Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

ReadNWrite Ad

Friday, February 26, 2010

Malangnya 1Malaysia bila Kerajaannya 1Penakut!

Saya merasa sungguh terkilan berada dibawah pemerintah Kerajaan 2 Sepupu yang mencanangkan '1Malaysia' itu dan ini tetapi pada hakikatnya kedua pemimpin yang saya maksudkan @ Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri terbukti tidak mempunyai sedikit pun 'Semangat Jebat' didalam diri dan hati mereka!

Dahulunya sahabat blogger saya Zaharin Mohd Yassin @ Sang Kelembai rajin membelasah Tun Abdullah Badawi dengan 'mencamdet' mantan Perdana Menteri tersebut dengan gelaran 'Kerajaan 3 Beranak' @ Pak Lah, KJ dan anaknya Kamarudin Scomi! Lani dia dah menjadi Tuan Penasihat @ Pegawai Khas PM 1Malaysia. Sonyap je syeikh? Dah puas hati??? :P

Sekarang kita ada Kerajaan 2 Sepupu. Seorang terkenal dengan kelemah lembutannya dengan bibir merah mengalahkan anak dara dan seorang pula kini dikenali dengan 'Menteri Amaran'!

Saudara saudari sudah tentu tahu bahawasanya PM Kerajaan 1Malaysia kita terkenal kini dengan sikap memberi mukanya pada semua anasir anasir anti Islam dan sepupunya Hishamudin Tun Hussein Onn yang dahulunya riuh dengan aksi mencium keris kononnya 'Ketua Pemuda UMNO' tetapi terbukti gagal sebagai Menteri Dalam Negeri bila hanya berani memberi amaran demi amaran, amaran demi amaran, amaran demi amaran, amaran demi amaran, amaran demi amaran, amaran demi amaran, amaran demi amaran.....

'Hei! Berapa punya banyak amaran da??????'

Hello brader! Kami dah jelak lah dengan amaran demi amaran saudara!

Minta maaf! Tak boleh dah nak berbahasa molek, sopan santun, berbudi bahasa dengan Kerajaan 2 Sepupu 1 Malaysia ini yang ternyata GAGAL menjaga kepentingan Agama Islam, Umat Islam, Kesultanan Melayu dan warganegara Malaysia tanpa membezakan warna kulit dan kefahaman spiritual mereka!

Bilamana seseorang Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mempunyai tanda tanda kebaculan tahap terlampau untuk bertindak tegas terhadap pencaci maki Allah Rabbul Alamin, menghina Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan umat Islam, maka hilang rasa hormat saya kepada petualang petualang ini!

Begitu juga saya terkilan dengan kegagalan pihak Polis Di Raja Malaysia untuk mencari , menangkap dan bertindak tegas terhadap penghina penghina Islam di portal portal media alternatif seperti Malaysiakini,Malaysian Insider dan sealiran dengan mereka dan melaksanakan perintah undang undang yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia! Kuatkuasakan undang undang! Bukan memberi seribu satu alasan brader!

Setakat tangkap kemudian lepas sama sahaja macam orang gi 'Sport Fishing'!

Apa gunanya kalian semua berkuasa tetapi DAYUS untuk bertindak mengajar kaffir kaffir dan mereka yang bersekongkol dengan musuh musuh Allah ini bilamana mereka sering menghina dan mencaci agama kita?

Jenuh orang awam dan NGO NGO Islam serta Majlis Agama Islam itu sendiri membuat repot polis demi repot polis, repot polis demi repot polis, repot polis demi repot polis, repot polis demi repot polis, repot polis demi repot polis................

'Hei! Berapa punya banyak repot polis da??????'

Tuan tuan dah tak mampu memerintah ke?

Nampak gaya akan terpahat lah didalam sejarah negara ini akan Kerajaan 2 Sepupu yang menghabihkan boraih je duduk berkuasa, kesana kemari dengan retorika kosong 1 Malaysia bla bla bla....

Tak leh pakai!!!!

Apa tuan tuan berdua nak rakyat lantik Wardina Saffiya jadi Menteri Dalam Negeri yang baru?

Wardina tak takut!!! :D











Dia ternyata LEBIH BERANI dari Kerajaan 2 Sepupu 1Malaysia!!!

Tak malu ke brader berdua???

Ish! Ish! Ish! Ish!

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul from Mahaguru58!




Sallalahu Ala Muhammad!

Sallalahu Alaihi Wassallam!

Sallalahu Ala Muhammad!

Sallalahu Alaihi Wassallam!

Ya Nabi Salam Alaika!

Ya Rasul Salam Alaika!

Ya Habib! Salam Alaika!

Salawatullah Alaika!



Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Dear Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat.

May we be blessed with the Syafaat of Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam on the Day of Judgment!

May we be resurrected in the Yaum al Akhirat amongst the ummah of Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, Khataman Nabiyyil Al Ummi, Rahmatulil Alamin.

Amin. Ya Rabbal Alamin.

Tomorrow, the entire Muslim world will celebrate the Maulid of our Blessed Rasul and sing his praises.

