaya mengambil iktibar dari penghinaan secara global ini untuk memantapkan kualiti pembuatan kereta mereka dan perkemaskanlah mana mana yang patut!


Sistem keselamatan kenderaan masing masing memang amat lemah dari mutu piawaian antarabangsa!


Bumper Proton Wira jika ditendang sahaja akan tercabut keluar kerana ia hanya dipasang secara kelip!


Andaikata para pengusaha Proton dan Perodua ada maruah, takkan mereka membiarkan industri otomobil nasional dihina dan dimalukan seperti ini!!!


Tingkatkan kualiti kereta kereta keluaran perusahaan anda atau teruskan sahaja menerima kata kata penghinaan dan caci maki warga warga luar negara seperti ini!!!


Tak malu ke CEO CEO Proton dan Perodua???


Memang terbukti kualiti kereta kereta keluaran kita tak mencapai tahap ujian keselamatan dijalanraya!


Jual kereta kereta ini didalam negara dengan harga mahal dan banyak songeh tetapi pergi menjual kereta di UK dengan harga murah dan diberikan segala macam penambahan assesori, mengemis simpati Mat Salleh!


Tak ada maruah ke tuan tuan semua?


Perbaiki lah mutu kereta keluaran negara dan juallah kereta didalam negara dengan harga patut serta naiktarafkanlah mutu keluaran perusahaan anda!


Ini tidak!


Bila buka sahaja pintu kereta, nampak plastik belaka.


Plastik 'recycle' gamaknya???


Apalah gunanya berbangga dengan mengekspot kereta keluar negara dan dijual dengan harga yang sangat murah di UK dan negara negara luar lain tetapi sebenarnya dicaci dan dimaki oleh program program seperti Top Gear UK?


Sekurang kurangnya naikkan lah mutu kereta keluaran tempatan dan jaga pengguna disini, bukan pergi melelongkan maruah diri dan produk keluaran industri Malaysia yang memang tak mencapai tahap untuk diyakini mahupun dibanggakan!


Sekarang ini pun kereta Proton Wira kami sedang tersadai dibengkel, untuk menggantikan gasket blok enjin dan 'timing belt'. Semuanya alat ganti tulin tetapi mutu sama sahaja seperti 'cap Ayam'!


Tak tahan tara mana walaupun hanya digantikan 2 tahun yang lepas!


Perhabis duit lagi!!!


Nak kena kumpul duit beli kereta impot le nampak gayanya. :(

Post a Comment