Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, November 28, 2010

Ketuanan Melayu berpasak di Kesultanan Melayu! PKR mahu menghapuskan nya!


Azizah rallies party faithful, trashes 'ketuanan Melayu' from MalaysiakiniTV on Vimeo.



Kesultanan Melayu adalah institusi Ketuanan Melayu didalam negara Malaysia ini. 


Bilamana Presiden PKR berkata bahawa konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri maka implikasi kenyataannya itu turut membawa akibat kepada kedudukan istimewa Kesultanan Melayu itu sendiri!


Kesultanan Melayu didalam negeri negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini turut menjadi pelindung kepada kedudukan Agama Islam didalam Perlembagaan Malaysia.


Seandainya kedudukan istimewa Kesultanan Melayu yang menjadi lambang Ketuanan melayu ini diganggu gugat maka nasib umat Islam didalam Malaysia ini akan turut terancam kerana tidak akan ada lagi pihak yang mahu mempertahankan kepentingan umat ini.


Makanya orang orang Melayu yang beragama Islam mesti menentang cita cita PKR ingin menghapuskan hak hak Melayu dan kedudukan umat Islam didalam negara ini!


Saya kira kenyataan Presiden PKR Wan Azizah ini adalah terang terangan satu jenayah berat dan ia boleh disabitkan dengan kesalahan dibawah :


Akta Hasutan 1948. Akta 15 Bab 3.1 Kurungan (f) :



bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.


Samada anda sedar atau pun tidak, sebarang kenyataan seperti yang dibuat oleh Wan Azizah atau sesiapa sahaja yang mencabar kedudukan istimewa orang orang Melayu dengan mempersoalkan 'Ketuanan Melayu' adalah secara tidak langsung sebenarnya mempersoalkan kedudukan Sultan Sultan dan Raja Melayu yang merupakan asas pemerintahan Raja Berparlimen didalam negara ini!


Kedudukan istimewa Kesultanan Melayu didalam Perlembagaan Malaysia menjamin akan kedudukan istimewa orang orang Melayu dan sebarang percubaan untuk menidakkan 'Ketuanan Melayu' ini adalah bererti sipenderhaka ini cuba menggulingkan kedudukan Kesultanan Melayu diwaktu yang sama.


Kesultanan Melayu itu adalah menjadi teras kerajaan berparlimen di Malaysia. Tidak ada perpisahan diantara Kesultanan Melayu, Kedudukan Agama Islam dan Ketuanan Melayu didalam Kerajaan Malaysia ini.


Wan Azizah boleh dikira sebagai pengkhianat kepada kepentingan orang orang Melayu yang menganut Agama Islam kerana sudah berani meminta agar kedudukan orang orang Melayu yang mengepalai Kesultanan Melayu dihapuskan!


Mengapakah Kementerian Dalam Negeri masih berdiam diri menyaksikan semua jenayah hasutan ini terbiar tanpa tindakan yang pantas dan tegas?


Tunjukkan lah bahawa KDN masih ujud dan bersiapsiaga mempertahankan kedudukan istimewa Kesultanan Melayu, Ketuanan Melayu dan Islam didalam negara ini dan bertindak lah terhadap sesiapa sahaja yang berani mengeluarkan kenyataan sebegini mahu menghapuskan hak hak umat Melayu Islam seMalaysia!


Saya percaya rata rata umat Islam Melayu seMalaysia tak mahu dengar sebarang 'amaran' lagi. 


Ini sah sah satu kesalahan jenayah hasutan yang buktinya sudah saya sertakan didalam bentuk video di atas!


Apa KDN mahu menutup mata, memekakkan telinga dan diam membisu lagi?

Saturday, November 27, 2010

Solat ~ Kenapa ada yang malas mengerjakannya?

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.
In the Name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.

Muslimin Muslimat sekelian.