Tomorrow, we will recite the Salawat upon our Nabbiyyil Karim as much as we can and gather amongst the jamaah's in our congregational praising of Habibullah, Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

There are a few bedeviled ones amongst the ummah who regard the celebrating of the Maulid al Rasul as bidaah and raise their braying of their convoluted minds as they please.

My advice would be to ignore those twisted minds and go about our amals and ibadah in praising Muhammad Rasul al Karim as much as we possibly can in the best of manners befitting our positions as his ummah!

To those who study our faith and delve into the spiritual realm of Tassawwuf, we hold it to be the truth that if not for Muhammad, Rahmatulil Alamin, Allah Rabbul Jalil will not have created this world and all the universes at all!

I care not to debate or engage with those whose hearts and minds are sealed from the loving of Muhammad ibni Abdullah, the Mercy of Allah to all Creation.

157. Allatheena yattabiAAoona alrrasoola alnnabiyya al-ommiyya allathee yajidoonahu maktooban AAindahum fee alttawrati waal-injeeli ya/muruhum bialmaAAroofi wayanhahum AAani almunkari wayuhillu lahumu alttayyibati wayuharrimu AAalayhimu alkhaba-itha wayadaAAu AAanhum israhum waal-aghlala allatee kanat AAalayhim faallatheena amanoo bihi waAAazzaroohu wanasaroohu waittabaAAoo alnnoora allathee onzila maAAahu ola-ika humu almuflihoona

157. "Those who follow the Apostle, the unlettered Prophet, whom they find mentioned in their own (Scriptures), in the Law and the Gospel; For he commands them (unto) what is just and forbids them (from) what is evil; he allows them as lawful (of ) what is good (and pure) and prohibits them from what is bad (and impure);

He releases them from their heavy burdens and from the yokes that are upon them. So it is those who believe in him, honour him, help him, and follow the Light which is sent down with him,—It is they who will prosper."

Surah Al `A'raaf. Chapter 7 Verse 157, Holy Al Qur'an Al Karim.

May we all have a blessed Maulidur Rasul 1431Hijrah!

Insya Allah!

KENYATAAN MEDIA MB SELANGOR MENGENAI PYBK
























MAKLUMAT TERBAHARU MENGENAI YBK

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor hari ini meluluskan supaya kerajaan negeri menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengkelaskan semula maklumat mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada umum.

Mesyuarat hari ini telah diberitahu pada 8 Mac 1995, kerajaan negeri terdahulu telah meluluskan tanah seluas 2,165 ekar kepada Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn. Bhd. (PYBK) dan melantik dua pemaju untuk memajukan tanak berkenaan iaitu Shah Alam Propeties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn. Bhd.

Data terkini yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan, PYBK bukan dimiliki sepenuhnya oleh YBK. YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK.

Pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memilik 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham.Fajar Synergy Sdn. Bhd. yang dianggotai Mohd Hilmi Yusop sebagai pengarah syarikat manakala Khairul Anuar Selamat @ Keliwon sebagai Pengarah syarikat dan Setiausaha syarikat.

Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd pula, Dato' Zainal Abidin Sakom dan Zulhairy Jalaluddin sebagai Pengarah syarikat manakala setiausaha syarikat, Rahimi Mohd Noor.

Data juga menunjukkan Pengarah PYBK adalah Kamarudin Ahmad, Dato' Zainal Abidin Sakom dan Mohd Tamin Mohd Yusof.PYBK telah membuat gadaian tanah kepada bank yang bernilai melebihi RM100 juta.

Mesyuarat Exco berpendapat, penemuan mengenai milikan saham dan pelantikan pengurus projek pembangunan tanah perlu diperjelaskan kepada kerajaan negeri untuk mengetahui jika PYBK diuruskan dengan baik oleh YBK.

Mesyuarat Exco juga dimaklumkan, Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom didapati memiliki saham terbanyak dalam salah satu syarikat yang dilantik sebagai pemaju tanah iaitu Syarikat Tenaga Ehsan.

Maklumat ini antara maklumat penting yang akan didedahkan secara berperingkat menerusi kertas putih yang dijanjikan kerajaan negeri.

Semua maklumat mengenai pengurusan YBK ini amat penting kerana melibatkan harta kerajaan negeri yang diserahkan YBK untuk program basmi kemiskinan.

Kerajaan negeri menegaskan pengurusan harta milik YBK perlu dibuat secara telus dan bertanggungjawab.


Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim,
Menteri Besar ,
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686
www.selangorkini.com.my
www.tvselangor.com

Wednesday, February 24, 2010

Cadangan Kampus UITM Serendah oleh PYBK yang kini dilanda krisis!

Petang tadi, saya menghadiri satu majlis penerangan yang dikelolakan Pengerusi Permodalan Yayasan Pembasmian Kemiskinan @ PYBK, Dato Haji Zainal Abidin Hj Sakom, di ibupejabat YBK di Kelana Jaya.

