Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, December 05, 2010

Yassin untuk perokok! Apakah warga Malaysia sanggup bacakannya?



Umum mengetahui akan natijah merokok tetapi tak ramai sebenarnya yang berani melakukan sesuatu untuk menghentikan tabiat buruk pemusnahan diri secara beransur ini.


Pemerintah kita ramai yang perokok tegar. Melainkan PM Dato Seri Mohd Najib.  Si Bibir Merah itu pasti bukan seorang perokok. Namun saya tahu ramai menteri yang merokok. Mereka merokok kerana 'tension'. 


Tak dapat mengendalikan masaalah yang datang menimpa bertubi tubi tanpa putus putus, maka dibohongi diri dengan menyedut asap rokok berdebus debus menyesakkan peparu mereka mengkhayalkan mereka sejenak waktu.  


Mungkin terlupa sekejap mereka akan pelbagai masaalah yang mengelilingi diri namun hakikatnya mereka membunuh diri secara beransur ansur.


Sel sel otak mati satu persatu. Itulah sebabnya dibacakan Yassin pada siperokok didalam video terbitan tanah seberang.


Mereka mungkin tak sesempurna mana tetapi bilamana mereka melakukan sesuatu, mereka lakukan dengan sepenuh hati dan terbukti berani mati menegakkan prinsip dan pegangan mereka!


Cumanya rakyat kita ini lebih ramai yang sanggup membunuh diri secara begini. Perasapkan peparu, membunuh sel sel otak, mengusamkan gigi dan menghitamkan bibir serta membusukkan nafas masing masing.


Yassin. Wal quranul hakim. Innaka la minal mursalin....

Post a Comment