Diantara realiti kehidupan manusia zaman berzaman, kita tidak boleh menidakkan keadaan dimana setiap insan, samada muda remaja mahupun tua, perlu berada didalam keadaan sihat zahir dan batin.

Seandainya tubuh badan kita sihat tetapi jiwa kita sakit, maka kesihatan zahir itu tidak akan memberi apa apa erti kerana perasaan dalaman dan pemikiran kita akan bercelaru dan senantiasa bergejolak dari dalam, membakar hati dan perasaan kita.

Segala apa yang berlangsung disekeliling kita akan menambahkan tekanan perasaan dan ada kemungkinan kita akan hilang pertimbangan dan memberontak terhadap sesiapa sahaja yang hampir dengan kita ataupun kita mungkin akan bertindak membinasakan diri!

Ini hakikat kehidupan manusia.

Haiwan tak dipertanggungjawabkan akan apa yang dilakukannya tetapi kita sebagai manusia yang tinggal didalam kelompok masyarakat biar dikota mahupun desa akan tetap diambil kira akan setiap perbuatan kita?

Sebagai Muslim, kita membesar didalam lingkungan Syariat Allah. Tertakluk kepada suasana pembesaran dan pendidikan kita selaku umat Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, peraturan hidup seharian kita lazimnya akan menurut satu jadual amalan dan pelaksanaan ibadah menurut kepada kemampuan dan kefahaman masing masing.

Bilamana sahaja kita yang sudah baligh, berfizikal sehat sempurna dan waras bangun dari tidur pada waktu Subuh, maka kita akan mandi, bersiap, wudu' dan mengerjakan solat Subuh sebanyak 2 raka'at.

Solat Subuh ini adalah solat persediaan menghadapi cabaran cabaran dan dugaan yang pasti menimpa kita menurut peraturan atau takdir hidup masing masing buat hari itu.

Sama seperti seorang askar bersiap sedia dengan segala kelengkapan perang dan persenjataan nya termasuk penyediaan minda yang mantap serta tahu akan strategi untuk menghadapi musuh, maka seseorang manusia, baik lelaki atau perempuan yang mencukupi syarat dan terma untuk memenuhi ciri ciri seorang hamba Allah, perlu bersedia untuk melengkapkan diri dengan Iman dan Amal untuk hidup.

Sihat fizikal sahaja tidak cukup untuk menghadapi apa sahaja yang bakal menimpa kita didalam masa yang di peruntukkan oleh Allahu Rabbul Alamin?

Kita perlu ada kesihatan mental dan keseimbangan jiwa untuk meneruskan kehidupan kita baik didalam bergaul dengan pasangan tercinta, anak anak, ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, rakan rakan sekerja mahupun kawan kawan dan seterusnya dengan anggota masyarakat tempatan, senegeri, negara dan antarabangsa.

Solat yang dilaksanakan dengan penuh pengertian dan faham akan perlunya solat untuk kita sebagai Muslim akan memberikan kita tenaga dalaman dan ketenangan jiwa yang perlu ada untuk berjaya mengharungi kehidupan seharian itu.

Solat itu ada peraturan dan rukun rukunnya.

Ada persediaan yang perlu dan wajib dilakukan sebelum kita boleh bersolat menghadapi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Solat adalah Tiang Agama Islam. 

Tidak bermakna bagi kita mengaku kita ini umat Islam tetapi malas mengerjakan solat.

Solat adalah manifestasi keimanan kita terhadap Allahu Rabbul Alamin. Setiap dari kita yang mengaku diri sebagai seorang Muslim akan ditanya dan dihisab akan amalan solat kita masing masing.

Sekiranya kita sudah cukup umur, baligh, sihat tubuh badan, waras dan sedar akan apa yang kita perbuat, maka solat itu adalah kewajipan yang mesti kita kerjakan tanpa sebarang alasan.