Ramai rakan rakan blogger yang lain turut hadir dan kami semua diberi penerangan terperinci oleh Yang Berbahagia Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom tentang kedudukan sebenar perkara melibatkan soal tanah tapak projek Cadangan Kampus UITM Cawangan Serendah yang kini diambang bahaya dirampas oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibawah pemerintahan MB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ada pelbagai perkara yang didedahkan kepada kami oleh Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom dan saya rasa media perdana tidak berani mendedahkan kepada umum diatas kemungkinan permit penerbitan mereka mungkin terancam akibat pembocoran maklumat maklumat berkaitan.

Insya Allah akan saya dedahkan nanti selepas mendapat persetujuan Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom.

Sila tonton video cadangan Projek Kampus UITM Cawangan Serendah PYBK yang diberikan kepada kami tadi:


Saya sendiri rasa teruja melihat kehebatan perancangan kompleks UITM Serendah ini. Dengan landskap yang di olah sedemikian rupa, memang boleh menjadi kampus induk bagi institiut pengajian tinggi di Selangor ini.

Dato Hj Zainal tadi beritahu kami bahawa ada 5 universiti yang mahu bersama sama menjayakan projek ini dan ianya berkemungkinan menjadi Taman Pendidikan Pengajian Tinggi serantau.

Kenapa kah ada pihak yang mahu mensabotaj usaha murni ini?

Syariah Caning ~ What the British public say about it?

'We deserved our punishment': What three Muslim Malaysian women said after being caned for having sex outside marriage'

By Mail Foreign Service
Last updated at 2:34 AM on 20th February 2010

Three Muslim women who were the first in Malaysia to be caned for having sex outside marraige this morning claimed the punishment was an opportunity for them to repent.

Prison authorities caned the women last week after an Islamic Shariah court issued the penalty.

The caning has outraged rights groups and revived speculation that conservative Islamists, who advocate harsh punishment, are gaining influence in the country.

The three women, aged 17-25, said they turned themselves in after feeling guilty for sleeping with their boyfriends before marriage and getting pregnant.

Enlarge sex caning

Malaysian justice: Prison staff demonstrate to the media how the caning process was done at the Kajang prison outside Kuala Lumpur

The 17-year-old told reporters that she surrendered to Islamic authorities after her prematurely born child died.

She is now serving a six-month prison sentence.

'I know I have sinned, and I have to be punished. Strangely however, I felt that the caning was not a form of punishment but was an opportunity for me to repent and return to the right path,' she said.

She has already married her boyfriend, who has also been caned and jailed over the offence.

The other women, who have one young child each, are planning to marry their partners after they are released.

The men were also caned for having sex.

One woman, aged 25, said she was scared before the caning but knew she deserved the punishment.

All three women called on others not to make the same mistake and abstain from sex before marriage.

Enlarge sex caning

Journalists interview three women who were caned for having sex out of wedlock, at a prison in Kajang . They are first to be caned under the country's Islamic laws

A Prison Department official confirmed the women's comments, made at a news conference at the women's prison outside Kuala Lumpur to local, government-linked media under the watch of authorities.

He said they were reluctant to speak to other media.

It could not be confirmed whether they were speaking voluntarily.

A request with the department for interviews is pending.

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin defended the caning this morning, saying it was 'far lighter' than what some people might imagine.

'The punishment is legitimate and in accordance with the law,' Muhyiddin said.

Human rights groups have slammed the caning, saying it is a cruel and degrading punishment and discriminates against Muslim women because Malaysian civil law - which applies to non-Muslims - bans the caning of women.

The women, who were fully clothed and sitting on a stool, received between four and six strokes with a thin rattan stick on the back, lasting a few minutes.

Another woman, Kartika Sari Dewi Shukarno, is still waiting to be caned for drinking beer in public.

Her case received international attention last year when she became the first woman slated to receive a caning penalty.

But the punishment was deferred indefinitely amid a public outcry.

Caning of men for such offenses as rape, drug smuggling and staying illegally in the country is common.

It is administered with a thick rattan stick on bare buttocks, causing severe pain and leaving scars.

Malaysia has a two-tier justice system.

Shariah courts deal with personal matters for Muslims, who account for about two-thirds of the country's 28 million people, while non-Muslims - many of whom are ethnic Chinese and Indians - go to civil courts.

Here's what readers have had to say so far. Why not debate this issue live on our message boards.

The comments below have been moderated in advance.

Although it's a little cruel that this story has hit world news, sometimes it pays to give children a spank now & then. It makes them realise that they should not say or do certain things. My parents/grandparents gave us the odd spank for misbehaviour during our childhood. We thought they were cruel then, but have realised why they did so as we grew up.

You have to be cruel to be kind these days, but unfortunately parents here are not given that freedom to correct their children. No wonder we have so many yobs, teenage pregnancies etc. in society. Such kids probably never had parental training during their childhood. They don't know difference between right & wrong.

