Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, April 20, 2011

'Dari protes isu Bible depan masjid, lebih baik pergi berdakwah di Hulu Sarawak!'

Demikian lah akhir kalam seorang pembaca blog saya dari Sarawak!


Amat tepat sekali kata kata nya dan saya setuju dengan saranan rakan blogger saya ini yang mengaku masih kekal setia beragama Islam dan tetap mengerjakan segala suruhan suruhan Ad Deenul Islam walau beliau membesar disekitar para penganut Kristian di Bumi Kenyalang sampai ke saat ini.


Saya paparkan disini intipati komen beliau sebagai balasan kepada artikel saya sebelum ini yang mempersoalkan akan kemanakah pergi para pemuda UMNO dan PAS Jumaat sudah semasa PEMBELA mengadakan demonstrasi aman dan bantahan terhadap keputusan Kerajaan Malaysia dibawah perintah Dato Seri Najib Tun Razak meluluskan pengedaran 35,100 naskhah Bible yang dicetak didalam Bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak?


Inilah komen beliau :


"Assalamualaikum...Saya dari Sarawak dan kami di Sarawak ni sebenarnya tak berapa pasti sangat apa isu yang sebenar di sini?


Mungkin kerana masyarakat Melayu Islam di Semenanjung yang tinggal berasingan dan mengasingkan diri dari masyarakat agama lain dan bangsa lain menyebabkan hal ini.


Saya ada bercakap dengan sahabat saya dari agama Kristian tentang isu Bible dalam bahasa Melayu (padahal bahasa digunakan dlm Bible ini 80 % bahasa Indonesia)..


Apa yang menyebabkan kerajaan takut sangat nak melepaskan Bible ke dalam bahasa Melayu ini??


Adakah Kerajaan takut sangat masyarakat Islam murtad keluar agama selepas membaca Bible ini?


Adakah takut masyarakat terkeliru dengan Bible ini...??


Apa yang ditakutkan sangat oleh pemimpin Kerajaan dgn masyarakat kristian yang mengajar di gereja dgn bahasa melayu..?? 


Saya quote sikit dari seorang ustaz dalam satu ceramah "masyarakat islam di negara kita ini tidak berminat untuk mengetahui tentang agama lain..padahal orang agama lain mempelajari agama kita


Jadi apa salah kita nak belajar atau mengetahui agama lain untuk tujuan dakwah dan persediaan sendiri ?


Saidina Ali bahkan ada mengatakan "aku belajar mengenai kejahatan bukan untuk aku belajar menjadi jahat bahkan untuk mengelak kejahatan...


Sebagai masyarakat Sarawak ,saya dari kecil lagi sudah biasa dgn keadaan berkawan dgn masyarakat pelbagai agama terutama dari agama Kristian,bahkan dari kecil saya pernah membaca Bible baik dari English version,bahasa Melayu(padahal bahasa Indonesia) dan dari bahasa Iban...


Hari ini masih lagi saya solat,berkalimah shahadah dan memahami apa itu agama Islam, batasnya dan apa agama Kristian?


Ketika kenduri sahabat keluarga dan sahabat saya yang beragama Kristian saya ada mendengar menggunakan nama Allah tapi taklah melenting terus.


Isu pengharaman Bible bahasa Melayu ni satu sebab yang kabur dan tak tahu apa sebab musabab yang pasti?


Dari buat demonstrasi depan masjid, baik pergi ke hulu hulu Sarawak, berdakwah kepada masyarakat Dayak yang belum ada agama..ada juga faedah dan pahala.."


Demikian luahan hati seorang warga Bumi Kenyalang yang kecewa dengan keadaan isu Bible ini dikendalikan Kerajaan Persekutuan di Malaysia.


Saya sebenarnya sudah lama berfikir perkara yang sama.


Apa faedahnya kita terpekik berteriak menyatakan itu dan ini tetapi ternyata tidak merubah keadaan sekarang dimana nampak sangat akan kerapuhan iman dan akidah mereka yang kononnya umat Islam dan berbangsa Melayu?


Apakah iman dan akidah orang orang Melayu Malaysia sebegitu lemah sekali dan tidak dapat bertahan seandainya didatangi para mubaligh Kristian yang fasih berbahasa Melayu dan tahu membawa diri dikalangan masyarakat Melayu?


Contoh yang ingin saya kemukakan adalah mubaligh Kristian aliran Mormon seperti Ben 'Si Gigi Putih' Bradshaw, 'Belacan dan Paku'.



Mereka ini adalah mubaligh mubaligh Kristian dari Amerika Syarikat yang mempunyai beratus ribu pengikut Facebook serta amat popular dikalangan masyarakat Melayu seMalaysia.

Apakah sudah murtad sekelian peminat dan pengikut Ben Bradshaw, Belacan dan Paku?


Kenapakah harus wujud keadaan dimana Melayu Malaysia boleh dikhuatirkan akan cepat terikut ikut agenda mubaligh Kristian hanya kerana bahan bacaan gereja mereka dicetak didalam Bahasa Melayu?


