Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, February 19, 2011

Solat Ekspres ~ Kesilapan golongan yang tak menghayati ibadah.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 


Semalam, saya menunaikan solat Jumaat di Surau Ar Raudhah, INTAN, Mont Kiara. Sebaik selesai Solat Jumaat, semasa Imam sedang membaca dhikr dan diikuti dengan bacaan do'a, saya terpandang kepada seorang warga Iraq yang saya kenal di surau tempat saya bertugas sekarang sedang mengerjakan solat sunat.


Orang ini bergelar diri sebagai Sheikh sekian sekian dan semasa saya berkenalan dengan beliau, ia mengaku sebagai seorang pakar didalam bidang tasawwuf, ilmu kerohanian dan pengubat spiritual. Juga mendakwa dirinya sebagai seorang pakar merawati segala macam penyakit wanita. :P


Bilamana saya bertanya beliau akan asal usul beliau dan dimana beliau bergraduat dari universiti mana di Iraq, beliau tidak memberikan jawapan khusus dan di-dalam kad bisnes yang beliau serahkan pada saya tidak tertera akan latarbelakang dimana kolej atau universiti tempat pembelajaran beliau.


Biarlah. Saya berbaik sangka sahaja terhadapnya. 


Bilamana saya terpandang akan diri beliau mengerjakan solat nawafil sesudah fardhu Jumaat, cara beliau mengerjakan solat sama seperti yang dilakukan hamba Allah didalam video yang terpapar diatas. :(


Solat Ekspres. Laju semacam je.


Tak ada tu'maninah langsung! Tak mungkin beliau dapat melaksanakan bacaan didalam sujud dengan lengkap dan sempurna sebanyak ulangan 3 kali didalam tempoh 2 saat!!!


Sama sebiji seperti yang kita dapat tonton didalam video diatas. Perkara kelam kabut dan tergesa gesa didalam beribadah ini memang lazim saya lihat dikalangan para jamaah.


Cumanya tertakluk kepada keadaan. Samada dapat ke tidak kita sempat pergi kepada sipolan polan ini dan berkenalan terlebih dahulu sebelum kita berpeluang untuk menyampaikan nasihat secara berhemah tentang salah laku didalam solat mereka?


Bukan boleh kita semberono pergi menghampiri manusia manusia seperti ini. Silap haribulan mau di ajak bertumbuk! :P Kepala kepala 'istimewa' ni nak kena 'approach' yang sesuai. Nak kena ada 'PR' skit. 


Dah 'slow talk' baru boleh buka cerita bab kesilapan kesilapan didalam solat dan sebagainya. Kekadang 'el profesore' begini sensitif gila! Mahu melenting gamaknya jika ditegor. Sebab yang dok buat macam ni selalunya ada cerita disebalik 'solat ekspres'.


Mereka ini ada yang menuntut ilmu ilmu 'extra co-curriculum' yang di ajar oleh guru guru yang sama terlebih 'wiring'. Lebih hebat dari ullamak ullamak yang sedia ada didalam Mamluk al Malaisie. :P


Tak ramai ulamak muktabar yang ada didalam Mamluk al Malaisie ini yang sudi turun padang, bercampor gaul dengan orang kebanyakan, menyampaikan risalah agama dan membimbing masyarakat.


Takut jatuh 'standard' kerna berbicara dengan orang orang yang tidak setaraf dengan mereka. Kalau nak dengar ulama sebegini berbicara, maka nak kena sedia platform istimewa. Pentas eksklusif dengan liputan media segala. Baru ilmu ilmu khas yang dipelajari ullamak sedemikian mahu disampaikan. Itupun selalunya saya dengar nak kena ada fulus sebagai 'token'. 


Almaklum sajalah belajar kat luar negara bertahun tahun. Maka nak kena beri imbuhan. Jika tidak sorry aa, 'schedule ana penuh sepanjang tahun ini'.


Maka, berlangsung lah solat solat ekspres seperti ini. Kekadang yang mengaku diri begitu begini, sama sahaja dengan 'el profesore' seperti didalam video di atas. Pantang di tegor syeh!


Boleh meletus perang dunia ketiga didalam masjid atau surau berkenaan!


Saya musykil lah! Apa benda yang nak dikejar sangat ni?


Andainya Allahu Rabbul Alamin sudah menetapkan saat ajal maut kita, maka berebut kelam kabut nak 'settle' solat secara ekspres ni tak bawa kemana pun.


Keluar keluar masjid atau surau je, gedebamm!!!


Heart attack! Bedebapp jatuh tersungkur mencekak dada! Siapa nak tolong???


Tak tercepat barang sesaat ; tak terlewat barang sedetik!!!


Qullu nafsin iza iqatul maut!!!


Bawa bawalah bertenang didalam solat dan menghayati maksud setiap bacaan didalamnya.



Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda:


“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat." Sahabat bertanya: 'Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya?' 


Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam menjawab: "Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya." Ada riwayat lain menyebut Nabi menjawab: "Dia tiada menegakkan punggungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.”


[H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah]


“Bahawasanya Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.:"Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad."


Kemudian Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam berkata: "Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”


Mudah2an para pembaca budiman sudi menyampaikan pada yang lain.


Insya Allah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment