Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 02, 2011

Kemelut Akhir Zaman ~ Bila Muslim Bercakaran Sesama Sendiri ...

Masa silih berganti, namun umat Islam sedunia masih terus berperang sesama sendiri.


Negara negara Arab di Timur Tengah sedang bergolak dengan kebangkitan massa menentang para diktator didalam negara masing masing kerna sudah tidak boleh tahan lagi dengan belenggu kemiskinan yang mencengkam diri sementara para presiden, amir dan sultan mereka bermewah mewahan dengan limpahan rezeki dari sumber galian minyak petroleum yang sepatutnya di agih agihkan sama rata sama rasa sesama warga.


Didalam negara kita Malaysia, pergolakan diantara sesama Islam masih terus berlaku. Perbedaan fikrah dan pegangan politik menjadi api yang membakar silaturahim dan mengujudkan suasana permusuhan nyata diantara sesama bangsa dan pegangan agama. 


UMNO, PAS dan PKR merupakan parti parti politik Melayu yang berbeza dari segi perjuangan masing masing walaupun kebanyakan dari mereka terdiri dari sesama bangsa Melayu dan beragama Islam melainkan parti PKR yang diterajui keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia zaman Tun Dr Mahathir tetapi dipimpin bersama dengan ahli politik India dan Cina serta bangsa bangsa lain.


Suasana kehidupan warga Malaysia masih jauh berbeza dengan keadaan mereka yang sedang sengsara di negara negara Arab Timur Tengah. Manusia di sini masih mampu bekerja mencari rezeki masing masing dengan bebas berbanding dengan warga Mesir, Tunisia,Libya, Jordan, Yaman, Bahrain, Oman dan Arab Saudi yang terus dicengkan oleh aristokrat dan diktator yang hidup mewah berlimpah ruah sementara rakyat mereka dicengkam kemiskinan melampau terutamanya di Mesir, Tunisia dan Yaman.


Makanya rakyat mereka memberontak dan menggulingkan Presiden Husni Mubarak di Mesir dan Presiden Zein El Abidine di Tunisia. Negara negara Arab lain sedang terus bergolak terutamanya kini di Libya yang masih dicengkam diktatornya Presiden Muammar Gaddafi.


Berbalik kepada masaalah percakaran sesama ummah didalam negara kita Malaysia, PAS dan UMNO bagaikan mustahil mencapai titik persetujuan demi membela nasib umat Islam seMalaysia.


Para pemimpin masing masing masih terus keras kepala, saling tuduh menuduh dan terus bermusuhan sementara musuh musuh ummah memantau dan menanti retak menjadi belah!


Ada sesiapa diantara pemimpin PAS atau UMNO peduli?


Tunggu kucing bertanduk le jawabnya!


Para ulama dari kedua parti turut bercanggah pendapat dan sering mengeluarkan pandangan masing masing yang lebih memudaratkan keadaan umat Islam seMalaysia.


Para Sultan dan Raja Melayu terus membisu terhadap kemelut yang melanda ummah dan leka dengan kehidupan mewah masing masing. 


Semuanya terus dengan minda 'Mind Our Own Business' dan jarang ada dikalangan Baginda Tuanku yang benar benar serius mahu menyelesaikan masaalah ummah ini.


Saya cuma mampu berdoa agar akan ada insan dikalangan pemerintah negara ini yang akan berani tampil kemuka menyatakan yang hak dan mengambil tindakan terhadap mana mana pemecah belah umat ini dengan langkah langkah berasaskan perundangan yang mampu mengembalikan sekelian yang sedang berseteru supaya mahu berunding mencapai kata persetujuan memartabatkan Hukum Syarak dan Syariah Allah dari terus diperkotak katikkan oleh musuh musuh ummah durjana seperti DAP dan yang sewaktu dengannya!


Barangsiapa yang bersama sepakat dengan musuh musuh Allah usahlah mendabik dada mengaku mendapat persetujuan ulama itu dan ini yang hanya bagaikan menuang minyak kedalam api yang terus membara!


Bersekongkol dengan musuh durjana adalah mengkhianati perjuangan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam yang berusaha menyatupadukan umat Islam seduni apatah lagi didalam sebuah negara seperti negara kita Malaysia?


Saya menyeru kepada para pemimpin PAS dan UMNO supaya kembali kemeja perundingan dan berusahalah menyingkirkan sikap takbur dan riya' yang masih terus menebal didalam jiwa nurani masing masing mengeruhkan suasana dan ikatan silaturahim sesama Muslim!


Andainya tuan tuan terus bermusuh-musuhan sesama Muslim seperti sekarang ini, maka bersedialah menghadapi kehancuran ummah didalam negara ini kerna para musuh durjana hanya menanti untuk menjatuhkan kepimpinan Muslim pada waktu waktu terdekat ini.
Nak tunggu sampai umat Islam kita disembelih hidup hidup seperti diatas?


Jangan menyesal nanti bilamana 'Menang sorak ; kampong tergadai!'


Bawa bawa beringatlah pada mereka yang 'kubur kata mari; rumah kata melingkup pergi!'
Apakah ini yang kita mahu berlaku disini? Berperang tak sudah diantara PAS dan UMNO sementara PKR hanya mahu merampas kuasa dengan tidak ambil peduli langsung tentang nasib ummah?


PAS sudah meminggirkan isu perjuangan untuk menegakkan Daulah Islamiyyah kerna sudah mahu berpeluk sakan dengan para pemimpin DAP yang tegar menentang usaha sedemikian sehingga masih terus berkeras mencabar sesiapa sahaja yang menegakkan Negara Islam untuk melangkah mayat mereka terlebih dahulu!


Kita ini hidup diantara 5 waktu tuan tuan dan puan puan. Dok lorat sangat berebut kuasa politik sementara hanya akan menjerumuskan kita semua ke kancah perbalahan dan kemusnahan ummah!


Mungkin semua dah lupa akan penghinaan dan pembunuhan yang dilakukan keatas umat Islam kita dinegara jiran Thailand? 

Tak Bai masih terus menghantui fikiran kita yang risaukan keadaan sebegini berlaku disini. 


Dok lorat bergaduh sesama sendiri apakejadahnya wahai kamu para pimpinan umat Islam seMalaysia?


Bawa bawalah bertaubat!

Post a Comment