Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, March 26, 2011

Anwar Ibrahim ~ Ceramah di Taman Melawati ~ 'Reformasi' bergema kembali!!!


Anwar Ibrahim, pemimpin PKR berceramah menerangkan keadaan dirinya yang dituduh Rahim Thamby Chik dan 2 lagi rakannya sebagai terlibat didalam skandal seks bersama pelacur Cina dihadapan orang awam. Cara beliau berceramah mengingatkan kita kepada suasana di tahun 1998 bila beliau dipecat dari jawatan TPM dan lain lain kedudukannya didalam Kerajaan Persekutuan dibawah pemerintahan PM Tun Dr Mahathir.




Sejurus sesudah Anwar menghentikan ceramahnya selama 15 minit yang dibenarkan polis, maka bergema semula laungan 'Reformasi' oleh para penyokong beliau!!!
Bilamana Rahim Thamby Chik, seorang yang pernah dituduh merogol perempuan yang dibawah umur (gambar di atas) tampil dengan video seks yang dikatakan memaparkan Anwar ibrahim dengan pelacur Cina secara dirakam curi, maka saya berpendapat Rahim Thamby Chik dan rakan rakan nya didalam trio Datuk 'T' telah merosakkan sebarang kemajuan UMNO dan BN dibawah pimpinan Najib sejak PRU ke 12!
Rahim Thamby Chik dengan rakan rakannya bukanlah boleh dibanggakan sebagai mereka yang terkenal dengan kewarakan masing masing.


Silap besar!


Sekarang Najib pula yang kena tanggung natijah salah perhitungan Rahim Thamby Chik dan rakan rakannya.
Lim Guan Eng pernah masuk penjara hanya kerana ingin membela mangsa kerakusan nafsu pemimpin Kerajaan Negeri Melaka terbabit.


Bukankah ini semua telah menjadi sejarah negara?


Kenapa bangang sangat nak cuba memerangkap Anwar dengan cara kotor?


Hello brader, raplah jingga betul!


Apakejadahnya nak suruh 1Malaysia tonton video lucah?


Tak ada kerja lain ke bagi kita semua?


Bodoh betui!!! 


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak buat sial, tanggung saja natijahnya!!!
Orang lain yang berak tengah jalan, Najib Tun Razak pula terpalit najisnya!!!


Ish! Ish! Ish! Ish!


Kasihan.....
Post a Comment