Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, December 09, 2010

MP keluar Dewan Rakyat ~ Potong elaun mereka!!! Jika mahu tegak keadilan!

Saya sudah lama memerhatikan gelagat ahli ahli parlimen Malaysia yang suka benar keluar Dewan Rakyat bilamana tidak setuju dengan Speaker Parlimen yang tak tunduk akur dengan kehendak mereka yang berkenaan!

Bilamasa pilihanraya umum dan kecil berlangsung, macam nak rak mereka ini sanggup bergolok bergadai, berhempas pulas mahu bertanding berebut nak jadi Ahli Parlimen!

Bila dah diundi oleh rakyat dan angkat sumpah menjadi Ahli Parlimen dan dibayar elaun yang lumayan dan diberikan segala macam kemudahan untuk mereka, mereka bertingkah laku mengalahkan budak budak tadika berteriak terpekik terlolong berperangai macam beruk kat dalam zoo.

Bilamana mereka ditegur Tuan Speaker, mereka berlaku biadap dan cabar mencabar dengannya.

Bila Tuan Speaker tak akur dengan kehendak mereka yang kadangkala begitu ghairah mahu dipotong gaji menteri itu dan ini walau dengan jumlah sekecil RM10, maka bertindaklah mereka seperti kita baca hari ini dan didalam beberapa peristiwa serupa sebelum ini.

Apakah begini cara seseorang Ahli Parlimen yang dipilih para pengundi kawasan parlimen berkenaan bertindak?

Apakah gunanya mereka ini terus memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen jika mereka bertindak tidak matang dan kebudakbudakan?

Apa guna mereka ini digelar 'Yang Berhormat' begitu begini jika mereka tidak mempunyai jatidiri untuk berhujah dan berdebat secara budiman dan dengan penuh kesedaran bahawa adanya mereka disana bukan diatas kapasiti diri mereka sebagai seseorang individu tetapi mereka mewakili setiap pengundi dari kawasan kawasan parlimen yang telah memilih mereka sebagai jurucakap dan wakil mereka di Parlimen Malaysia?

Ini bukan Kedai Kopi Pak Mat di Kampong Pinang Sebatang, boleh sesuka hati angkat kaki dan berjalan keluar meninggalkan Dewan Rakyat seperti ianya rumah mak bapak mereka?

Hello!!! Ini Parlimen Malaysia!

Sebuah institusi perundangan yang tertinggi didalam Negara Malaysia ini. Bukan rumah Tok Wan nak keluar ikut sesuka hati!!!

Jika rasa diri itu tak mampu nak berhujah menegakkan pendapat atau pendirian mewakili kawasan masing masing, seelok eloknya letak jawatan sahaja dan kosongkan kerusi masing masing supaya boleh dipertandingkan jawatan berkenaan bagi sesiapa lain yang mampu dan layak?

Jika Ahli ahli parlimen yang berkenaan tak mampu untuk memenuhi tugas dan tanggungjawab mereka sepertimana mereka mula mula bersumpah dan berikrar menjunjung Al Quran dan sebagainya, maka eloklah berhenti jadi Ahli Parlimen.

Saya nak tanya samada boleh ke tidak dipotong elaun mereka ini setiap kali mereka bertindak biadap mengengkari Tuan Speaker Dewan Rakyat dan keluar mengikut nafsu amarah mereka?

Tang gaji menteri mereka beriya iya nak potong itu dan ini...elaun sendiri boleh pula ngap diam diam walaupun tak buat kerja?

Iyalah! Bila dah berjalan keluar dari Dewan Rakyat, serupa macam ponteng kerja, kan?

Atau ada 'double standard' ke?

Macam mana cerita ini?

Kokok bukan main berderai derai...tetapi ekor bergelumang ..najis!

Aiseyman YB YB! Yang Berhormat ke?

Post a Comment