Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, February 01, 2011

Ustaz Azhar Idrus ~ Pentingnya Ayah jadi contoh yang baik dan berilmu agama




Ilmu agama amat penting dikuasai seseorang ayah kerana anak anak akan ikut segala tabiat ayah itu.


Saya naik risau sangat sangat bila saya terjumpa ayah ayah muda dipasaraya  yang bertindik kening, telinga dan kekadang lidah macam budak punk rockers mendukung anak anak mereka yang masih bayi lagi.


Dari satu segi, saya bersyukur kerana si ayah muda belia ni mahu bertanggungjawab dan menjaga anak kecilnya itu tetapi dari sudut agama, saya risau akan contoh tauladan yang ia tunjukkan kepada anak dan isterinya.


Kekadang si isteripun sama dengan imej rockersnya, memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan masih kelihatan kurang matang.


Saya susah hati memikirkan akan masa depan anak kecil itu. Bagaimanakah nanti ia membesar? Sebagai anak Muslim atau anak liar bagaikan yang selalu kita lihat dikawasan kawasan kota dan desa, terlibat dengan pelbagai macam gejala sosial.


Siapakah lagi yang boleh kita harapkan jika tidak ayahnya? Lain lah keadaan jika si ayah sudah tiada lagi didunia ini atau sudah berpisah dari ibu mereka. Maka keadaan nya berlainan lah. Tanggungjawab mendidik anak itu jatuh pada penjaganya atau orang yang diberi hak oleh mahkamah / kadhi.


Didalam video siri ceramah Ustaz Azhar Idrus di atas, apa yang beliau sampaikan memang kerap berlaku didalam masjid masjid dan surau kita. 


Gambar hiasan

Jenis kaki angkat takbir yang tak kusyuk kusyuk sampai kekadang Imam dah masuk ke rukun lain, ia masih tak 'masuk' lagi didalam 'online' dengan Allahu Ta'ala.


Kita yang cuba nak kusyuk didalam solat kita pula terganggu dengan tingkah laku sijemaah kat sebelah yang tak sudah sudah bertakbir atau bergerak gerak sepanjang solat.


Kalau kita dah niat nak menegur si pengganggu selepas solat, sebaik sahaja selesai salam, sipengacau tadi bingkas bangun terus bergerak keluar dari masjid tak sempat kita nak nasihat apa apa! 


Semuanya berpunca dari terikut ikut ajaran ajaran terlampau didalam soal fardhu Ain sehingga memudaratkan diri sendiri didalam amal ibadat.


Sebenarnya ada banyak perkara yang melibatkan salah laku didalam masjid dan ketika solat namun biarlah kita tumpukan pada perkara perkara ini satu persatu! Insya Allah.


Ikutilah ceramah Ustaz Azhar yang walaupun ada diselitkan unsur unsur lawak tetapi masih ada ilmu agama yang patut difahami dan dilaksanakan kita semua tanpa mengambil kira perbezaan fahaman politik sekular UMNO, PAS atau PKR?


Mudah2an ada manfaatnya bagi kita semua.


Insya Allah.

Post a Comment