Click to rate Rating 89

As long as the law is applied equally to men and women, and no SERIOUS injury (or death) occurs, i do not see what the problem is. Sharia Law is based on religion. If you follow that religion you submit yourself to the laws of that religion. Although less extreme, Catholics who sin, are given Hail Mary's, etc

If you don't wish to adhere to the laws and it's punishments, you don't follow the religion.

Click to rate Rating 169

They are the rules that apply there. Harsh? Yes they are harsh but it appears to work.

Unlike the UK where we punish everyone else when young girls get pregnant. We might not get beaten by sticks but even that might be preferable to all that furnished accommodation we must help pay for over the years.

Social Security in Britain costs around 150 Billion which is more than the current Government tax receipts.

Tell you what : I will take 6 of the best for a reduction in my tax.

Click to rate Rating 194

Pity Islam doesn't apply the same rules to its men. All the onus for sexual morality is on the women. Hypocrisy.

Click to rate Rating 169

Sorry, I missed this line:
"The men were also caned for having sex." Which was hidden in a long article about the outrage of 3 women been punished. But they are men, who cares? Right?

Click to rate Rating 221

Let them get on with their way of life.When in Rome ie a Muslim country abide by their laws. Other religions should not be persecuted by this Sharia law. But do not bring this type of law into England.

Click to rate Rating 260

If the rules are clear, everyone knows what the punishment will be, and everyone receives a fair and honest trial, I don't see what the problem with this could possibly be.

It's no different to the call for the return of the death penalty here - if you cannot accept the punishment, don't commit the offense!

Can I ask;- do the Islamic men also get caned when they are found guilty of extra marital treats? I guess not. Funny old religion isn't it !
- AP Winterton, Solihull , England, 19/2/2010 11:27
................

You obviously didnt read the article. The male participants were indeed flogged as well. In general, if a man and woman engage in extra or pre-marital sex, both parties are punished.

I don't know why so many people are criticizing this? Each to his own I say. Anyway the sex-obsessed British would not understand about a country where chastity is encouraged and bed-hopping is not considered a national sport. The level of promiscuity in the UK has reached appalling levels, we could learn a thing or two about not being at it all the time. Young women in the UK fear no one and nothing thats why they start dropping their knickers at the age of 12 and what's sad is that most adults seem to encourage it.

Who are we in Britain to comment? We really need to stop commenting about other country's laws when we are incapable of effectively running our own country with any degree of success.

Look around you and see the problems we have with violence, teen pregnancies and the benefit culture. Please also read the whole article before commenting.

The men involved were also caned and imprisoned so its not a gender-based issue. If Malaysians have a problem with this then it is for them to deal with, not us.

The views expressed in the contents above are those of our users and do not necessarily reflect the views of Mail Online.

We are no longer accepting comments on this article.

Do'a beseeching the protection of Allah to a newborn Muslim child.

When you have given birth to your child, recite over your child these words of prayer for Allah's protection:

Bismillahi astar’ika rabbak, wa a’wwadhuka bil-wahid

(In the Name of Allah, I beseech Thy Lord for Thy protection and I place Thee in the keeping of the One.)

Min sharri kullu hasidin wa qa’imin wa qa’id

(From the evil of every invidious one, be he standing or seated.)

Wa kullu khalqin za’id

(and whatever other creature)

wa ‘an il-fasadi jahilin wa kullu khalafin fasid

(and from the mischief of the ignorant and every evil consequence)

min nafizhin au ‘abithin wa kullu jinnin marid

(from the meddler or disturber, and from every defiant Jinn)

Ya’khudhu bil-murasidin bi-t-turuq-il-muwarid.

(who takes advantage of any easy way of access )

La yadurrahu wa la ya’tunahu fi yaqazhatin wa la manam wa la fi zha’ni wa la fi maqam

(that they may not approach with harm while he wakes or sleeps, in no circumstance or place)

Sajis-al-layali wa awakhar-al-ayyam Yad-allahi fauqa aydihim wa hijab-allahi fauqa ‘adiyatihim.

(Allah’s Hand is above theirs, and Allah’s Shield over their misdeeds.)"

Tuesday, February 23, 2010

Parlimen Rakyat Warung Amin Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, KL






Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari, pembaca blog Mahaguru58 yang dihormati.

Saya nak paparkan wajah wajah YB YB Parlimen Rakyat Warung Amin, Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Ianya dahulu dikenali sebagai Kampong Konggo kerna didiami oleh bekas bekas anggota tentera negara kita yang telah dihantar bertugas di Congo, Benua Afrika.




















Sebagai warga Bandar Tun Razak, sekali sekala adalah rasa teringin hendak mendengar berita dan cerita terkini dari YB YB yang bersidang di Parlimen Rakyat Jalan Jujur! :P

Tak payah nak pakai Speaker! Kat sini semua layak bersuara! Tak payah nak berebut jubah kebesaran atau bergelut berebut kerusi! Hehehehe...





















Pesan saja minuman yang dihajati. Insya Allah akan disediakan Tuan Amin. Tuan Yang DiPertua dan Yang Empunya Warung Parlimen Rakyat Jalan Jujur.

