Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, January 23, 2011

Tenang ~ Pilihanraya Kecil ~ Peduli apa jika lautan manusia berkempen disana?


Jumlah pengundi berdaftar di DUN Tenang, Parlimen Labis, Johor Darul Ta'zim dikatakan sebanyak 14,753 orang mengikut statistik SPRM pada tahun 2008.

Dari jumlah ini, sebanyak lebih dari 50% dikatakan pengundi berbangsa Melayu. Itupun terbahagi kepada golongan yang menyokong UMNO, PAS dan PKR.

Saya hairan kenapa setiap kali datang nya pilihanraya baik yang kecil mahupun yang umum, yang kalut kelam kabut sanggup tinggal anak bini, bermusafir dan berkelana ke kampong orang dan beriya iya benar berkempen bagai nak rak, tak kira siang malam, pagi petang, subuh kemana , dzohor ke mana, asar entah sempat ke tidak, maghrib atau pun 'isya lagha sepanjang masa, yang dok lorat ni kebanyakannya orang luar?

Yang sanggup memaki hamun, bertolak tolak, kata mengata, caci cerca dan berentap bagaikan nak berperang bukannya kedua calon terlibat tetapi hanya juak juak bawahan yang entah diupah ataupun tidak?

Sanggup berbunuh bunuhan kalau boleh!

Bilamana setiap media baik yang UMNO mahupun PAS berdegar degar berkokok menyatakan puluhan malah ratusan ribu penyokong mereka turun padang dan memenuhi setiap ceruk dan pelusuk kawasan DUN Tenang demi mahu menunjukkan kekuatan sokongan mereka kepada calon calon yang hendak bertanding?

Hello brader!

Yang akan menentukan kalah menangnya calon calon berkenaan bukannya tuan puan! Yang akan memangkah mengundi sipolan itu atau ini bukannya tuan puan yang sudah bersiap siaga berselingsing lengan seolah mahu bertumbuk menunjal dahi masing masing menunjukkan jaguh pada pihak lawan!

Yang akan menentukan siapakah pula dia Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Tenang adalah para pengundi berdaftar DUN berkenaan sahaja.

Bawa bawalah bersabar dan sedar akan kedudukan diri masing masing. Tak ada faedah pun dari segi duniawi mahupun akhirat akan tuan puan bergaduh bagai nak rak ni! Akaun dosa pahala yang sedia ada ni pun belum 'settle' lagi mahu pula ditambah dosa bertelagah dan bertelingkah sesama saudara seagama?

Apakehalnya ya syeikh dan sayyida?

Calon berkenaan tak ada benda pun yang kalian pula kalut macam nak mampos apa ke halnya yob?

Iyalah kita faham kalau masing masing hidup memang jadi menumpang rezeki pada ahlul politik sahaja? Tetapi takkanlah sampai beratus ribu orang luar yang tak ada kena mengena secara terus dengan proses pilihanraya kecil ni hendak membuang masa, tenaga dan wang ringgit beriya benar pergi menyesak dan menyemakkan kampong halaman orang semata mata mengharapkan upah yang tak seberapa banyak mana pun dari pihak yang bertanding ni?

Apakah maruah kalian sebegitu murah? Tak semena mena ada yang benjol dan lebam biji mata dek kerana terikutkan perasaan dan gejolak nafsu amarah yang memang tak boleh kita nak kekang bila dah kena maki hamun dek orang orang asing yang sememangnya tak kenal mengenal pun diantara satu sama lain?

Tak payahlah jadi soldadu upahan yang tak akan untung tara mana pun dok berhujan berpanas menjadi sochai dan machai pihak pihak berkenaan. Tak berbaloi syeh!

Nanti karang jadi bagaikan 'ayam terlepas ; tangan berbau tahi!'

Yang patut diutamakan adalah kemampuan calon calon ni untuk berkhidmat kepada rakyat.

Tak ada gunanya mengundi calon itu atau ini jika ianya kerap tidak hadirkan diri didalam persidangan DUN dan sentiasa memberi alasan sedang bercuti sakit atau seribu satu alasan tak munasabah nanti?

Tak ada guna juga jika memilih calon yang asyik diam menikus didalam Dewan Perundangan Negeri dan tidak berani bersuara menyatakan yang hak dan menuntut pembangunan bagi kawasan yang diwakilinya!

Tengok sahaja dikawasan kawasan dimana ada nya wakil rakyat tetapi masih ketinggalan dari segi pembangunan dan peluang peluang pekerjaan mahupun perniagaan.

Yang berubah nasib adalah wakil rakyatnya sahaja, rakyat tetap miskin papa kedana.

Apa guna ada wakil rakyat macam tu?

Jadi kepada semua yang terlibat dok turun berkempen bagai nak rak tetapi selepas hari pengundian itu nanti, masih ditokok yang sama, tak ada peningkatan dari apa apa segi pun, bawa bawa berfikir lah!

Siapa yang hendak bertanding dan siapa pula yang akan mengundi?

Tukang kempen ke?

:P

Post a Comment