Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 26, 2011

Bila Mamak membela Melayu! Musuh Islam seMalaysia sakit hati bukan main!

Assalamualaikum. Selamat sejahtera warga seTanah Melayu nan tercinta ini.



Hari ini saya terpanggil untuk membuka cerita yang kebanyakan kita segan nak berbicara kerana takut dituduh tak prihatin akan tersentuhnya jiwa sekelian mereka yang bergelar diri sebagai 'Melayu' padahal salasilah diri berpaksi kepada tanah asal masing masing yakni dari benua India.

Bilamana saya memeriksa 'sitemeter' blog saya pagi ini, saya terlihat pautan kepada blog ini yang sejak azali memang menentang keras terhadap perjuangan orang orang berketurunan India Muslim seperti saya ini. 



Blogger harami ni ada memautkan cacian terkininya pada seorang blogger 'melayu' lain yang mempersoalkan ahlul politikus berketurunan India Muslim seperti Dato Azeez dan Dato Reezal, orang orang kuat UMNO! Tu tak kira lagi Ketua Wanita UMNO sekarang Dato Seri Shahrizat Jalil, orang senegeri dengan saya. :) Hidup Dato Shahrizat!!!


Puak puak Hindu dan Kaffir lain dah lama menaruh dendam terhadap satu satunya Blogger 'Mamak yang Terlampau' seperti Mahaguru58 ini. 


Parti parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS turut 'bengkek hati' bilamana saya menulis memperjuangkan 'Ketuanan Melayu' dan seringkali berani menegur Duli Duli Tuanku Sultan Sultan Melayu yang saya amat hormati dan kasihi. 


Daulat Tuanku! Allahu Akbar!!!


Saya tegur kerana saya kasihkan Duli Tuanku sekelian dan mahu Baginda Tuanku berkenaan kembali berdaulat didalam ertikata sebenar benarnya dan membela nasib umat Islam seMalaysia dari serangan perang saraf harami harami sekelian yang dok menghuru-harakan Tanah Melayu ini!


Tak ada maknanya saya lahir, membesar dan terus hidup di Tanah Melayu ini sekiranya saya tidak menghiraukan akan nasib bangsa Melayu yang mewarisi Tanah Semenanjung ini!


Saya anak jati bumi Negeri Pulau Pinang. Membesar di perkampungan Melayu, Jelutong Timur.


Bersampan, memancing ikan diperairan Selat Pulau Pinang bersama sama kawan saya Wan Ali di persisiran pantai Jelutong.



Membesar bersama sama Arwah Che Mat Sabor, Nordin, Abu, Ali Fatah, Lan Chandu, Din Korek, Uzair, Iqbal, Pawanteh dan ramai lagi.


Mengorat anak anak dara Melayu yang kami 'dok ushar dan pedor' sejak meningkat remaja pada zaman tahun 70an dan menjelang dewasa. Saya mengaji dengan Tok Guru Tok Guru Melayu seperti Arwah Tok Hawa dan Tok Achi. Turut mempelajari ilmu pertahanan diri di Perguruan Persilatan Pasak Padang. Zaman 70an.



Kami masyarakat Pulau Pinang memang tak berbeza sangat diantara satu sama lain. Ahli ahli keluarga kami ramai yang berkahwin campur antara Melayu dengan Mamak.


Mamak ni adalah satu gelaran terhormat sempena ujudnya dahulu kaum India Muslim yang menjadi Bendahara di zaman Kesultanan Melayu Melaka!


Gelaran kehormat 'Mamak Bendahara'. Tun Muhammad Tahir @ Tun Mutahir berketurunan India Muslim. Bukan 'cokia' punya pangkat dan kedudukan tu.


Bendahara zaman itu adalah sama taraf dengan Menteri Besar atau Perdana Menteri zaman lani.


Jadi puak puak yang dok sakit hati, hasad dengki macam nak mampos dengan kami berketurunan Mamak jangan dok buat leceh, syeikh!


Mamak bukan sembarangan Mamak! Kami tak lorat jadi 'Haruan makan anak' macam sebilangan besar penjenayah perogol Sumbang Mahram yang nama sahaja 'Melayu' tetapi perangai mengalahkan Jin Ifrit dan Iblis Laknatullah Wal Haram Jadah!!!


Jadi sebelum dok menghina keturunan Mamak, bawa bawa muhasabah diri masing masing yang berasal dari keturunan lanun musibat mana entah???


Saya bersabar sudah sekian lama memerhatikan pencacai pencacai bersifat Dajjal Harami asyik memperlekehkan kaum Mamak sepanjang zaman.