Barangsiapa yang sakit / uzur, maka ada pula keringanan yang diberikan Allah didalam cara untuk insan tersebut mengerjakan solat. Boleh solat secara duduk, terbaring atau hanya dengan isyarat mata sekalipun dan dihayati pekerjaan solat itu didalam keadaan yang termampu masing masing?

Masih adakah diantara kita yang hendak mencari seribu satu alasan untuk tidak menunaikan kewajipan solat kita?

Bagi mereka yang berjaya mengerjakan solat wajib dan sunat masing masing, Allahu Rabbi berfirman seperti berikut didalam Surah Al Fajr, Surah ke 89, Ayat 27 ke 30:

89:27
Transliteration
Ya ayyatuha annafsualmutma-inna
Sahih International
[To the righteous it will be said], "O reassured soul,
Muhsin Khan
(It will be said to the pious): "O (you) the one in (complete) rest and satisfaction!
Malay
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

89:28
Transliteration
IrjiAAee ila rabbiki radiyatanmardiyya
Sahih International
Return to your Lord, well-pleased and pleasing [to Him],
Muhsin Khan
"Come back to your Lord, Well-pleased (yourself) and well-pleasing unto Him!
Malay
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

89:29
Transliteration
Fadkhulee fee AAibadee
Sahih International
And enter among My [righteous] servants
Muhsin Khan
"Enter you, then, among My honoured slaves,
Malay
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

89:30
Transliteration
Wadkhulee jannatee
Sahih International
And enter My Paradise."
Muhsin Khan
"And enter you My Paradise!"
Malay
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "


Begitu banyak sekali faedah dan ganjaran yang akan diberikan Allah kepada kita yang mempertuhankan Nya.

Ini adalah janji Allah. bukan janji manusia yang kerapkali berubah menurut nafsu dan keputusan masing masing yang berbolak balik didalam lafaz dan janji menurut keadaan.

Solat ini hanya dapat difahami kewajipannya oleh mereka yang mempunyai kebolehan berfikir dan mentafsir akan realiti kehidupan masing masing menurut tahap intelek sendiri.

Jika akalnya sempurna dan tahu erti antara hakikat dan khayalan, kebenaran dan kepalsuan, berdasarkan kajian dan pembelajaran kewujudan kita sebagai seorang hamba yang di cipta Sang Maha Berkuasa, maka akan ada kefahaman akan perlunya solat itu bagi seseorang Mukmin?

Solat itu adalah manifestasi keimanan kita terhadap Allah. Cara kita bersolat sudah ditentukan oleh Sang Maha Pencipta melalui kaedah kaedah tertentu dan diajarkan kepada kita oleh Baginda Rasulullah, Muhammad ibni Abdullah, Khataman Nabiyyi, Al Mustafa, Sallalahu Alaihi Wassallam.

Setiap apa yang Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam ajarkan kepada kita adalah menifestasi dari suruhan dan wahyu dari Allahu Ta'ala kepadanya untuk disampaikan kepada kita, para manusia yang mahu berfikir dan menurut titah perintah Allah, Tuhan kita semua.

Walau seseorang itu kaffir sekalipun, tidak ada tuhan baginya selain dari Allahu Ta'ala itu sendiri.

Manusia yang kaffir hanya mempercayai sesuatu yang diperturunkan kepadanya oleh mereka yang telah sesat dari jalan yang ditunjuki Allah kepada Ayahanda kita semua iaitu Nabi Adam Alaihis Salam dan disambung tugas dakwah fisabilillah itu oleh 124,000 para nabi nabi dan rasul terkemudian sehingga lah misi dakwah kepada umat manusia itu berakhir dengan perlantikan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, pada tahun 610 Masehi.

Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam menerima perlantikan tugas sebagai Khataman Nabiyyi @ Rasul Teragung Allahu Ta'ala pada ketika baginda berusia 40 tahun pada tahun 610 Masehi.