Dari hal ehwal siyasah negara sampai ke masaalah bersangkutan fatwa terkini dan soal nak sebat ke tak sebat, semuanya dibentang dan dihujah oleh pemidato pemidato terkemuka dari kalangan YB YB kehormat warga Jalan Jujur.










































































































Monday, February 22, 2010

The Murder of Hamas Commander Mahmoud Al Mabhouh



You might have heard of this assassination of Allahyarham Mahmoud Al Mabhouh, the Hamas Commander in Dubai. This execution was carried out by a professional team of assassins by British and Irish agents of Mossad, the Zionist Israeli regime's covert espionage team.

If not for the top range network of close circuit television cameras installed by the Dubai hotels and monitored by the Media Office of the Dubai Government, this murder would have escaped the notice and attention of the world.

My question is "Now that we know the identities of the murderers, what is the World Court going to do about this murderous crime?"

Saturday, February 20, 2010

Masjid Al Najihin ~ Post Jumaah Prayers Photos

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

If there is one thing I love most after attending the Jumaat prayers at one of my neighborhood masjid's @ Masjid Al Najihin, Bandar Sri Permaisuri, bordering Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur is to spend time with the Chief Imam and his mosque committee members.

Reason I do so is to learn of the latest developments, programs and any problems that they are facing which I might be able to assist with and help them out?

One thing I love most about the Masjid Al Najihin Mosque Committee is that almost all of them are quite young and forward thinking well educated and qualified Muslims.

The Chief Imam (black jubah) for example is quite IT savvy and is up to date with whatever is happening in the local and international Islamic Affairs scene. He is also one of my blog readers and is online with JAKIM, Putrajaya.





















The gentleman in the pink Baju Melayu is the mosque's Tok Siak @ Caretaker.





















The tall lanky smiling young man besides me is the Khatib who hails from Bandar Baru Bangi, Selangor. He says that he reads my blog too and came to know about my blog from the Chief Imam here. :)

Coincidentally, yesterday's Jumaat Khutbah was about the benefits and dangers of utilizing the cyberspace. With the advent of the internet, Muslims have today the choice of using the world wide web to spread the truth of Al Islam and carry out Dakwah efforts online.

Yet at the same time, the young Khatib reminded us not to abuse the online media platform and abuse it like so many others who cause lots of mischief and harm to others by posting contents which are forbidden in our faith of Al Islam and to stay away from any such websites.

To me, it is a timely reminder for the congregation and such good advice must be broadcasted to the entire ummah.

I'm happy to get to be friends with these young Imams and I wish them well. May they be the leading examples of can do Muslims who will keep growing both in their knowledge and contribute to the development of our Bandar Tun Razak and Bandar Sri Permaisuri Muslim ummah. We need to support and assist them with whatever we can do for the betterment of the community.

May Allah Subhanahu Wa Ta'ala bless them all.

Ameen.

Friday, February 19, 2010

YB Datuk Bung Mokhtar Raden Exclusive Interview




Here is my video interview of the Malaysian Parliament's quite controversial MP ~ YB Datuk Bung Mokhtar Raden, Kinabatangan, Sabah.

Quite infamous for his 'bocor' quip at DAP's Cili Padi MP Fong Po Kuan which resulted in a nationwide brouhaha. All that has been forgotten now but the MP was recently in the news for marrying one of Malaysia's famous and pretty actress, Zizie Izzette!

I just had to rib YB Datuk Bung Mokhtar about it and he was sporting enough to share his happiness with us after the protest against the 50 Aussie MP's.

Thank you Datuk!

Blogger Big Dog ~ Exclusive Interview



This is my exclusive interview of Blogger Big Dog @ Mohamad Zakhir when we met after the Anti 50 Aussie MP's protest. Blogger Big Dog speaks about the Australian interference into our judicial affairs.

Thursday, February 18, 2010

Is our Home Ministry in the same state as this fella?



When I read about the 3 Malay Muslim women who got caught for committing zina and confessed to the major sin getting caned secretly in the Kajang Prison as stated by Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn, I at once felt disgust at this lack of courage by our government!

Who do you fear more?

Allah Subhanahu Wa Ta'ala or the sniping Islamophobic Kaffirs and MINO's apologists? M.I.N.O's here stand for Muslims In Name Only.

Kaffirs because they do not believe in Allah! Qul Ya Aiyyuhal Kaffirun as in Surah Al Kaffirun!

This is not something that Mahaguru58 dreamed up!

Sūra CIX: Kāfirūn, or Those who reject Faith.

Section 1

1. Qul ya ayyuha alkafiroona

1. Say: O ye That reject Faith!


2. La aAAbudu ma taAAbudoona

2. I worship not that Which ye worship,


3. Wala antum AAabidoona ma aAAbudu

3. Nor will ye worship That which I worship.


4. Wala ana AAabidun ma AAabadtum

4. And I will not worship That which ye have been Wont to worship,


5. Wala antum AAabidoona ma aAAbudu

5. Nor will ye worship That which I worship.


6. Lakum deenukum waliya deeni

6. To you be your Way, And to me mine.

****************************************************************

Raj Raman and Jagat Dewa, if you guys are reading this, click on the link I gave above and read to your heart's content as to its meanings!

