Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, March 07, 2011

Maksiat di persisiran Sungai Melaka, Majlis Agama Islam Melaka buat apa?(Updated)

Sekiranya anda ke kawasan tebing Sungai Melaka dan bersiar siar disana bersama pasangan anda atau dengan ahli keluarga, maka hendaklah anda berwaspada akan pasangan belangkas yang selalunya terdiri dari pasangan muda Melayu yang akan menurut tabiat belangkas didalam ertikata sebenarnya dikawasan laluan pejalan kaki disana!




Saya hairan akan sikap pasangan remaja Melayu yang semberono sahaja berlaku sumbang walaupun dikhalayak awam!
Sebaik lalu dikawasan tebing sungai Melaka itu yang disediakan tempat duduk untuk orang orang awam, saya terdengar pulak perbincangan diantara pelacur pelacur dengan bakal pelanggan masing masing yang dengan selamba menawar harga 'perkhidmatan' masing masing. Mereka tak segan silu bercakap dengan suara yang jelas kedengaran pada orang awam dan para pelancung yang berlalu lalang disana.

Saya ingin bertanya apakah pihak Majlis Agama Islam Melaka tidak memantau kawasan ini?

Jika tidak atau belum lagi, maka ini saya sarankan supaya pihak penguatkuasa MAIM menjalankan siasatan berkenaan gejala maksiat ini dengan segera.

Sayang seribu kali sayang, Melaka Bandaraya Bersejarah kini dicemari dengan perlakuan sumbang oleh pasangan remaja Melayu dan ditambah pula dengan kemaksiatan para pelacur secara terbuka dikawasan pelancungan ini.

Saya harap ada pihak yang berkenaan mengambil perhatian dan tindakan segera mengenai maksiat ini.
Post a Comment