Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, March 03, 2011

Anutan PAS ~ Hehehe...inilah jadinya bila politik disalahtafsir dengan agama


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sebenarnya artikel diatas sudah saya baca tempohari tetapi entah bagaimana penerbitan Bob Lokman yang menerangkan tentang keputusannya untuk 'menganut' PAS itu terlepas dari pandangan saya. :)

Bilamana saya singgah sebentar di laman Gelombang Wangsa Maju pagi tadi maka cerita tentang 'anutan' Bob Lokman tersebut terserlah menimbulkan pertanyaan akan cara beliau menulis tentang cause célèbre' terkini beliau?

Saya boleh faham akan keghairahan Bob Lokman untuk berhijrah dari alam penuh sensasi dunia artis ke dunia perjuangan 'Islam' namun Bob Lokman harus berwaspada dengan cara beliau menulis didalam blog beliau. 

Silap tulis seperti berkata bahawa ia 'menganuti' PAS boleh membawa kepada salahfaham tentang maksud sebenar beliau?

PAS adalah parti politik. Pemimpinnya adalah ahli politik. Islam adalah agama yang diperturunkan Allah kepada manusia yang mahu beriman.

Jangan sampai perjuangan politik sekular dianggap sebagai anutan seseorang yang mengaku Muslim.

Boleh membawa kepada penyelewengan akidah, bro!

Berhati hati lah wahai saudara saudari seIslam dengan ku. 

Kena sedar akan perubahan asas perjuangan sesuatu parti politik yang dahulunya memang mantap mahu menegakkan Syariah Allah kini sudah mula mahu duduk semeja dengan Pengerusi DAP Karpal Singh yang masih belum bertaubat dari cabarannya terhadap sesiapa sahaja umat Islam dibumi Malaysia ini untuk 'melangkah mayatnya jika mahu menegakkan sebuah 'Negara Islam' dibumi Tanah Melayu Malaysia ini!!!

Mereka yang dahulunya begitu tegar memperjuangkan penubuhan Negara Islam kini terkesima duduk terkedu disamping Karpal Singh yang tetap dengan pendiriannya menentang matlamat asal perjuangan PAS!

Tak ada dah semangat berkobar kobar seperti disuatu zaman terdahulu untuk membelasah membantai puak puak seperti Karpal Singh! 


Pada pandangan Nik Aziz, agaknya Karpal lebih mulia berbanding dengan puak UMNO yang sampai ke hari ini terus dimusuhi dan dicaci maki sebagai begitu begini. Wallahu'alam!


Kekadang bilamana berlaku keadaan seperti ini, maka saya teringat akan betapa benarnya apa yang dikatakan Niccolo Machiavelli didalam bukunya bahawa matlamat menghalalkan cara!


UMNO itu memang tak sesempurna mana tetapi jika dibandingkan dengan musuh musuh Islam seperti DAP, saya lebih rela untuk berusaha mentarbiyyah saudara seagama kita dari bersahabat dengan syaitan!


Makanya saya turut berduka bahawa para pemimpin PAS yang mengaku sebagai pejuang Islam sanggup menolak mereka (UMNO) mentah mentah dan tidak mahu langsong berdakwah samada secara terus ataupun dengan pendekatan apa sekalipun!


Bagaikan menurut resam pepatah 'Kera dihutan disusukan ; anak dipangkuan mati kelaparan!'


Saya tak berkuasa untuk mengarah sesiapa untuk berdakwah kepada mereka yang masih boleh ditegor dan dinasihati agar menegakkan Syariat Islam didalam ertikata sebenar benarnya tetapi saya tak sanggup untuk membuang masa berpelok sakan dengan musuh musuh kita yang nyata!



109:6
Transliteration
Lakum deenukum waliya deen
Sahih International
For you is your religion, and for me is my religion."
Malay
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".



Surah Al Kafirun Ayat ke 6


Apa apa pun saya ucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada Bob Lokman!


Mudah2an cerah masa depan!


Insya Allah!
Post a Comment