Baginda memulakan tugas dakwah baginda di Makkah al Mukarramah selama 13 tahun dan menyambung misi baginda di Madinah selama 10 tahun sehingga baginda wafat pada 12 Rabiul Awwal Tahun ke 11 Hijrah.

Khutbah Wida Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam memperingatkan umat Islam akan kewajipan mereka terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan keperluan mereka bersikap adil dan saksama sesama manusia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inilah intipati Khutbah tersebut :

“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. 

Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. 

Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. 

Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya?

1. Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan minum dan pakaian mereka dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” 

Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” 

Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.

Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempurnaan agama Islam.

“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)

Selepas Baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun Sayyidina Abu Bakar perasan al-Qaswah unta Nabi menitiskan air mata dengan banyaknya. Beliau pun ikut menangis.

Sayyidina Umar bertanya apakah sebabnya lalu Sayyidina Abu Bakar menjelaskan. 

Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu Sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 Makanya wahai Muslimin dan Muslimat, hamba hamba Allahu Rabbul Alamin,
sadarlah akan kewajipan kita untuk menunaikan solat kita sekurang kurangnya yang wajib, 5 waktu sehari semalam.

Solat itu dapat mencegah kita dari melakukan pekerjaan yang mungkar. Bagi Muslim yang mahu mengerjakan nya dengan penuh kesedaran akan manfaat solat, sudah pasti ia akan berusaha belajar tentang erti solat baginya?

Sudah pasti ia akan berusaha belajar dan mengkaji akan kenapa manusia perlu ruku' dan sujud terhadap Allah?

Apa kah rahsia disebalik rukun rukun solat dan kenapa manusia yang mengaku bertuhankan Allahu Ta'ala dan bersama sama dengan umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam yang lain wajib solat?

Kita sekarang ini hidup di zaman Sains dan Teknologi yang juga merupakan Akhirul Zaman.

Segala tanda tanda kedatangan Kiamat Kecil seperti disabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sudah berlangsung dan saya sendiri sudah menulis, menerbitkan artikel artikel berkaitan perkara ini disini dan disini.

Solat dapat memberikan kita ketenangan jiwa dan pembersihan dari dosa dosa yang kita telah lakukan secara sedar ataupun tidak?

Didalam Surah Al Ankabut Surah ke 29 Ayat ke 45, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman :

29:45
Transliteration
Otlu ma oohiya ilayka minaalkitabi waaqimi assalata inna assalatatanha AAani alfahsha-i walmunkariwalathikru Allahi akbaru wallahuyaAAlamu ma tasnaAAoon
Sahih International
Recite, [O Muhammad], what has been revealed to you of the Book and establish prayer. Indeed, prayer prohibits immorality and wrongdoing, and the remembrance of Allah is greater. And Allah knows that which you do.
Muhsin Khan
Recite (O Muhammad SAW) what has been revealed to you of the Book (the Quran), and perform As-Salat (Iqamat-as-Salat). Verily, As-Salat (the prayer) prevents from Al-Fahsha' (i.e. great sins of every kind, unlawful sexual intercourse, etc.) and Al-Munkar (i.e. disbelief, polytheism, and every kind of evil wicked deed, etc.) and the remembering (praising, etc.) of (you by) Allah (in front of the angels) is greater indeed [than your remembering (praising, etc.) Allah in prayers, etc.]. And Allah knows what you do.
Malay
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


Secara logiknya, seseorang Muslim yang menjaga solatnya sudah pasti tidak akan mahu berbuat dosa lagi melainkan mereka yang solat tanpa faham akan tujuan solat?


Membaca ayat ayat suci Al Quran al Karim tetapi tidak faham akan makna dan maksud di perturunkan ayat ayat suci tersebut buat menjadi pedoman bagi kita?