Bagaimana sekiranya selepas ini para sami Hindu menerbitkan pula ajaran ajaran kefahaman mereka didalam Bahasa Melayu?


Apakah akan murtad pula sekelian Melayu yang terdedah kepada bahan bahan penerbitan Hindu yang dicetak didalam Bahasa Melayu?


Dimanakah terletaknya kemantapan iman dan akidah umat Islam Melayu di Malaysia?


Pelbagai persoalan seperti ini sudah pasti akan timbul berikutan isu Bible yang dicetak didalam Bahasa Melayu.


Apakah selepas ini Melayu akan mula meninggalkan Agama Islam hanya kerana dunia sekarang sudah tidak bersempadan lagi dari segi kemudahan berkomunikasi dan realiti bahawa segala macam maklumat kini mudah dan bebas dicapai oleh mana mana sahaja individu yang mempunyai kemudahan komputer riba, telefon pintar dan internet?


Bagi saya, sangkaan sebegini sebenarnya adalah suatu penghinaan terhadap kecekalan mental dan emosional serta kewarasan daya fikir orang orang Melayu yang rata ratanya menganut Ad Deenul Islam yang teramat suci.


Masyarakat Melayu tidaklah sebegitu mudah meninggalkan ajaran murni Al Islam dan pergi meyakini akan tohmahan bahawa Allahu Rabbul Alamin itu mempunyai anak!


Jika adapun Melayu yang telah murtad dari agama Allah, mungkin sekerat dua seperti Azalina Jailani @ Lina Joy yang sebenarnya dahagakan kasih sayang dan perlindungan seorang yang bergelar 'suami'.


Sebelum ia murtad, dari apa yang saya dengar tentang latarbelakang beliau adalah beliau tidak ada teman lelaki dan keadaan mempertemukan ia dengan lelaki mubaligh Kristian Katolik berbangsa India yang telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap kebajikan Azalina selepas mereka terlibat didalam satu kemalangan jalanraya.


Kasih sayang!


Satu satunya perhubungan kejiwaan yang amat diperlukan setiap makhluk ciptaan Allahu Ta'ala.


Bilamana kita ketandusan kasih sayang didalam kehidupan kita, maka dunia ini terasa suram dan sunyi sepi.


Walaupun kita berada di khalayak lautan umat manusia, tanpa kehadiran seorang insan istimewa yang menyayangi kita seadanya, maka dunia ini tak akan memberi sebarang makna bagi kita.


Ikatan perhubungan diantara seorang lelaki dengan seorang wanita dan disebaliknya membawa seribu satu harapan dan erti kepada keujudan kita di alam fana ini.


Makanya harus kita sedar dan berusaha sebaik mungkin untuk mencari sinar bahagia didalam kehidupan masing masing dengan menyemarakkan unsur unsur kasih sayang sesama kita dengan insan insan yang sesuai dan sekepala dengan kita.


Dakwah al Islamiyyah seharusnya berteraskan kasih sayang dan di usahakan oleh setiap warga Melayu Malaysia dengan menggunakan sebaik mungkin akan segala kemudahan dan daya upaya yang ada.


Selalunya kita akan berkumpul beramai ramai dan memberikan ruang dan peluang kepada nafsu amarah kita menguasai jiwa.


Tidak ada sekelumit pun tempat bagi kasih sayang berputik didalam hati nurani kita. Sebaliknya kita dikerah untuk berlaku kasar dan menggerunkan pihak 'musuh'.


Apakah ini yang di ajar didalam agama kita?


Butakah kita semua akan perintah tetap Allahu Rabbul Alamin supaya kita menyeru akan sekelian manusia ke jalan Nya dengan penuh hikmah, bijaksana dan dengan cara sebaik mungkin seperti maksud ayat ke 125 Surah An Nahl :



16:125
Transliteration
OdAAu ila sabeeli rabbika bilhikmatiwalmawAAithati alhasanati wajadilhumbillatee hiya ahsanu inna rabbaka huwa aAAlamubiman dalla AAan sabeelihi wahuwa aAAlamu bilmuhtadeen
Sahih International
Invite to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly] guided.
Malay
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Jika dibandingkan dengan cara orang orang kaffir Kristian menjalankan misi dan agenda mereka untuk mengajak umat manusia untuk bersama sama mereka mempertuhankan konsep Trinitas 3 Tuhan didalam 1, yang tidak masuk akal bagi setiap Muslim yang berpegang teguh dengan Tali Allahu Ta'ala dan tetap dengan akidahnya, memang kalah kebanyakan mereka yang konon nya orang orang warak dan alim.


Kalah di atas faktor kurangnya ruh kasih dan sayang didalam jiwa jiwa yang mendakwa diri sebagai zuhud dan istiqomah mempertuhankan Allahu Rabbul Alamin!


Kita kena terima hakikat ini.


Para ulamak kita kebanyakan mereka ketandusan senyuman angkara membiarkan diri terasing dari jamaah didalam ertikata sebenar.


