Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, March 24, 2011

Dato ' T ' @ Three Stooges ~ Musketeers ~ Marang Perapu dedah diri daa..



Setelah Malaysian Insider pecahkan tembelang akan siapa dia dalang dalang disebalik episod video lucah yang dikatakan diterajui pemimpin ulung Pakatan Pembangkang, makanya seperti 3 ekor ular yang kepanasan akibat diperasap para pelapor media, keluar lah mereka ke sidang media 'menjelaskan' perkara.


Sesungguhnya bagi setiap rakyat dan pemantau hal ehwal politik dalaman negara, cara perkara ini dikendalikan ternyata luar dari kebiasaannya.


Oleh kerna pihak yang dibelakang tabir pendedahan video skandal seks yang heboh dicanangkan ke seantero pelusuk tanahair ini telah disebut dengan jelas tanpa berselindung lagi oleh portal Malaysian Insider sebagai mereka yang bertanggung jawab dengan pendedahan video seks ini, makanya mahu tidak mahu, mereka terpaksa lah mendedahkan identiti diri akan siapa kah dia 'Dato 'T' itu?


Dato 'T' yang saya cabar mendedahkan diri atau terima sahaja keadaan bahawa 'Dato 'T' itu tak ada t....r, rupanya mengaku sebagai 'Dato Trio' @ 3 Stooges pun boleh kata Tan Sri Rahim Thamby Chik, 3 Musketeers pun boleh..


Soalnya bilamana individu individu ini yang keluar dengan cerita dan berita yang ikut pandangan hukum hakam Islam sudah boleh dikira mengunjing darah daging saudara seagamanya sendiri, maka impak pendedahan sebegini dan dengan cara mereka ini, hilang kesan dan tak dapat diterima kebanyakan orang.


Teringat saya akan kisah budak dengan serigala. Riuh sekampung dok teriak 'Serigala! Serigala!' tetapi disebabkan orang kampung dah 'kenal' akan siapa dia budak itu, maka orang tak ambil peduli dan menurut cerita dongengan itu, si budak mati dibaham serigala akhirnya.


Jika 'Dato Trio' ni pikir bahawa strategi mereka menjadi dengan pendedahan akan apa yang dikatakan bukti salahlaku seks pemimpin pembangkang ini, saya rasa mereka salah perhitungan.


Yang akan menjadi mangsa perbuatan mereka ini tidak lain tetapi tetap UMNO dan BN itu sendiri.


Orang ramai tak akan ambil kisah sangat tentang salahlaku seks yang diperkatakan itu tetapi akan menuding jari memaki hamun organisasi politik yang ketiga mereka ini wakili.


Percuma saja PM Dato Seri Najib akan kena getah perbuatan Dato Trio ini. Anwar Ibrahim akan seronok lagi dan mendapat modal serta bukti baru bahawa ia menjadi mangsa konspirasi politik parti pemerintah padahal saya rasa tak mungkin pihak atasan UMNO dan BN mengetahui akan percubaan 'entrapment' ini?


Wallahu'alam tentang siapa dia sebenarnya teraju utama video seks itu tetapi bagi pendapat dan pandangan saya, langkah cuba mendedahkan video seks itu kepada penggiat media terlebih dahulu dan tidak dibuat laporan polis dan penyerahan bukti video terbabit adalah satu 'major screw up' yang sudah pasti akan membaham ketiga tiga ahlul politik yang masing masing ada alkisah tersendiri.


Seharusnya diserahkan saja pada polis tetapi alasan tidak berbuat demikian sepertimana dijelaskan oleh Dato Eskay itu sebenarnya menghina integriti pasukan polis negara kita sendiri.


Memang pihak PDRM tidak sesempurna mana didalam pengendalian kes kes seperti ini tetapi perbuatan membelakangi pasukan keselamatan dalam negara kita ini adalah satu perbuatan yang kurang cerdik pada hemat saya.


Kita tunggu sahaja akan apa pula yang akan berlaku selepas sidang media Dato Trio ini.


Siapakah yang akan kena getah seterusnya?


Yang kelakarnya Tan Sri Rahim siap nak menjemput Nik Aziz, Wan Azizah, Kit Siang, Karpal Singh, ketua ketua agama, NGO, dan sifu sifu parti parti politik untuk duduk bersama sama didalam satu Suruhanjaya Di Raja dan menonton 'blue film' tersebut bagi memastikan akan siapakah dia sebenarnya teraju utama misteri video seks tersebut?


Hallo brader....akai pi mana syeikh???


Betul betul hao siao!!!


Ingat filem penerangan agama ke yang nak disiarkan itu?


Apake halnya ni Yob?


Makin lama makin mereng merapu le ahlul politik negara ini!!!

Post a Comment