Apakah gunanya kita membaca ' 
112:1
Transliteration
Qul huwa Allahu ahad
Sahih International
Say, "He is Allah , [who is] One,
Muhsin Khan
Say (O Muhammad (Peace be upon him)): "He is Allah, (the) One.
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

tetapi beriya riya dok menyanyi ' We wish you a Merry Christmas, We wish you a Merry Christmas, We Wish you a Merry Christmas and a Happy New Year!' lengkap dengan lenggok dan gayanya mengalahkan Ben 'Baca' Bradshaw, Belacan & Paku!!!




Saya menyaksikan bagaimana anak anak Melayu di KL ini begitu seronok memakai topi Santa Rina @ satu watak tahyul didalam ajaran Kristian dengan pepatah 'Merry Christmas' terpampang di atas dada mereka begitu bersemangat menjual minyak wangi di Mid Valley Megamall semasa saya berkunjung kesana baru baru ini.

Tak adanya sedikitpun rasa bersalah atau pun malu berpakaian seperti Kristian yang akan meraikan Hari Natal kefahaman mereka.

Sudah jelas bahawa minah ini tak faham akan halal haramnya ia mempromosikan sambutan 'Merry Christmas' iaitu satu perayaan agama kaffir Kristian!

Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda : 'Barangsiapa diantara kamu menyerupai kaum tertentu, maka samalah kamu dengan mereka!'

Hadith Riwayat At Tarmidzhi.

Kelmarin dahulu, saya ke KLCC untuk makan malam bersama isteri dan selepas itu singgah membeli belah di Parkson Suria KLCC.

Semasa saya sedang mencuba sepasang seluar yang ingin saya beli dan berada di bilik persalinan, saya terdengar suara seorang lelaki sedang menyanyikan lagu 'Merry Christmas' dengan kuat.

Bilamana saya keluar dari bilik persalinan itu saya mendapati bahawa penyanyi berkenaan adalah seorang remaja Melayu!

Saya bertanya ' From which church are you?' dengan tujuan ingin berdakwah secara 'reverse psychology' terhadapnya.

Ia spontan menjawab ' I am a Muslim!'.

Saya bertanya lagi,' Then why are you singing a Christmas song?'

Ia terpinga pinga kelu terdiam.

Begitulah tuan puan. Tahap kejahilan terlampau dikalangan mereka yang kononnya Melayu dan beragama Islam?

Islam hanya luaran tetapi tidak ada penghayatan mahupun amalan seharian.

Jangankan berakidah sebagai Muslim, solat sewaktu pun haram tidak dilakukan golongan sebegini.

Salah siapa?

Diri sendiri?

Ibubapa?

Perdana Menteri?

Dato Mufti?

Menteri Agama?

Ketua Pengarah JAKIM?

Ustaz atau Ustazah?

Siapakah lagi kita nak humbankan dengan tanggungjawab mengerjakan solat ini???

SIAPA?????

Hello brader / sista!

Kalau dah sedar diri dah tua, bermisai dan berjanggut, berb...u sana sini, maka bawa bawalah bertaubat!!!

Belajarlah tentang cara cara nak mengerjakan solat!

Pergi mandi, ambil wudu', pakai molek molek, bentang sejadah, dirikan solat!

Jangan dok bagi seribu satu alasan syeikh!

Kalau u kata , this is my own business, then bila dah mati nanti, please settle your burial your own damn self, aa!!!

Jangan dok bagi excuse yang tu , yang ni mengalahkan Professor tak sedar diri, dah terpele'ot macam cacing kerawit, mengaku bahawa alam semesta ini terjadi dengan sendiri dan Allah itu tak ada???

Jika Muslim, hidupkan lah amalan dan jagalah keimanan mu!

Sembang deras pun tak ada gunanya beb!

'Qullu nafsin iza iqatul maut!'

Malaikat Maut tak akan ambil pot samada u muda remaja, muka macam hero filem Hindi atau cun melecun macam bintang Bollywood!

Cukup time, out u go!

Time tu, u jangan dok mimpi lah nak boleh gostan gi solat beberapa waktu sekalipun?

