Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, May 21, 2011

Mahyon Ismail, pelakon veteran filem dan drama Melayu meninggal dunia! AlFatihah!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un.

Pelakon veteran Mahyon Ismail atau nama sebenar Mayayun binti Ismail, 69 tahun telah meninggal dunia pada jam 12.30 tengahari tadi di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang Point, Selangor Darul Ehsan.


Allahyarhamah adalah isteri Allahyarham Seniman Veteran Hussein Abu Hassan yang juga merupakan salah seorang bintang filem klasik Melayu dari zaman kegemilangan Studio Merdeka dan juga dari Studio Cathay Keris serta Studio Jalan Ampas, Singapura.


Arwah adalah diantara nama nama terkenal didalam dunia filem Melayu zaman hitam putih. 






Faizal Hussein
Allahyarhamah Mahyon Ismail adalah ibu kepada pelakon Faizal Hussein yang turut terkenal dengan filem filem seperti Gila Gila Remaja, XX Ray, Leftenan Adnan dan lain lain filem Melayu yang boleh dilihat disini.


Allahyarhamah Mahyon Ismail merupakan seorang pelakon filem Melayu lama dan arwah masih terus diberikan peluang berlakon oleh penerbit dan pengeluar filem dan drama sampai baru baru ini.


Allahyarhamah selalunya diberi peranan sebagai pelakon tambahan dan hanya didalam filem Bunga Padi Berdaun Lalang diberikan peranan sebagai pelakon utama. Filem tersebut adalah keluaran Merdeka Film Productions Sdn Bhd dan cerita asalnya karangan Kalam Hamidy dan Lakon Layar ditulis oleh Allahyarham Hussein Abu Hassan, suami arwah sendiri.
Allahyarham Hussein Abu Hassan, pelakon veteran Filem Melayu Klasik
Menurut berita terbitan akhbar Utusan Malaysia, jenazah Allahyarhamah Mahyon Ismail akan dikebumikan pada malam ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.


Muslimin Muslimat sekelian, marilah kita menghadiahkan bacaan Surah AlFatihah kepada arwah dan bagi mereka yang mampu, hadirkanlah diri dimajlis pengkebumian Allahyarhamah nanti.


Semoga ruh arwah dirahmati Ilahi. Amin Ya Rabbal Alamin!


Al Fatihah!





Kepada Faizal Hussein sekeluarga, saya ucapkan takziah dan berdo'a agar Faizal sekeluarga akan sentiasa bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi ini.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment