Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, April 10, 2011

Kosmo berniat jahat terhadap pelaksanaan Hukum Syariah di Acheh???

Sejak dari dulu lagi saya perhatikan cara dan gaya suratkhabar tabloid ini membawa mesej dan berita yang tidak membantu mentarbiyyah ummat Islam seMalaysia.


Dari menonjolkan berita dan cerita yang mendedahkan aurat wanita yang bekerja didalam bidang hiburan seperti drama dan filem serta nyanyian, akhbar Kosmo ini teramat gemar memperdagangkan imej imej dan paparan visual yang mengetengahkan wanita wanita terbabit didalam keadaan aurat mereka terdedah pada tatapan umum.


Tajuk akhbar Kosmo semalam membuatkan saya sakit hati kerana cara akhbar ini meletakkan tajuknya!


Azab rotan cara Acheh!


Apakejadahnya cara Kosmo melapor sebegitu?


Laporan di Kosmo Online disini berbeza dengan laporan akhbar cetak.


Apa maksud editor akhbar ini meluluskan tajuk yang jelas mempersoal atau merendahkan martabat hukum Syariah di Nanggroe Acheh Darussalam, Republik Rakyat Indonesia?


Sudah terang lagi bersuluh bahawa akhbar Kosmo ini ada agenda mempertikaikan dan memperkecilkan usaha satu satunya wilayah yang diduduki umat Islam diserantau Asia ini yang mendaulatkan hukum Syariah Allahu Ta'ala!


Kita kat Malaysia ini hanya mendapat hukum Syariah yang dicairkan dan tidak menepati hukum hakam Allah yang sebenarnya.


Di Banda Acheh, baru dilaksanakan hukum sebatan yang cuma paling maksima 9 rotan sahaja keatas penzina padahal hukum sebenar Syariah menetapkan 100 kali sebatan ke atas penzina yang masih bujang dan hukum rejam sampai mati keatas mereka yang sudah berkahwin tetapi didapati bersalah berzina dengan keadaan sedar dan rela.


Aleh aleh Kosmo keluarkan tajuk akhbar seperti ini. 


Muslimkah para pengarang Kosmo atau berjiwa selaku orang orang kaffir berselindungkan label 'Islam'?


Di akhirul zaman ini, sepatutnya akhbar dan media massa yang dimiliki dan diterajui orang orang Islam berusaha membantu menerangkan tentang ketepatan hukum hakam Syariah Allahu Ta'ala untuk kebaikan dan kesejahteraan umat manusia bukannya di adudombakan akan ia.


Barangsiapa yang mempertikaikan atau memperlecehkan Syariat Allah padahal ianya mengaku beragama Islam, maka perlu muhasabah akan dirinya sendiri dan memeriksa akan intipati akidah Islam yang di anutinya?


Jika jahil atau kurang faham, maka sepatutnya bertanya pada alim ulamak yang beratus ribu masih hidup didalam negara kita bukannya semberono saja meletakkan tajuk akhbar yang jelas mempertikaikan atau menghina Ad Deen kita!


Nanggroe Acheh Darussalam di utara Sumatera adalah satu satunya wilayah yang dibawah perintah Syariat Islam. 


Saya bersama rakan rakan seperjuangan saya didalam Persatuan Peguam Muslim Malaysia berkesempatan membuat lawatan sambil belajar 3Hari 2Malam disana tahun sudah. Ada laporan saya disini dan disini juga.


Alhamdulillah, mereka sedang berusaha sedaya mungkin memartabatkan hukum Syariah Allah di dalam wilayah autonomi Acheh.


Sepatutnya kita sokong mereka ; bukan memperlecehkan pelaksanaan syariat Allah Subhanahu Wa Ta'ala! 


Saksikan bagaimana akhbar Jakarta Globe melaporkan perkara yang sama disini. Lebih profesional dan adil gayanya.


Bawa bawalah bertaubat wahai pengarang akhbar berkenaan.


Mudah2an diwaktu akan datang tidak tersasul lagi!


Insya Allah!

Post a Comment