It's from Almighty Allah.

Not Mahaguru58. Please get that straight. Thank you. :)

Back to my topic here.

If we are truly an Islamic Nation perse, why the hell are we beating around the bush as far as the implementation of the Syariah Code is concerned?

Who gave you the authority to change Allah Subhanahu Wa Ta'ala's Syariah Code and water it down to the mockery of the Syariah Penal Code that we have being flaunted as the Rule of Islam here in this so called 'Mamluk al Malaisie'?

The punishment for adulterers in Islam is not 4 strokes of the cane for the women fornicators in secrecy behind prison walls or 6 strokes of the rotan for their male counterparts in secrecy either!

Click here to learn about the true punishments as stipulated in our Islamic teachings!

Don't tell me that you know better than Allahu Ta'ala in administering the laws over such a major sin!!!

When the government tries to play play with the Laws of Allahu Ta'ala, the result is that the enemies of Islam both from within the fold and out of the ummah have a field day mocking the said religious authorities of Islamic Affairs of this nation.

You are all no better than the wimp of a Singaporean henpecked sorry excuse for a man as shown in the video above!

The shoe smacking and scrotum pinching woman in the video has more gonads than the whole lot of you ruining the good name of our faith here!

And that's the whole truth of the matter no matter what cock and bull excuses you are ging to come up with this 'Ah Kua' caning carried out behind the prison walls!

We should have the sentences carried out in public according to the Syariah stipulations and not as what the sorry excuse of a Syariah system we now have thanks to the spineless fellas we have in 'power' today!

The Muslim Autonomous Authority of Acheh in Indonesia have proven that they have the integrity to carry out the Hudud Laws in public.

Do we have the guts to do the same here in Dataran Merdeka? Not in a thousand years, I think if we have the same chaps in authority in Malaysia?

I seriously doubt that even PAS will dare to uphold the Hudud as we all once thought that they were clamoring for as part of their party's manifesto in upholding the Syariah of Allahu Ta'ala?

Today, its just ' Apa Saja Lah!' Sigh.....


Meanwhile here's a media statement from the Muslim Lawyers Association of Malaysia emailed to me by its president, my friend Hj Zainul Rijal Abu Bakar.

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

MENJAWAB NGO DAN GOLONGAN YANG MASIH KELIRU

Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh beberapa pihak seperti Sisters in Islam, AWAM, Majlis Peguam dan beberapa pihak lain yang mempertikaikan pelaksanaan sebatan syariah ke atas tiga orang pesalah syariah wanita baru-baru ini. PPMM hairan kenapa masih ada golongan yang tidak memahami dwi sistem perundangan yang diamalkan di Malaysia. Malah bantahan ini menggambarkan seolah-olah apa sahaja yang dibuat oleh pihak bekuasa berkaitan agama Islam ada sahaja yang tidak kena.

Perlulah ditegaskan sekali lagi di sini bahawa sebatan syariah jauh berbeza dari sebatan sivil. Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding dengan sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun. Sebatan syariah adalah umpama bapa atau guru yang merotan anak yang telah melakukan kesilapan.

Telah banyak rencana, makalah dan kajian dibuat tentang pelaksanaan hukuman sebat dalam Islam ini diadakan. Malah pelbagai bengkel, seminar dan forum juga digarap ke arah memberi pemafahaman tentang hukuman ini. Tidak ketinggalan juga beberapa demonstrasi sebatan syariah telahpun dibuat namun inisiatif ini langsung tidak diambilkira oleh golongan yang menentang sebatan syariah ini secara membuta tuli.

Dalam perjuangan SIS mendapatkan hak samarata kenapa pula wanita tidak boleh disebat secara syariah sama seperti lelaki? Logiknya, jika semuanya ingin disamaratakan, hukumanpun hendaklah disamaratakan dan tidak mendiskriminasi golongan lelaki. Adakah kesamarataan yang diperjuangkan oleh SIS ini ialah samarata sekiranya memberi manfaat kepada wanita sahaja?

Menggambarkan sebatan syariah adalah zalim dan kejam adalah amat keterlaluan dan tidak mempunyai asas perundangan dan Hukum Syarak. Malah saya percaya pegawai SIS sendiri tidak pernah menyaksikan pelaksanaan sebatan syariah yang dilabelkan sebagai kejam dan zalim itu.

Dalam masa yang sama PPMM bersetuju sebatan sivil itu adalah kejam dan perlu dihapuskan. Sebatan sivil itu juga tidak Islamik. Sebatan yang mencedera dan mengerikan itulah yang patut dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia. Namun sebatan syariah mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan berakar umbi dari sumber hukum Islam yang utama seperti Al Quran dan Al Sunnah. Mempertikaikan efektif atau tidaknya hukuman sebatan Islam ini samalah seperti mempertikaikan hikmah dan mukjizat Al Quran dan Rasul Allah saw.

