Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, December 01, 2010

Ketuanan Melayu ~ Tuanku Sultan Selangor sahaja yang berani bersuara?


Sudah acapkali bilamana ada anasir anasir yang menyentuh soal kedudukan orang orang Melayu dan Agama Islam dan mahu menjahanamkan kedua perkara yang penting bagi kita, umat Islam di tanahair ini, maka selalunya hanya DYMM Paduka Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj yang berani bersuara, tampil kemuka bertitah mempertahankan baik kedudukan orang orang Melayu dan Ad Deenul Islam dari diperkotak katikkan sang penderhaka!

Sejak kebelakangan ini, sudah sering pihak pihak yang kemaruk mahu memerintah Kerajaan Pusat ini sanggup memperlecehkan kaum mereka sendiri demi mahu sebelum mati dapat bergelar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menghina kaum mereka sendiri dan berdrama swasta sebagai pejuang keadilan begitu begini.

Hanya Duli Tuanku Sultan Selangor yang bingkas menegur, mencantas mana mana pihak yang seolah sudah naik tocang dan tumbuh tanduk mahu menidakkan kedudukan istimewa kaum Melayu di Tanah Semenanjung ini dengan pelbagai alasan dan hujjah hujjah yang sebenarnya tak ubah bagaikan enau didalam belukar ; masing masing mahu melepaskan pucuk!

Saya ingin bertanya..kenapakah Tuanku Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu diam membisu terhadap serangan keatas institusi 'ketuanan Melayu' yang sebenarnya adalah Kesultanan Melayu itu sendiri?

Apakah Tuanku yang lain bukan Ketua orang orang Melayu Muslim didalam Kesultanan Negeri masing masing?

Tidak terasakah bahawa yang ingin dihapuskan dari Semenanjung Tanah Melayu ini sendiri adalah kedudukan istimewa kaum Melayu dimana Tuanku Tuanku sekelian sudah pasti akan terjejas seandainya dibiarkan anasir anasir anti Melayu sekelompok ini berjaya menghasut dan mencemari minda Melayu yang tak sedar diri dan sedang hanyut dibuai keseronokan duniawi ini?

Tanah Melayu ini adalah satu satunya tanahair kurniaan Allahu Rabbul Alamin bagi kaum Melayu bermastautin dengan hak sebagai penghuni bumi ini dimana telah wujud satu keadaan dimana bangsa Melayu itu secara khususnya sudah dikenali sebagai umat Islam oleh seantero dunia.

Kebanyakan Melayu tak sedar akan perkara ini. Bila disebut saja akan bangsa atau kaum seseorang itu sebagai Melayu, maka secara lahiriahnya sudah dianggap bahawa Melayu itu Muslim.

Ini adalah satu keistimewaan kaum Melayu. Walau Arab sekalipun, belum tentu si Arab itu Muslim. Ada golongan Arab Kristian, Arab Majusi dan pelbagai macam penganut agama selain Agama Islam dikalangan masyarakat Arab di Timur Tengah.

Tetapi bilamana disebut Melayu, sudah tentu 99.9%, si Melayu ini beragama Islam. Namun bukan itu menjadi persoalan saya kali ini, membincangkan kelesuan pihak sebahagian besar dari Duli Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu yang diam membisu, kelu terhadap isu yang kini diusulkan oleh Presiden PKR mahu menghapuskan 'Ketuanan Melayu' di tanahair Semenanjung Tanah Melayu ini!

Apakah hanya Sultan Sharafudin Idris Shah Al Haj sahaja satu satunya Sultan Melayu yang prihatin akan pengkhianatan Presiden PKR Wan Azizah bersama sang suaminya serta sekelian para pengkhianat dan pemuka lain yang berbangsa Melayu, kononnya beragama Islam tetapi sudah sampai ketahap sedia menghapuskan kedudukan umat Islam berbangsa Melayu di bumi Tanah Semenanjung ini demi dahagakan kuasa sementara didunia ini walaupun untuk hanya sepenggal menjelang kedatangan Malaikatul Maut menyentap ruh keluar dari jasad jasad mereka?

Mana perginya suara Raja Perlis, Sultan Kedah, Sultan Kelantan (yang dahulunya lantang membela nasib kaum Melayu Muslim), Sultan Terengganu ( DYMM YDP Agong sekarang), Sultan Pahang, Sultan Perak, Yamtuan Besar Negeri Sembilan dan Sultan Johor?

Apakah Majlis Raja Raja hanya simbol semata mata?


Mahukah dibiar anasir anasir ini meracuni fikiran warganegara lain sehingga mereka mampu menghapuskan institusi Kesultanan Melayu dan menggantikannya dengan sebuah Republik Rakyat Malaysia dimana Ad Deenul Islam akan disamaratakan dengan kefahaman kefahaman yang lain seperti dibuktikan dengan sokongan mereka terhadap Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dahulu?

Apakah Tuanku Tuanku berkenaan sanggup melihat keadaan seperti itu menjadi realiti?

Ad Deenullah disama ratakan dengan agama ciptaan manusia? Lihat sahaja kedudukan lambang bulan sabit dan bintang yang disusun demikian rupa jauh dibawah lambang lambang kefahaman manusia yang kuffur terhadap Allahu Rabbi dan tidak beriman terhadap Tuhan Semesta Alam!

Masih mahu mengambil sikap 'tunggu dan lihat' ke Tuanku sekelian?

Apa Tuanku Tuanku berkenaan mahu melihat Kesultanan Melayu di Tanah Semenanjung ini menghadapi nasib yang sama dengan segala kerajaan silam seperti di Iran, Iraq, India, Nepal, Nusantara, China, Eropah dan sebagainya?

Terpulanglah kepada Duli Duli Tuanku sekelian. Patik sekadar memperingatkan sahaja.

Mohon pertimbangkan maksud pantun pantun berikut :

Kata tua kata berpunca,
       Punca melekat pada akidah,
Hina bangsa kerana loba,
       Loba pangkat gila berbantah!

Kata tua kata hikmat,
       Hikmat diingat besar pahala,
Hina bangsa gila hormat,
       Hormat membuat besar kepala.

Kata tua kata bersendi,
       Sendinya Quran berserta Sunnah,
Hina bangsa kerana keji,
       Keji berkawan gila memerintah!

Kata tua kata bermanfaat,
       Banyak manfaat dapat dirasa,
Hina bangsa tiada muafakat,
       Tidak muafakat umat binasa!

Petikan dari Khazanah Pantun Melayu Riau Tenas Effendy.

Melayu dan Islam bagaikan aur dengan tebing. Tidak terpisah keduanya melainkan maut. Desakan Presiden Parti Khianati Rakyat adalah satu usaha batil terkini untuk menambah memecahbelahkan umat Islam ditanahair ini yang sudah sedia terpisah dengan perbezaan ideologi politik dan kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri.

Kelesuan pihak sebahagian besar Kesultanan Melayu untuk bersatu hati, menggembeleng usaha dan tenaga untuk memastikan kesefahaman sesama Melayu dan umat Islam hanya menjadi bahan bakar kepada api liberalisma dan kesamarataan didalam usaha sebahagian dari seteru seteru Allah untuk menjatuhkan satu satunya benteng pertahanan akidah dan asas kedudukan umat Islam berbangsa Melayu didalam dunia ini disini.

Saya menyeru agar Kebawah Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Raja Melayu bersama Seri Paduka Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj mencantas usaha menjahanamkan bangsa Melayu dan umat Islam dibumi Semenanjung Tanah Melayu ini.

Hendak seribu daya!

Insya Allah!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! 

Post a Comment