Ada sempadan sempadan riak dan ujub yang terbentuk diantara mereka dengan jamaah angkara segelintir para pengampu dan penentu akan siapa dia yang dapat bersama sama dengan ustaz dan ustazah didalam apa yang kita semua faham sebagai 'lingkaran dalam' @ 'inner circle' seseorang da'i dan da'iyah Allah itu.


Selalunya para ilmuan Islam ini akan ada suatu golongan yang rapat dengan mereka dan terhijab dengan orang orang awam lain.


Kita sibuk memprotes akan kekhilafan Kerajaan Malaysia pimpinan Najib tetapi kita alpa dengan ketiadaan usaha sebenar dari diri kita sendiri untuk merubah keadaan kekafiran yang sedang berleluasa di Sabah dan Sarawak hasil dari usaha pihak gereja gereja Kristian menanam kasih sayang sebagai sulaman aktiviti mubaligh mereka dikalangan warga pribumi disana.


Boleh dikatakan umat Islam Malaysia terutamanya orang orang Melayu hanya pandai menunjukkan kasih sayang dan prihatin terhadap para pelancung asing yang melawati negara kita tetapi mengambil sikap dingin sesama kita.


Mana tidaknya Malaysia di iktiraf sebagai negara ke9 paling mesra dengan para pelancung asing didunia?


Kita ini masyhur dengan sikap 'kera dihutan di susukan ; anak di pangkuan mati kelaparan!'


Dengan orang lain, kita boleh mesra sampai lupa diri tetapi dengan sesama Islam, maka kita terkenal pula dengan virus 'P.H.D'


Penyakit Hasad Dengki.


Suatu gejala yang memang terbukti teramat subur dikalangan masyarakat kita yang kononnya menganut Agama Islam.


Penyakit ini ditabur baja 'Prasangka Buruk' terhadap mana mana pihak yang sebangsa dan seagama dengan kita disebabkan ujudnya mereka yang boleh diumpamakan sebagai 'Harapkan pagar ; pagar mentekedarah padi!'


Sengaja saya melebihkan kesan terhadap maksud peribahasa lama ini sebab memang umat Melayu Islam dewasa ini semakin tidak berhati perut didalam menurut gejolak hawa nafsu masing masing!


Melayu sudah terkenal dengan sikap 'haruan makan anak!'.


Tak kira lah samada silaknatullah terbabit adalah seorang datuk tua bangka nak mampos atau seorang yang lumpuh sini dan sana tetapi kalau bab seks, maka si harami terlibat tak akan ambil peduli samada yang diperkosa nya itu adalah anak kecil sendiri, cucu atau siapa sahaja!!!


Janji ia dapat melampiaskan nafsu serakahnya sepuas hati!


Alang alang menyelok pekasam, biar sampai kepangkal lengan.


Orang orang seperti ini tidak patut dibiarkan terus hidup. Mereka harus dihapuskan dari ujud di bumi Allah ini.


Namun, apalah malangnya nasib kita semua. Berketua kerajaankan dua sepupu yang tidak bertunjangkan semangat perwira dan hanya lebih kepada menang sorak ; kampong tergadai!


Nak harapkan 'Semangat Jebat'?


Tunggu sajalah kucing bertanduk.


Saya tak boleh mengharapkan sesuatu keajaiban didalam waktu waktu terdekat ini untuk melihat sebarang perubahan ketara dikalangan pucuk pimpinan yang ada.


Toleh kesini nampak semuanya kucar kacir sahaja dikalangan mereka yang kononnya para pemimpin kita.


Alih kesana tidak kurang simpul serabutnya. Sama serupa dengan puak puak sebelah sini cumanya slogan dan temberangnya lain susunkata. :(


Maka berbalik semula saya kepada tajuk penulisan kali ini.


Sekelian pencinta Ad Deenul Islam, wajar melakukan anjakan paradigma dari terus berotak protes kepada fikrah Dakwah al Islamiyyah secara praktikal.


Ayuhlah kita berganding bahu, berkumpul tenaga dan dana, pergi bertandang ke bumi Kenyalang, menyeru akan mereka yang masih belum beragama supaya  bersama sama kita menyaksikan bahawa ' Tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala'.


Mudah2an dapatlah kiranya kita menghabiskan saki baki hidup ini di jalan Ia dan tidak hanya sekadar menghabiskan masa, uang dan tenaga didalam protes protes itu dan ini sahaja yang belum tentu menawan hati sang kaffir mengEsakan Ilahi Rabbi!


Amin. Ya Rabbal Alamin.


Zaman saya aktif berdakwah di Pulau Pinang bersama rakan rakan seperjuangan aktivis Islam.


Mampukah saya suatu hari nanti menjejakkan kaki di Sabah dan Sarawak untuk melaksanakan impian Dakwah al Islamiyyah saya ini?

Mudah2an di permudahkan Allah suatu hari nanti.

Amin.

Semoga Damian Darus, cucu saudara saya ini akan membesar dengan sempurna dan menjadi seorang Da'i Allah setelah dewasa dan berjaya didalam tuntutan ilmu dunia dan akhirat ia nanti.

Amin Ya Rahman, Ya Rahim.










Post a Comment