Sebatan yang melanggar hak asasi manusia ialah sebatan sivil bukan sebatan syariah. Malah Resolusi Majlis Peguam yang diluluskan beberapa tahun lepas juga memberi penekanan aspek kekejaman sebatan sivil. Ini adalah kerana sebatan syariah tidaklah sekejam yang digambarkan itu. PPMM percaya ahli-ahli PPMM di dalam Bar Malaysia tidak bersetuju sebatan syariah dihapuskan kerana ia adalah sebahagian dari ajaran agama Islam yang mana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan mengadakan hukuman bagi sebarang kesalahan melanggar perintah agama.

Seksyen 289 Akta Kanun Jenayah yang dirujuk oleh En Ragunath adalah tidak terpakai di mahkamah syariah. Undang-undang yang terpakai di mahkamah syariah bagi pelaksanaan sebatan syariah ialah Akta Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian Presiden Majlis Peguam itu perlulah merujuk kepada Akta tersebut terlebih dahulu (yang juga diluluskan oleh Parlimen) sebelum membuat sebarang komentar. Malaysia adalah sebuah negara unik yang mempunyai dua sistem perundangan dan kedua-dua sistem ini haruslah lengkap melengkapi antara satu sama lain serta menghormati pihak yang satu lagi.

Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Adalah menjadi peraturan asas (trite law) bahawa rujukan kepada konvensyen-konvensyen antarabangsa bukanlah nas yang sahih di sudut perundangan negara selagi ia tidak dijadikan undang-undang.

Saya juga menyeru mana-mana hukuman sebatan syariah yang masih lagi belum dilaksanakan sebatan syariah di seluruh negara termasuklah kes Kartika Sari Dewi Sukharnor dilaksanakan dengan kadar segera agar keadilan kepada pesalah syariah itu sendiri dapat dilakukan. PPMM menyokong usaha kerajaan memartabatkan perundangan syariah melalui sebatan syariah bagi pesalah yang telah disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman sebat.

HAJI ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

PRESIDEN

PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Bertarikh: 18 Febuari 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sadly, that's all that our Muslim Lawyers can do?

Memorandum after memorandum sent to the apathetic so called Umara' that we have masquerading as the Keepers of the Islamic Faith here in Bolehland.

Useless, incompetent cowards like the Singapore eunuch we see in the video above!

Even the notorious Sisters in Islam have more 'balls' in speaking their mind and championing their agenda than the lame ducks we have as the 'Government' in Malaysia.

I might not agree with them in many things but they have my respect for their tenacity in persistently fighting their many causes even if we so differ in our individual perspectives as fellow Muslims.

What next?

Any other secret punishments you have going on?

Just a slight tap on the risk for other offenders?

Auwwww!!!

Puh..lease.....


Notice : Non Muslims aren't allowed to comment on this.

The Anti 50 Australian Gay Supporting MP's Protest Video



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dear fellow citizens of Malaysia,

Here is the first part of a series of videos that I managed to shoot of the Anti 50 Australian Gay Supporting MP's protest yesterday at Jalan Yap Kwan Seng.

It's a very long video! Took ages to process and upload. Practically overnight!

There are still a couple of exclusive videos coming your way.

Expect to see my one to one interviews of :
Lots of processing and uploading to do...

Sheeesh...

Hope it's worth it! :)

Blogging for the truth to be upheld is a venture of self sacrifice for the main principle of sharing news and views without expecting any gains or profits!

Not that I wouldn't want to make some income by selling my material to the media companies but I feel that there's still loads that I need to learn and sharpen my multimedia skills before I reach that stage. :P

I would like to thank my missus for her understanding and patience. I am so glad that she's mine. Jazakallah khairan kathiraw my darling.

May Allah bless you!

Ameen. Ya Rabbal Alameen.

Bila Wakil Rakyat khianati amanah pengundi mereka..















Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari warga Malaysia yang saya hormati,

Sesungguhnya perbuatan beberapa orang Wakil Rakyat yang mengkhianati kepercayaan para pengundi mereka dinegeri Perak Darul Ridzuan telah menimbulkan ketidaktentuan arah dan suasana huru hara politik sehingga ramai manusia manusia yang mempunyai kepentingan berperang diantara parti parti komponen Barisan Nasional dan lawan mereka didalam Pakatan Rakyat!

Kata mengata caci mencaci menjadi lumrah bagi mereka yang tidak takut terhadap Murka Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata mata kerana berebut kuasa politik sementara, kedudukan dan harta duniawi!

Pengkhianatan amanah yang diberikan para pengundi terhadap Jamaluddin Mohd Radzi (PKR Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (PKR Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP Jelapang) telah menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui DAP tetapi berMenteri Besarkan YB Pesuruhjaya PAS Bukit Gantang Dato Seri Nizar Jamaludin bila ketiga tiga Wakil Rakyat berkenaan mengisytiharkan diri mereka keluar dari parti masing masing dan 'bebas'.

