Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, April 30, 2011

Solat 2 Imam dan Mencemar Masjid dengan Huru Hara Nafsul Amarah!


Amat memalukan dan menyakitkan hati melihat manusia manusia yang kononnya umat Islam mencemar kesucian masjid dan menimbulkan huru hara didalam ruang solat masjid dan di-ruang persekitaran Masjid Amru Al As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur semalam seperti dipaparkan didalam video di atas!


Kenapa sampai begini jadinya kekalutan umat Islam Malaysia? Tak kiralah samada penyokong parti manapun, bukankah masing masing mengaku diri sebagai umat Islam dan umat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam?


Jahil sangat ke akan hukum hakam dan adab memasuki masjid? Tidak pernah belajar ke atau tahu tentang tatacara berada didalam masjid?


Mana mana masjid adalah Rumah Allah! Beginikah kelaku orang orang Melayu Malaysia yang mengaku Muslim?


Mana perginya akal dan pertimbangan golongan yang menghuru-harakan Masjid Amru Al-As semalam?


Janganlah kerana perbezaan perjuangan politik masing masing, sehingga sanggup berteriak, menjerit jerit, tolak menolak dan kata mengata sesama Islam!


Tak malu kah dengan Allahu Ta'ala?


Dan bagaimana pula sampai terjadinya solat 2 Imam?


Apakah tidak ada dikalangan ratusan malah ribuan orang orang yang mengaku diri sebagai Islam dan berilmu pengetahuan bertaraf Imam dan Ilmuan Agama yang hadir disana semalam untuk menegur, memperbetulkan kejahilan golongan yang solat berimam kepada 2 orang seperti terbukti didalam video diatas?


Sumpah Laknat yang hendak dilakukan sesiapa pun untuk mengukuhkan tuduhan keatas diri sesiapa akan memakan diri sendiri sekiranya ia adalah suatu tuduhan berunsur fitnah!


Ianya adalah satu keyakinan dan diantara cabang beriman terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sekiranya orang yang bersumpah itu sedar akan natijah bersumpah palsu maka ianya harus bersedia menerima Laknat Allah terhadapnya sebaik selesai upacara bersumpah itu.


Namun oleh kerana manusia sekarang yang hidup di Akhirul Zaman sudah tidak ambil peduli akan perlunya kita menjaga adab dan kesopanan semasa berada diperkarangan dan didalam masjid maka berlakulah peristiwa kelam kabut seperti huru hara semalam di Masjid Amru Al As.


Ada pula berita disini bahawa yang datang duduk bersyarah sekejap dihadapan 3 manusia yang menggelarkan diri sebagai Dato Trio itu adalah seorang yang bernama Firdaus Sopi menyamar sebagai Imam masjid dan kemudiannya dikenalpasti oleh AJK masjid lalu diarah bangun dari terus menghadap 'Dato T' bertiga dan digantikan dengan imam masjid sebenar!


Entahlah tuan tuan dan puan puan, saudara saudari sesama Islam, kita sedang menghadapi kelam kabut angkara manusia manusia Akhirul Zaman yang sudah tak ambil peduli akan halal haram perbuatan mereka!


Saya hanya mampu berdoa dan berharap bahawa mereka yang diberi kuasa dan di amanahkan untuk memimpin umat ini akan benar benar menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka untuk menjaga dan memelihara masyarakat Melayu Muslim didalam negara ini agar tidak tersasar menyimpang jauh dari apa yang diperintah Allahu Ta'ala dan di anjurkan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam!
Post a Comment