Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, April 20, 2011

Bible Melayu ~ Protes PEMBELA di Masjid Negara ~ Kurang sambutan! Mana perginya Pemuda UMNO dan PAS?

Saya berkesempatan hadir solat Jumaat di Masjid Negara tempohari. Seperti biasa, perkarangan masjid melimpah ruah dengan ribuan umat Islam memenuhi segenap pelusok masjid utama negara kita. 


Saya berasa syukur melihat begitu ramai sekali jamaah yang hadir solat Jumaat pada hari itu. 





Mungkin seramai ini sebab ada yang datang ke Masjid Negara semata mata mahu bersama sama dengan mereka yang mahu mengadakan protes dan bantahan terhadap isu Bible Melayu? Begitu kata hati kecil saya ini...


Pertubuhan pertubuhan Pembela Islam menganjurkan satu perhimpunan aman dan bantahan terhadap keputusan Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak mengalah terhadap desakan pertubuhan gereja gereja Kristian negara ini yang membawa masuk 35100 naskhah Bible Melayu ke dalam negara!


Sebaik selesai solat Jumaat, seperti biasa berkumpul orang ramai ke ruang hadapan pintu utama masjid. 


Ahli ahli PEMBELA pun membentangkan sepanduk  sepanduk mereka dan Dr.Yusri Ibrahim memulakan acara perhimpunan dengan berhujah melalui corong pembesar suara menyatakan bantahan PEMBELA terhadap keputusan Kerajaan Malaysia mengizinkan Gereja Katolik menuntut 35100 buah Bible Melayu untuk diedarkan di dalam Sabah dan Sarawak serta janji Najib untuk tidak lagi menahan edaran Bible Melayu dari mana mana penerbitan Kristian!


Saya terkilan kerana dari jumlah ribuan jamaah yang memenuhi segenap pelusok ruang masjid ini ketika solat Jumaat tadi, hanya lebih kurang 100 orang sahaja Muslim yang sudi tunggu sebentar mendengar hujah hujah dari para pemimpin PEMBELA!


Saya tak nampak Pemuda UMNO, Pemuda PAS, PEKIDA, PERKASA dan lain lain pergerakan yang kononnya adalah barisan kepimpinan Melayu dan Muslim!



Yang saya nampak hanya bekas Ketua Wira Perkasa Saudara Arman Azha Abu Hanifah yang turut bersama sama PEMBELA menyuarakan protes terhadap keputusan Dato Seri Najib memberi izin terbuka kini kepada para mubaligh Kristian terutama di Sabah dan Sarawak untuk melaksanakan misi mereka sesuka hati dari sekarang!


Najib turut berjanji tidak akan menghalang pihak Gereja Kristian untuk membawa masuk apa apa lagi bahan penerbitan mereka ~ hanya kerana sekarang musim pilihanraya kecil di Sarawak!


UMNO, PAS dan lain lain parti politik dan NGO Melayu Islam tak ambil peduli akan usaha PEMBELA untuk bangun membantah keputusan Najib!


Mereka kini lorat dengan kempen pilihanraya. Tak ada sangat umat Islam Malaysia ini yang ambil peduli akan protes serta perhimpunan yang di anjurkan PEMBELA tadi.


Saya rasa jika di adakan Konsert Jom Heboh di Dataran Merdeka tadi, mungkin tak akan ada ruang kosong dipadang itu kerana masyarakat Melayu Malaysia akan datang anak beranak memenuhi setiap inci kawasan berkenaan.


Siapa yang ambil kisah akan bantahan PEMBELA?


Tak ada sangat!


Mungkin sebab kebanyakan Melayu Malaysia mendapat Islam secara percuma!


Mereka tidak pernah melalui halangan getir untuk beragama dan beriman kepada Allah! Mereka tidak merasa sakit zahir dan batin sepertimana kebanyakan para muallaf yang terpaksa kadangkala bertarung nyawa hanya untuk mengucap 2 Kalimah Syahadah!


Mereka tidak pernah merasa kata nesta, maki hamun dan cercaan tidak sudah dari keluarga dan rakan taulan kerana memilih untuk memeluk Ad Deenul Islam!


Melayu Malaysia lebih suka berpesta pora menghabiskan masa dan wang ringgit untuk bersuka ria dari berpanas seperti ahli ahli PEMBELA dan segelintir umat Islam tengahari tadi menyatakan hak dan menyuarakan rasa tidak puas hati akan keputusan Kerajaan Malaysia untuk melutut terhadap desakan sebahagian pertubuhan Gereja Kristian Malaysia untuk terus melaksanakan agenda mereka untuk meracuni pemikiran kebanyakan Melayu Malaysia yang lebih gemar berhibur leka menghabiskan sisa usia dijalan yang dimurkai Allahu Ta'ala!


Saya rasa PEMBELA sedang berhadapan dengan kebanyakan umat Melayu yang kononnya Islam tetapi ramai dikalangan mereka hanya Islam pada nama sahaja.


Rata rata Melayu Malaysia yang hadir solat tadi bergegas keluar meninggalkan kawasan masjid tanpa peduli akan sekumpulan Muslim Malaysia yang berani berhimpun menyuarakan rasa terhadap perkembangan semasa!


Muslim kelas apa mereka ini?


Tak ada kelas langsung! Muslim Kiasu dan Muslim Kiasi! Cap Ayam!


Ramai yang berjanggut, berjubah, berkopiah tadi tetapi kebanyakan mereka menghilangkan diri, pergi meninggalkan para pejuang Islam dari pertubuhan pertubuhan Islam didalam Malaysia ini tinggal berjemur meneriakkan protes bagi pihak kebanyakan umat Islam negara ini yang tidak tahu menghargai usaha murni mereka ini.


Hanya para wartawan dan jurukamera serta jurugambar yang setia menanti, memberikan liputan berita kepada pucuk pimpinan PEMBELA tadi. Saya sungguh kecewa menyaksikan semua ini.


Siapa peduli akan masadepan umat Islam Malaysia?


Jika di ambil kira akan reaksi dan respons kebanyakan jamaah Jumaat Masjid Negara tadi, masa depan Islam di Malaysia amat buruk sekali!


Islam di Malaysia akan jadi seperti di Bosnia Herzegovina suatu ketika dahulu. Masjid mungkin akan hanya tinggal menjadi muzium sahaja.


Kualiti umat Islam negara ini hanya tinggal kulit sahaja.


Isinya semakin hampas dan tak ada rasa.


Islam ikut suka masing masing.


Drama swasta saja lebih.


Pengisian tak ada!


Gone case!


Khalas!
Post a Comment