Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 22, 2011

Video Seks 'Anwar' ~ Beberapa persoalan...

Ikutkan hati saya, memang tak teringin langsung untuk mengulas kontroversi terkini mengenai pertuduhan bahawa Anwar Ibrahim terlibat didalam skandal seks bersama seorang pelacur dan ada bukti rakaman video secara curi seperti heboh digembar gemburkan didalam media massa perdana dan laman laman blog.


Bilamana Anwar Ibrahim mengadakan sidang media mempertahankan dirinya seperti dijangka, saya jadi tak hairan. Saya juga tak boleh terima secara total video yang disiarkan oleh Malaysiakini seperti dibawah ini kerna ia nya telah disunting! 


Perhatikan klip klip yang telah disusun dan diolah sedemikian rupa oleh Malaysiakini. Ianya cuma memaparkan Anwar menjawab soalan soalan wartawan yang menunjukkan Anwar menjawab dengan elok. 


Namun apa sebenarnya yang telah disunting keluar dari rakaman sidang media ini?


Soalan soalan cepumas yang manakah telah dihilangkan dari rakaman ini?


Mungkin Anwar menggelabah ketika menjawabnya? Wallahu'alam!


Andainya tak ada benda yang akan menyabitkan diri tertuduh atau 'tersangka' seperti kelaziman laporan media negara jiran Republik Rakyat Indonesia, kenapakah rakaman ini disunting?


Ini persoalannya?





Beralih pula kepada soal kenapa diadakan sidang media di Seri Carcosa?


Kemudiannya hanya untuk tatapan ketua ketua pengarang media yang terpilih pula?


Dikatakan pula bahawa sidang media tertutup ini dikawal ketat oleh pasukan elit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia?


Pendedahan ini pula dikatakan dibuat oleh seorang kepercayaan Anwar Ibrahim bergelar cuma sebagai 'Dato T'?


Apakejadahnya semua ini???


Jika memang benar video seks itu menunjukkan Anwar Ibrahim, kenapa perlu dibuat semua ini secara misteri???


Dato T kepala atok dia sekiranya dia benar benar 'jantan' maka tampil lah kemuka dengan bukti bukti kamu!


Sekaffir kaffir Chua Soi Lek, dia berani mengaku akan kesalahan dia berzina. Padahal video yang dirakam itu tak jelas menunjukkan wajahnya dengan terang terang.


Maka jika dituduh oleh kem Anwar bahawa ini semua fitnah jahat yang terancang, kita sebagai warga Malaysia dan yang prihatin akan setiap sesuatu yang sedang dan telah berlaku didalam persada politik tanahair turut musykil akan cara pendedahan 'video seks' ini?


Macam ada benda yang tak kena dengan cara pihak 'Dato T' yang bacul ini keluar dengan berita yang ingin mencemar peribadi Anwar yang pada hemat saya memang sudah keruh dengan segala pertuduhan liwat sebelum ini.


Jika pihak pemerintah benar benar ingin menegakkan keadilan didalam ertikata sebenar benarnya, maka wajib pihak pemerintah berlaku tegas dan adil didalam menangani isu isu sensasi seperti ini.


Tidak boleh ada kesamaran didalam penguatkuasaan undang undang. Pihak pemerintah samada Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri mestilah berani menguatkuasakan undang undang sedia ada.


Jangan bermain tarik tali atau lempar batu sembunyi tangan!


Ini tugas dan tanggungjawab tuan tuan.


Rakyat tetap memantau dan memerhati episod episod politik semasa tanahair ini dengan penuh rasa ingin tahu akan arah tuju pihak pendakwaraya dan sistem keadilan negara ini!


Gentleman lah kalau nak menuduh!


Andaikata pihak yang bergelar Dato T ini tidak mendedahkan siapa diri ia sebenarnya, maka ada pepatah yang sesuai untuk orang seperti ini...


Dato T 'tak ada ..!!'


Grrrrrrr.......



Post a Comment