Puak puak pencaci ini tidak mulia tara mana syeikh jika kita semak dan kaji salasilah diri masing masing yang 'hidung tak mancung; pipi tersorong sorong!'


Nak terasa sampai ke ulu hati, aku peduli apa??? Ada aku kisah??? :P


Pulang paku buah keras beb!


Kalau Dato Aziz Putera UMNO boleh lah dia bersabar, sanggup terima penghinaan mangkok mangkok hayon yang ada kat Kota Bahru tempohari ~ 'Melayu' Kelantan yang buta adab, tak ada sopan dan santun, perangai mengalahkan Yahudi Laknatullah, tak reti bahasa menghina tamu yang datang bertandang ke negeri mereka!


Kalau Dato Reezal Naina Merican, boleh dia telan sebab tak nak menyentuh jiwa jiwa Melayu haprak yang sanggup menghina Sultan Sultan Melayu dengan menggelarkan Baginda Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dengan gelaran 'Natang' semata mata berebut kuasa politik di UMNO Terengganu tidak berapa lama dahulu!


Tetapi daku 'Mamak yang Terlampau' menyayangi warisan Melayu sebab aku tak kenal dan tak tahu akan apakah itu budaya India Muslim kerana lahir dan membesar di Tanah Melayu ini tak akan berdiam diri, memekakkan telinga, membutakan mata melihat segala kemungkaran dan kemaksiatan yang 'sebilangan kecil' ataupun besar 'Melayu' tahi kucing yang sanggup mencerca, menghina, memaki hamun sesama Muslim dan sesama Melayu hanya kerna berebutkan kuasa politik, pangkat dan kedudukan duniawi yang terlalu bersifat sementara ini!


Daku berkata berani kerana benar! Daku menulis kerana tanggungjawab ku sebagai seorang Muslim demi Allah dan Rasul.


Aku tak hairan dengan manusia manusia yang didalam hati sanubari mereka bersarang penyakit mazmumah dan PHD!


Bukan PHD dari hasil pembelajaran akademik mereka di universiti tetapi dari Penyakit Hasad Dengki yang memakan jiwa, menggelapkan minda dan menjahanamkan saki baki rasa sedar diri bahawa ia hanya seorang makhluk biasa! Dah sebati dengan jiwa mereka yang mengaku diri sebagai 'Melayu'.


Hello brader! Bilamana dah mati dan sudah dikebumi, Malaikat Munkar dan Naqir Alaihis Salam tak akan ambil 'port' samada u ni Tengku ke Tuanku?


Dato Seri ke Tan Sri?


Professor Tahi Kucing ke atau Pak Mat YB Kedai Kopi?


Mereka tak akan tanya akan berapa u simpan dalam akaun ASB?


Mereka tak akan tanya tentang u Dato ini ke Dato itu?


They don't give a shit about whoever the hell u are or claim to be!!!!


Munkar dan Naqir akan bertanya , 'Maa Rabbuka?'


Faham ke tidak syeh?


Bukan 'Mat! Rabunkah?


No! No! No! Brader...tadi tu soalan..


Maksud soalan adalah 'Siapa Tuhan kamu?


Mereka tak akan peduli samada u ni keturunan Bugis ke atau Banjar?


Jawa ke atau orang Minang?


Melayu asli ke atau Melayu istilah?


Awatlah lorat sangat harami harami ini bila tengok sesama Islam ada pangkat dan kedudukan sedikit, maka menggelegak sakit hati, dengki, hasad, kaudu tengok orang lain maju dari depa?


Hello syeh! Segala pangkat, kedudukan, harta benda, pakaian indah indah ni semua tak boleh bawa masuk ke kuboq wahai yakpur salam!


Nasib le kalau sedaq diri sebelum mampoih! Jika tidak sumbat saja pangkat dan gelaran duniawi kamu kedalam liang tubuh kamu yang ada sebelum kebumi, no..


Yelah, kot kot lah Malaikat Munkar dan Naqir nak peduli tentang Dato'ship u ke hape? Kan? Kan? Kan? Tiu.....


Cuba baca apa yang mantan Mufti Perlis tulis di bawah ini:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Melayu Dan Mamak Penang(Sempena Sambutan Maulidurrasul) oleh: Prof Madya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin 


Sumber


Isu perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik. Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut.


Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat. Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal.


Antara yang berpegang dengan tarikh ini al-Syeikh Safiyy al-Rahman al-Muabarakfuri iaitu penulis kitab Sirah terkenal Rahiq al-Makhtum. Di samping di sana ada beberapa tarikh lain yang disebut oleh pengkaji sejarah yang lain. Kegagalan untuk memberikan tarikh yang disepakati itu antaranya berpunca dari para sahabah, tabi’in dan tabi al-tabi’in atau disebut generasi salafus soleh tidak merayakan Maulid Nabi s.a.w.


Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) mencatatkan bahawa cadangan agar tarikh Maulid Nabi s.a.w dijadikan tarikh kiraan tahun Islam pernah dibuat kepada ‘Umar bin al-Khattab. Namun beliau tidak menerimanya.


Kata seorang pengkaji Sirah yang juga merupakan tokoh politik dan Ahli Parlimen Jordan, Dr Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris:


“Pada pendapat kami –Allah lebih mengetahui-, hikmah di sebalik penolakan Umar itu kerana beliau mempelajari dari Rasulullah s.a.w agar kita berbeza dengan Yahudi dan Kristian. Orang Kristian menentukan tarikh berdasarkan kelahiran Nabi Isa bin Maryam a.s. Mereka berlebihan dalam memuji dan membesarkan baginda sehingga sampai ke peringkat ketuhanan. Mereka kata: dia anak Allah, kadangkala “dia Allah” dan dia satu dari yang tiga.


Tujuan ‘Umar itu agar orang Islam tidak terjatuh seperti Kristian dalam berlebihan membesarkan Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji baginda. Sabda baginda: “Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: “Hamba Allah dan rasulNya” (al-Bukhari). Maka Umar tidak menjadikan maulid Nabi s.a.w sebagai permulaan kalendar Islam untuk mengelakkan generasi kemudian menyeleweng” (Abu Faris, al-Hijrah al-Nabawiyyah, m.s 16, Jordan: Dar al-Furqan).


Inilah ulasan Dr Abu Faris dan pendapat ini dikongsi oleh ramai pengkaji yang lain.


Tanpa syak umat Islam berbangga dengan kedatangan Nabi s.a.w. Kelahiran yang membawa kebahagiaan dan rahmat kepada dunia sejagat. Cumanya, dalam proses mengelakkan persamaan di peringkat itu mereka tidak mengadakan sebarang perayaan khas. Bukan bererti mereka tidak menghargai. Sebaliknya generasi Salafussoleh merupakan zaman yang paling menghormati, mengikuti dan menghargai Nabi s.a.w.


Mereka terjemahkan itu semua dalam tindakan dan perbuatan mereka. Mereka mengamalkan sunnah baginda dan menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang ditegakkan oleh baginda. Hakikatnya, mereka merayakan pengutusan Nabi s.a.w sebagai rasul sepanjang hayat mereka. Namun apabila muncul zaman Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, perayaan Maulid Nabi s.a.w secara besar-besaran diadakan. Sebab itu dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s.


Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian ia dihidupkan oleh beberapa pemerintah yang lain. Para ulama pula berbeza pendapat tentang hal ini. Ada yang membantah habis-habisan. Ada pula yang mengizinkan dengan bersyarat tidak mengadakan sebarang ibadah baru sempena Maulid, iaitu seperti solat Maulid, atau puasa maulid, atau seumpamanya. Sudah pasti mengingati maulid dengan mempelajari Sirah baginda, berdiskusi mengenainya dan mengingatkan tentang kepentingan menghayati perjuangan baginda, tidaklah salah.


Adapun Kerajaan Fatimiyyah, mereka mempunyai agenda politik yang tersendiri. Mereka ingin berkempen kepada kekuatan aliran syiah mereka. Beberapa pemimpin sunni kemudiannya mengadakannya juga atas berbagai tujuan yang lain. Ia berlangsungan dalam kebanyakan negara sehingga dibawa ke negara kita ini.


Melihat kepada sejarah perayaan maulid, maka jelas bahawa isu perarakan bukan isu pokok dalam ajaran Islam. Ia sangat sampingan. Bahkan perayaan itu sendiri antara amalan yang menimbulkan pro dan kontra sepanjang sejarahnya. Tidak mengadakan maulid tidak menjejaskan sebarang akidah atau amalan Islam. Tentu pasti, tidak berarak maulid tidak memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan seorang muslim.


Cumanya, kita agak terkejut mengapa soal Islam dan umatnya cuba diuruskan oleh seorang pemimpin yang bukan Islam. Ini menimbulkan berbagai persoalan. Saya tidak fikir Ketua Menteri Pulau Pinang sampai ke peringkat perbahasan ilmiah seperti yang disebut kebanyakan sarjana tentang amalan maulid ini. Maka, apakah tujuannya? saya tidak jelas.


Namun masalah umat Islam Pulau Pinang lebih besar dari tidak dapat berarak maulid. Tidak berarak maulid bukan masalah. Apa yang menjadi masalah mereka terpinggir dan seakan ada usaha ingin menghalau mereka keluar dari pulau itu sejak sekian lama. Keadaan yang dicipta yang menghimpit kehidupan mereka di pulau tersebut sehingga mereka yang berkerja di situ lari mencari penempatan di Seberang Perai, atau Kulim dan Sungai Petani, Kedah.


Lonjakan harga rumah dan pengkhianatan sesama agama dalam pengurusan tanah dan harta telah bermula sejak sekian lamanya. Sebahagian yang bertempik sakan hari ini kononnya membela melayu Pulau Pinang, tangan mereka juga tidak lebih bersih daripada tangan-tangan kotor yang ada pada hari ini.


Bukan baru, atau setahun dua Melayu terpinggir. Sudah lama. Malang sebuah negeri yang pernah dalam satu masa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang berasal darinya, tetapi umat Islam negeri tersebut sedang dihambat oleh suasana, rencana dan pengkhianat ‘orang lain’ dan sesama bangsa.


Sultan Muhammad Jiwa telah menjual Pulau Pinang kepada Inggeris. Di situ segala bermula. Cumanya, disebabkan suasana yang lebih bebas dari kongkongan pemikiran feudal, negeri ini sejak dahulu terkenal dengan melahirkan atau memberi ruang kepada tokoh pemikir dan orang yang petah berbicara.


Saya puji bukan kerana saya orang Pulau Pinang. Semaklah sendiri. Namun ternyata, hambatan kuasa ekonomi lebih kuat dari ketajaman fikiran dan kepetahan lidah. Pemikiran-pemikiran yang baik pun tidak mampu menghadapi kekuatan dan pengkhianatan sesama bangsa atau agama. Bukan perarakan maulid yang menentukan survival ‘melayu Pulau Pinang’. Ya, ‘survival melayu’. Itulah bahasa yang sering mereka gunakan “melayu Pulau Pinang”. Saya antara orang kurang selesa dengan perkataan perkauman yang seperti itu. Sebutlah ‘umat Islam Pulau Pinang’. Dada agama jauh lebih luas dari kesempitan bangsa. Insan boleh menjadi muslim walaupun dia dilahir tidak muslim.


Namun, seorang bukan Melayu tidak boleh bertukar menjadi Melayu. Isu bangsa sentiasa sempit. Isu Islam sentiasa luas dan memberi rahmat untuk semua. Hakikatnya, yang mengangkat sedikit sebanyak nama orang Islam di Pulau Pinang bukanlah Melayu tetapi ‘India Muslim’ Pulau Pinang. ‘Depa panggil Mamak’.


Kedai Mamak nasi kandar dan kedai emas ‘keling’ (India Muslim) yang menyebabkan kita dapat melihat orang Islam berniaga di Pulau Pinang. Bukan tiada peniaga Melayu tulen, tetapi tidak begitu banyak. 


Alhamdulillah, Mamak Penang sudi untuk mereka dipanggil ‘orang Melayu’. Maka, masih terdengarlah kewujudan Melayu Pulau Pinang.


Sudah lama isu bangsa cuba diangkat. Cukuplah wahai Melayu semua parti politik. Kekuatan kita ialah Islam. Berjuanglah atas semangat Islam. Ia lebih merangkumi setiap individu dan lebih adil untuk semua insan. Melayu Pulau Pinang tidak akan bangkit sekadar perarakan maulid. Sudah sekian lama kita berarak, apa hasilnya?! Dapat kita beli tanah, lot kedai dan rumah di Pulau Pinang lebih banyak?!


Kembali melihat isu dengan kefahaman Islam yang tulen dan merancang sebagai seorang muslim, bukan sekadar seorang melayu. Orang lain merancang, kita juga mesti merancang. Kita mengharapkan kekuatan semangat Islam dan pertolongan Allah, bukan sekadar semangat bangsa dan keris Hang Tuah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Frankly speaking mate, we don't give a hoot about being regarded as this or that!


It makes no bloody difference as to whether any of you dumb shits wanna acknowledge us or not?


We don't rely on this or that bloody government subsidy.


We are mostly financially independent unlike some of the so called Malays who camp outside this Dato Seri or that Tan Sri's Ministry and wait for some scraps in order to survive to the next day or resort to prostituting themselves so that they might be considered as a potential candidate for the next GE!


Now, that's a fact and you can take it to the bank, you dimwit!


*********************************************************




Hehehehehe!!!


Apsere na pete yakpur salam!


Semoga menggelegak luar dalam! Cargas!!!


"The Truth must be told no matter what so that justice may live!!!"
                          Mahaguru58

Post a Comment