Mereka kemudian menyokong Barisan Nasional dan membuatkan pertimbangan kuasa perwakilan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak senget ke belah BN!

Maka Duli Tuanku Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan terpaksa melantik Menteri Besar yang baru dari pihak BN iaitu Datuk Seri Zambry Abdul Kader untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak yang baru.

Sudah begitu keadaannya bila manusia didalam negara ini menjalankan sistem demokrasi berParlimen dan berDewan Perundangan Negeri.

Barangsiapa sahaja yang mempunyai kelebihan kerusi perwakilan baik di Dewan Perundangan Negeri atau didalam Parlimen, maka pihak itulah yang mempunyai hak untuk berkuasa menubuhkan Kerajaan Negeri bagi DUN dan Kerajaan Pusat bagi kelebihan kerusi perwakilan di Parlimen!

Ini adalah asas sistem pemerintahan demokrasi.

Tiada siapa yang boleh mempertikaikannya mengikut lumrah kehidupan manusia berpandukan hukum hakam ciptaan mereka sendiri menurut acuan ketamadunan Barat yang sekular.

Namun bagi kita yang beragama Islam, amanah perwakilan yang diberikan melalui undian rakyat yang berdaftar tidak boleh kita terima perbuatan khianat ketiga Ahli Parlimen tersebut!

Ianya adalah dosa besar! Khianat terhadap kepercayaan para pengundi adalah satu perkara yang dilaknati Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Kuasa politik tidak membezakan diantara sekular atau Syarie. Bilamana seseorang yang berkuasa itu tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat, maka sudah wajib baginya meletak jawatan dan pilihanraya kecil di adakan semula di kawasan terbabit.

Berkeras mahu terus menjadi Wakil Rakyat DUN atau Parlimen tertentu meletakkan seseorang pengkhianat itu didalam kedudukan memakan elaun dan sara hidup hasil penggajian mereka sebagai memakan hasil haram kerana telah mengkhianati amanah para pemilih dikawasan kawasan berkenaan.

Mereka mungkin tidak merasakan diri mereka salah sekarang ini kerana mungkin pemahaman agama mereka belum sampai ketahap penginsafan akan halal haramnya rezeki yang sedang mereka nikmati hasil dari kedudukan sebagai Wakil Rakyat tertentu. Saya merujuk kepada YB YB berbangsa Melayu dan beragama Islam berkenaan.

Saya tidak mahu menyentuh hal YB berbangsa China dari parti DAP itu sebab ianya seorang kaffir dan mungkin bagi dirinya soal halal haram ini tidak timbul?

Yang saya tujukan disini adalah YB YB yang Melayu Muslim berkenaan. Apakah mereka tidak sedar akan dosa besar yang telah mereka lakukan?

Mungkin dari segi percaturan kuasa politik dan cara Exco Exco DAP semasa Kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Perak dahulu berlambangkan MB PAS Dato Seri Nizar yang rakus memberikan hakmilik hampir 1000 tahun kepada penduduk China negeri Perak menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat Perak berbangsa Melayu dan kebanyakan mereka tidak sabar menanti Kerajaan PR yang diterajui MB PAS jatuh menelungkup, menyembah bumi!

Kegagalan MB PAS Kerajaan PR untuk mengambil kira sensitiviti umat Islam Perak menatijahkan dirinya tidak mendapat simpati dan sokongan rakyat untuk mempertahankan Kerajaannya!

Istilah Inggeris ' Too much ; too soon' mungkin boleh dipergunakan sebagai contoh disini. Kerajaan PR Perak tersungkur bagaikan dipatahkan kaki, dicantas kepala lutut pendekar rakyat terkena mata pedang politik tajam ketiga pengkhianat amanah pengundi Perak berkenaan.

Saya tidak setuju dengan cara pemimpin PAS @ Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz berkata bahawa seandainya Wakil Rakyat BN hendak lompat mengkhianati amanah para pengundi mereka pula lompat masuk PAS atau Pakatan Rakyat di alu alukan demi memperkukuhkan pakatan mereka!

Khianat terhadap parti politik masing masing tidak ada perbezaan halal haramnya dari segi keadilan didalam ajaran Islam! Dosa khianat tetap sama jika kita hendak berlaku adil?

Amanah itu akan dipertanggungjawab keatas setiap dari kita di Yaum Al Mahsyar nanti!

Saya menyuarakan pandangan saya terhadap kes ini sebagai warga Malaysia yang mengambil peduli akan perjalanan siyasah didalam tanahair kita dan atas dasar seorang blogger Muslim!

Walaupun tidak bersangkut paut secara langsong sebagai anak negeri Perak namun sebagai blogger yang menulis tentang apa sahaja yang ada kaitan dengan kedudukan saya sebagai sesama warga, perkara yang hak mesti saya tegakkan disini.

Yaum Al Mahsyar!

Siapakah nanti yang dihormati dan siapakah dia yang akan menanggung natijah di Mahkamah Agung Rabbul Alamin?