Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, December 10, 2010

Namewee dilayan Nazri di Parlimen ~ Macamana lah dia tak naik tocang?

Macamanalah sipenghina Negaraku, Azan Suboh, TNB, Cikgu Inshah dan lain lain sensitiviti Melayu ni tak naik tocang dan tumbuh tanduk?

Si kaduk naik junjung ini dilayan seperti VIP oleh Nazri Tan Sri Aziz bilamana penyanyi rap celupar dan kurang ajar ini dilayan begitu istimewa semasa sicelaka ini pergi menghadapnya di Bangunan Parlimen. Boleh selamba je memakai baju T dengan serkop kepalanya begitu? 


KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA

PAKAIAN YANG DIBENARKAN: 

 LELAKI  
 1) Lounge Suit dan bertali leher
 2) Berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher
 3) Berbaju batik lengan panjang
 4) Berbaju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok
 5) Berseluar panjang (slack)
 6) Berkasut kulit

WANITA 
1) Baju kurung atau kebaya labuh / Blouse berlengan panjang
2) Skirt panjang sekurang-kurangnya di bawah paras lutut
3) Sari berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain
4) Berseluar panjang (slack)
5) Lain-lain pakaian yang kemas dan sopan
6) Berkasut (bertutup)

PELAJAR SEKOLAH
1) Berpakaian rasmi sekolah

PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN
1) Baju T / jaket
2) Baju tanpa lengan / lengan pendek
3) Seluar jeans
4) Pakaian ketat dan menjolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat / Nehru kolar

PELAWAT TIDAK DIBENARKAN
1)    Membawa kanak-kanak (di bawah umur enam tahun)
2)    Menghisap rokok di kawasan Parlimen
3)    Mengambil gambar semasa berada di dalam Bangunan Parlimen
4)   Pelawat tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit, kamera, dan lain-lain alat   telekomunikasi ke dalam Dewan Negara / Dewan Rakyat (Simpan di kaunter pengawal Pintu 7)
5)   Pelawat dilarang membawa benda-benda merbahaya yang boleh
      mengancam keselamatan

NOTA
PELAWAT YANG TIDAK MEMATUHI TATACARA BERPAKAIAN SEPERTI DI ATAS ADALAH TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI GALERI AWAM DEWAN NEGARA/DEWAN RAKYAT

Hilang lesap bagaikan maruah Melayu yang semakin lama semakin pupus sedikit demi sedikit.

Oh iya! Saya terlupa. Nazri Aziz telah berkata "pada saya kasar itu tidak jadi masalah tetapi lucah adalah tidak dibenarkan, tapi sebagai orang muda mungkin mereka tidak tahu dan perlu ditegur serta diberitahu."

Agaknya pada Nazri video Namewee yang menunjukkan isyarat lucah ' F**k U' tak ada benda dan cuma 'kasar' je?

Bagi Nazri perumpamaan Namewee menunjukkan buah pisang yang merupakan simbolisma kemaluan lelaki dan disuruh Cikgu Besar Puan Inshah menghisapnya ~ bukan lucah?

Bagi Nazri, segala bentuk penghinaan terhadap maruah orang orang Melayu dan umat Islam seMalaysia didalam video video anak gampang seekor ini tidak lucah?

Peradaban macamana ya yang dipelajari Nazri Aziz sehingga segala penghinaan, pencercaan dan maki hamun sibangsat se ekor ini boleh pula dikatakan tak ada benda olehnya?

Hairan saya! Bilamana segala perbuatan teramat kurang ajar dan biadap Namewee Laknatullah ini boleh diterima Nazri Aziz dan Agendadaily pun boleh pula membuat artikel panjang lebar mempromosikan sicelaka ini didalam portal mereka!

Apakah kita semua tak sama dari segi penghayatan Rukunegara kita?

Kesopanan dan kesusilaan?

Sopankah si Wee Meng Chee ini bila ianya berlaku kurang ajar terhadap Lagu Kebangsaan Negara kita dan segala video videonya terhadap segala apa yang kita sayang dan pandang mulia?

Bagi saya, sikeparat ini sudah kepalang kurang ajar dan ianya harus di ajar!!!

Tindakan Nazri Aziz memberi muka kepada harami ini mengundang natijah yang akan menjahanamkan saki baki maruah Melayu yang tinggal secebis dua cuma.

Apakah Nazri Aziz mengundang kontroversi dan mahukan perhatian media dengan melayani simusibat ini?

Sokongan Nazri Aziz ini akan membuatkan si Namewee makin galak dengan kerja kerja penghinaan nya!

Maka bolehlah si Namewee keluarkan lebih banyak lagi video video yang memaki hamun Melayu dan Muslim dimasa masa akan datang!

Peduli apa dengan maruah dan perasaan Melayu dan umat Islam disini kan?

Ini satu peringatan buat Melayu yang memang mudah lupa!

Lupa nak terasa bila dihina. Lupa nak marah walau maruah diri sudah parah.

Apalah malang nasibmu Melayu? 

Semakin lama semakin tebal kulitmu....

Sipencaci penghina boleh diraikan seperti itu?

Kalau dinegara lain, dah lama berkecai bersepai ditangani mereka yang terhina! 

Contoh terdekat, cuba penghinaan ini dilakukan Namewee terhadap masyarakat Indonesia, saya berani jamin, tak sempat dia nak celik mata keesokan paginya, sudah bercerai kepala dari badan!

Melayu Malaysia dah lumrah memberi muka ; sehingga ditunjuki jari tengah masih berlengah!

Namewee mesti seronok dilayan Nazri Aziz. Mungkin selepas ini ia akan terima anugerah?

Malaysia Boleh ma?

Melayu mudah lupa....alpa...tak mengapa....ish! ish! ish! ish!

Melayu??

Masih adakah Wira Perkasa Melayu???

Entahlah???
Post a Comment