Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, February 16, 2011

Cinta Melayu dizaman P.Ramlee ~ Begitu indah dan syahdu....



Saya masih budak lagi dikala filem filem Allahyarham mencapai zaman kegemilangannya.


Sebagai anak miskin yang lahir didalam keluarga serba kekurangan, makanya saya akan menumpang menonton televisyen hitam putih milik Pak Karia, jiran kami diperkampongan Melayu Jalan Kota Giam, Jelutong Timur yang bersempadan dengan perkampongan Cina Jalan Tokong Batu di Pulau Pinang.


Itupun terpaksa tonton berdiri diluar tingkap papan yang bertopangkan kayu. :P Sekiranya hujan maka bertempiaran lah lari balik rumah atau menumpang tedoh diluar kediaman orang.


Zaman itu tahun 60an. Orang orang Melayu masih terkenal dengan tatacara kehidupan yang tidak keterlaluan walaupun dikalangan muda mudi mereka cenderung kepada aliran Pop Yeh Yeh dan segala macam fesyen yang tersendiri.


Namun cara orang orang Melayu bercinta cintaan masih sopan dan ada unsur malu malu. Apatah lagi dikhalayak ramai?


Tidak ramai yang berani berpegangan tangan ataupun berlaku kurang sopan. Berbeza sekali dengan keadaan sekarang. Kekadang diusia senja ini, saya akan mengelamun memikirkan kembali akan keadaan dulu dulu.


Walaupun hidup susah serba kekurangan, namun perasaan dan jiwa saya dan mereka yang sama sezaman agak lebih tenang dan tenteram. Bilamana saya mendapat peluang menonton kembali petikan petikan dari filem klasik Allahyarham P.Ramlee seperti ini, maka saya akan berasa senang dan teringat akan zaman kegemilangan industri filem Melayu.


Kebanyakan filem filem Melayu sekarang hanya bagai melepaskan batuk ditangga. Tak akan sama setanding dengan filem filem awal arahan Allahyarham P.Ramlee.


Biarpun hanya hitam putih namun intipatinya amat berwarna warni dan kekal masyhur biar berganti zaman.


Orang orang Melayu dahulu terkenal dengan kesopanan mereka dan tidak semberono berlaku sumbang seperti kelaziman kebanyakan anak anak muda mahupun yang tua sekarang.


Andainya Melayu lupa sejarah dan tatacara kehidupan sama sebangsa dengan mereka yang lalu maka akan hancur binasalah peradaban Melayu zaman berzaman yang kini hanya sekadar mengumpul habuk dan debu dimuzium muzium semasa.


Sayang seribu kali sayang.


Hmmmm...mujurlah ada usaha mereka yang tahu menghargai khazanah peninggalan Allahyarham P.Ramlee didalam lapangan media You Tube ini.


Dapatlah kiranya orang orang tua seperti saya ini menghiburkan hati mengenang masa nan silam dimana Melayu masih malu....


Layan.....
Post a Comment