Too late! Bebeh! Cewah!!! Guna slanga bebudak muda sekarang!

Hehehehe..ingat, Atok Uncle tak leh sembang cara u all ke?

:P


Kita ni samada Muslim atau Kaffir? Tak ada alasan lagi dah!

* Artikel ini ditulis sebagai respons kepada persoalan dari rakan Facebook, Lemon Lime.

Mudah2an ada manfaatnya.

Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Friday, November 26, 2010

Salespeople ~ Why are there no good ones left in Malaysia?

I am sure that most of you have been to the shopping malls and hypermarkets in  your own towns and cities. 


My personal observance and experiences of having dumbos and clueless in whatever town or city you wanna name it so called sales people make a mess of salesmanship have really challenged my willpower to remain calm and courteous when faced with these kind.


These usually couldn't care less attitude of the sickos who pretend that they are salespeople really make me sick!


Just for practicality's sake, I'm gonna refer to the ones let loose in this capital city of Kuala Lumpur or KL for the ones who are familiar with our city's acronym as the 'Clueless in KL'.


The most obvious dimwits I usually come across are the ones at the shoe departments of let's say the shopping centres at Suria KLCC, Mid Valley Megamall, 1Utama, etc.


These apathetic so called sales people would just be chitchatting amongst themselves ignoring the potential customers who would be going around trying out the shoes for themselves and when they want to get service, be left to fend for their own without being attended to by those lamebrains who think that their main function at those departments are to be the stand ins for unneeded mannequins!


The worst are the 'in betweens' @ transvestites who would be chattering away as they damn well please without a bother about the shoppers!


Its truly sickening to see the disappearance of good sales personnel from the general Malaysian shopping scene.


Gone are the days when one would be greeted warmly and sincerely by sales people who really know to appreciate shoppers who come in to their shops and sales areas.


Its a thing of the past to have sales people who really know their products and can explain in depth and detail to their prospective customers as to what the customer needs or wants to know about whatever it is that they are selling?


Coming from the diamond and gold jewellery retail and sales business, I know my stuff about diamonds, precious and semi precious gemstones and gold categories.


Many a times, I have pretended not to know anything about such stuff and asked the sales people at jewellery stores about the 'quality' of their diamond jewellery's only to have such ignorants try to bluff their way out of explaining in detail about their products.


If you ask them about the cut, color, clarity and carat of the diamond pieces they have displayed in the counter, most of them wouldn't know a jot about the very items they handle day in, day out?


It goes to show a serious lack of professionalism in the sales and retail industry.


Companies don't bother training their sales staff and making sure that they are kept to a certain standard of sales etiquette and know how?


Most of the so called sales personnel we find in all these shopping centres and malls are way below the accepted standards of sales professionalism and if we are to expect these bozos to know whatever it is that they are selling, be prepared to be frustrated.


Frustrated at the sheer lack of knowledge, common courtesy or at the low levels of ignorance that most of these persons display when we try to learn something about the products or items that they are selling?


If this country expects to see more business coming from both the locals and the tourists in the retail sales industry, then the owners of businesses better invest in some sales training before unleashing these sales people from hell upon us!


Do not grumble, lament and moan that we are losing business to neighboring countries when many of the businesses here in Bolehland are so tight fisted to spend a bit to educate and equip their retail sales staff with the basic know hows of the business! 


Good business starts with a smile and a cheery outlook on the part of the sales personnel.


Most of the weirdos we meet in our shopping malls and hypermarts look as if they have been constipated for more than a week by the look of their dour looking faces and couldn't be bothered attitudes?


Don't even start hoping to see cheery, smiley faces at the foodcourts, restaurants, etcetera.


You'll be in for a stomach upsetting experience.


No wonder, some folks prefer to eat at home or lepak at the mamak's.


Those chaps are always in an upbeat mood!


Nescafe O Kosong satu!!!


:D