Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, December 18, 2010

myMetro ~ Meraikan Pasangan Penzina Hollywood? Akai pi mana beb?




Salah satu tanda Akhirul Zaman adalah dimana para penzina akan diterima dan diraikan oleh anggota masyarakat yang hanyut dibawa arus hedonisma dan menganggap perbuatan seperti itu sebagai norma kehidupan.


Akhbar maya myMetro menyiarkan artikel berkenaan aktres Hollywood Angelina Jolie yang bersekedudukan dengan aktor Brad Pitt dan melahirkan tiga orang anak haram serta memelihara 3 lagi anak angkat.


Dunia Hollywood memang sudah lama meninggalkan sebarang garispanduan hidup beretika menurut kepercayaan Kristian mereka dan boleh dikatakan kebanyakan dari para penggiat dunia perfileman Hollywood memang tidak ambil peduli lagi tentang kekangan kepercayaan fahaman Kristian mereka.


Zina menjadi perkara lumrah dikalangan pelakon dan penggiat dunia perfileman disana. Begitu juga dengan bertukar tukar pasangan sesuka hati dan berpesta pestaan liar dimana arak dan dadah menjadi sajian utama para penzina, peminum arak tegar dan penagih dadah.


Angelina Jolie yang menjadi topik artikel akhbar myMetro bukanlah seorang yang patut dijadikan ikon contoh bagi para pembaca myMetro, sebuah akhbar yang saya percaya dimiliki konglomerat media gergasi negara Media Prima Bhd. dimana para pemiliknya adalah mereka yang rata ratanya beragama Islam.


Lembaga Pengarah Media Prima Bhd. terdiri dari Datuk Johan Jaaffar ( Pengerusi) · Dato' Amrin Awaluddin (GMD) · Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan (Group CEO, TV Network) · Shahril Ridza Ridzuan · Tan Sri Lee Lam Thye ·Dato' Abdul Kadir Deen · Datuk Ahmad A. Talib · Tan Sri Mohamed Jawhar Dato' Gumuri Hussain.


Sepertimana kita sedia maklum industri hiburan diseluruh dunia berpandu arah ke Hollywood. Gaya dan cara para pelakon Hollywood menjadi ikutan mereka yang kurang yakin dan percaya kepada warisan dan kebudayaan bangsa dan kaum mereka sendiri.


Saya tak kisah sekiranya para penerbit akhbar dan media negara menjadikan nilai dan contoh contoh yang baik dari dunia Barat dan Hollywood sebagai tauladan untuk di ikuti tetapi bilamana myMetro menyiarkan artikel ini tentang Angelina Jolie dan memasukkan rangkap "Lebih lima tahun menjalin kasih, pasangan aktres jelita, Angelina Jolie dan aktor kacak Hollywood, Brat Pitt cukup bahagia di samping cahaya mata. Apatah lagi, tiga daripada enam anak kecil itu zuriat kandung mereka hasil hubungan intim dijalin. Kini, selain karier lakonan tumpuan Angelina mahupun Pitt pastinya ke arah membesarkan Maddox, 9; Pax, 7; Zahara, 5;, Shiloh, 4, serta pasangan kembar Knox dan Vivienne, 2. Bagi mereka, kegembiraan anak adalah perkara yang paling utama." ianya seolah memberikan legitimasi kepada perhubungan haram pasangan pelakon Hollywood ini.


Ingat lagi tak kepada perumpamaan lama Melayu 'Alah bisa tegal biasa'?


Sesuatu keadaan itu jika kita terdedah lama kepadanya akan menjadikan keadaan itu menjadi lumrah dan kelaziman bagi kita tanpa mengambil kira sama ada keadaan atau perkara itu baik ataupun buruk?


Sebagai umat Islam yang berpegang kepada prinsip prinsip dan ajaran Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam berpandukan Kitab Suci Al Quran Al Karim yang merupakan wahyu wahyu dan perintah serta pedoman dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka jatuh wajib ke atas kita yang beriman kepada Rabbul Alamin untuk hidup mengikuti Sunnah Nabi.


Kita tidak patut menjadikan kisah para penzina tegar seperti Angelina Jolie sebagai tokoh pilihan untuk dibaca masyarakat kita.


Apakah dia contoh tauladan Angelina Jolie ini yang mahu dijadikan sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang?


Kehebatannya bermaksiat dan berzina? Apa dia?


Apakah penyunting myMetro tidak mengambil kira akan natijah publisiti murahan yang diberikan kepada penzina tegar seperti Angelina Jolie dan pasangannya Brad Pitt itu?


Bagaimanakah penerbit myMetro boleh hilang pertimbangan untuk menilai impak penerbitan sesuatu artikel yang tidak ada nilai menambahbaikkan mutu pembacaan dan penghayatan akan intipati kandungan mesej yang mahu disampaikan myMetro kepada pembacanya?


Rata rata pembaca myMetro diMalaysia ini boleh dikatakan terdiri dari masyarakat Melayu yang hampir keseluruhannya adalah orang orang Islam.


Bilamana mereka membaca berita sebegini akan ada kesan pada sesetengah dari mereka yang mungkin kurang arif tentang hukum hakam agama Islam untuk menganggap perkara bersekedudukan Angelina Jolie dan Brad Pitt serta hakikat ia telah melahirkan 3 orang anak hasil dari perhubungan haramnya itu sebagai perkara biasa sekarang.


Makanya kesan berpanjangan dari penerbitan berita berita seperti ini akan membuatkan orang orang kita mula mangli dengan dosa dan tidak lagi menghiraukan aspek halal haram sesuatu perhubungan diantara lelaki dan wanita.


Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam melarang kita mengikuti tabiat (buruk) Yahudi dan Nasara.


Maksud Hadith dari Abu Said Al-Khudriy RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Kamu akan mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka". Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: "Kalau bukan mereka, siapa lagi?" ( Riwayat Muslim )


Angelina Jolie dan Brad Pitt mungkin kaya raya dan gah di Hollywood. Namun segala kekayaan mereka bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana gaya hidup mereka yang bergelumang dosa dan maksiat walau pun jika diukur dari kefahaman Kristian anutan mereka semasa lahir tetap salah dan tidak boleh dibanggakan!


Sebagai pengamal media dinegara ini, para penerbit Media Prima harus lebih berhati hati agar tidak sama sama terjebak didalam mempromosi budaya songsang yang membawa manusia ke jurang kehancuran dan kemusnahan.


Barangsiapa yang membantu orang lain didalam perkara kebajikan akan Insya Allah diberikan ganjaran pahala serupa dengan si pelaku kebajikan itu tanpa dikurangkan walau sedikit jumlah pahalanya. 


Begitu pula keadaan bagi sesiapa yang menganjurkan maksiat dan perbuatan berdosa. Ianya akan turut menerima catatan dosa didalam buku amalannya sama serupa dengan sipelaku maksiat itu tanpa sebarang perbezaan catatan dosa demikian didalam buku catatan amalannya itu.


Sekarang ini terbukti bahawa muda mudi Melayu begitu mudah rosak akhlak dan hilang kesucian mereka kerana sudah lumrah bagi kebanyakan mereka hidup menurut acuan hedonisma Barat dan mereka sudah tidak segan silu berzina sesuka hati mereka dikeseluruhan pelusuk negara ini dan hasilnya senantiasa dijumpai terbuang di tong tong sampah, semak belukar dan sungai atau tasik didalam negara ini.





Selangor jadi juara didalam kes kes pembuangan anak anak hasil persetubuhan haram mereka ini dan walau pun bergelar 'Serambi Mekah' maksiat seumpama tetap menular walaupun di Kelantan sendiri.


Mengikut semangat kata kata Karpal Singh kepada Anwar Ibrahim 'Media Prima harus bertaubat! Media Prima sudah banyak melakukan dosa melalaikan umat Islam didalam Malaysia untuk tersimpang jauh dari tetap mengikuti ajaran Islam. Media Prima sudah melakukan banyak kerosakan pada  warganegara tanahair ini.' dan sebagainya.


Kerosakan akhlak bertitik tolak dari pencemaran akidah. Pencemaran akidah umat Islam didalam negara ini bermula dari sajian program dan rancangan hiburan yang menyesatkan ummah. 


TV3 dan rangkaian siaran radio dan televisyen lain dibawah seliaan Media Prima Berhad ternyata menjadi penyumbang terbesar kepada indoktrinasi budaya kuning dan sesat dikalangan masyarakat Melayu Muslim Malaysia.


Kelesuan dan kelemahan pihak kerajaan persekutuan Malaysia untuk mencantas dan membanteras penularan budaya kuffar ini menjadi pemangkin kepada pencemaran minda warga tanahair ini terutamanya dikalangan remaja dan muda mudi Melayu yang sebilangan besar dari mereka memang buta agama.


Negara ini memang terkenal dengan mempunyai pelbagai macam undang undang dan garispanduan yang cuma gah di gazetkan di Parlimen.


Tetapi penguatkuasaan dan pelaksanaan undang undang itu selalunya tinggal nama saja. Tak berani nak menegakkan undang undang itu! Sebab itulah Media Prima naik tocang! Kerajaan BN takut nak melaksanakan undang undang tersebut sebab takut hilang undi! Itu sahaja.


Jadinya umpama ayam sabung yang kokok berderai derai tetapi ekor berwarna warni nya bergelumang tahi! 


Nak harap bunyi saja bising memekakkan telinga tetapi hakikatnya ekor si jalak lenteng busuk berdesiung! Tajinya pula ternyata tumpul brader!



Pemerintah BN sebenarnya hanya takutkan suatu keadaan yang tak mungkin berlaku sekiranya mereka sedar bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tanpa mengambil kira akan perbezaan etnik mahupun kefahaman agama amat bosan dengan keruntuhan akhlak kebanyakan warganegara ini yang muda remaja.


Kebanyakan rakyat negara ini mahukan pemerintah tegas melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang para pengundi amanahkan kepada mereka. Kedaulatan undang undang! Itu yang kami hendak!


'Knowledge and information is power'. Begitulah ungkapan bahawa pengetahuan dan maklumat itu adalah kunci kekuasaan. 


Bagi mereka yang arif tentang dunia media sekarang, ianya dikuasai sepenuhnya oleh konglomerat Yahudi Amerika dan mereka menguasai Hollywood.


Melalui percaturan dan ketentuan mereka, dunia maklumat dunia dicorakkan. Budaya dan kefahaman agama manusia diolah dan diatur melalui propaganda filem dan gaya laku cara hidup para pelakon, penyanyi dan penghibur Barat yang kemudiannya dipuja dan dipuji masyarakat dunia seluruhnya.


Bagi badan penyiaran gergasi seperti Media Prima Berhad di Malaysia ini untuk turut menjadi 'machai' Yahudi dan Nasara Hollywood adalah sesuatu yang mendukacitakan.


Bawa bawalah berhenti jadi agen pelingkup masyarakat.


Dah semakin darurat dah ni!


Akai pi mana beb?

Post a Comment