Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 19, 2011

Semuanya salah UMNO ~ BN menurut Us'Start' Bob Lokman





Memang menarik juga mendengar ceramah Us'Start' Bob Lokman. Gelaran 'Us'Start' ni dia sendiri yang beri. Kata Bob Lokman dia baru 'start' sebab baru masuk PAS. :)


Seronok juga melihat seorang yang pernah bergelumang dengan dunia hiburan berhijrah ke jalan yang kita kira kurang sedikit dari dosa tetapi beralih dari dosa zahir kepada dosa batin.


Dosa batin macamana pulak? Iyalah bilamana kita mula mencaci mencerca mengata menghina sesama Islam dan mengajak orang membenci satu kelompok umat Islam lain yang sedang memerintah negara dan tanahair kita sendiri.


Saya setuju pemerintah ditegur tetapi biarlah dengan landasan yang betul. 


Cuba kita semak modus operandi yang dijalankan PAS seperti jelas didalam majlis ceramah Bob Lokman ini.


Awal majlis adalah apa tuan tuan dan puan puan?


Kutipan derma jihad!


Jihad perang mana beb?


Jihad masuk poket dan kantung kantung penceramah serta urusetia majlis.


Kemudian disusuli dengan unsur jenaka menyerikan majlis kononnya.


Apa kesudahan intipati majlis seperti ini?


Adakah tercapai matlamat majlis?


Majlis apakah ini?


Majlis ilmu agama atau hanya retorik politik semata mata?


Sungguh mengecewakan pergerakan politik yang seperti ini, menggunakan label Islam yang pada kulitnya mengajak kepada kesatuan ummahnya tetapi pada hakikat yang sebenar hanya membawa kepada gejala fitnah memfitnah sesama Islam dan cuma bersimbolkan 'keislaman' seseorang itu melalui perubahan penampilan luaran sahaja.


Islam lebih dari semua itu Bob!


Alang kepalang u nak berubah cuba u ikut jalan ulamak muktabar seperti Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din!


'Majlis ceramah' u tak sama dengan majlis ilmu yang dibawa oleh ulamak Islam sebenar seperti Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din AlHaj.


Beliau adalah ahli PAS juga malah Timbalan Mursyidul Am PAS.


Belum lagi saya melihat Prof mencaci cerca sesiapa walaupun parti beliau adalah seteru yang nyata terhadap UMNO.


Engkau mengata aku ; aku mengata engkau.


Musuh musuh Islam seronok memerhatikan gelagat orang orang PAS seperti 'Us'Start' Bob Lokman ini.


'Run of the mill' bro.


Stereotype.


Jenis kalau nak berceramah mesti nak kena hentam sesama Islam.


Islam tak ada menyuruh kita bermusuh2an tetapi 'Us'Start' seperti Bob Lokman semberono sahaja mengata mencerca saudara seagama dengannya.


Kalau beginilah cara berjuang untuk Islam, maka tak ada perbezaan diantara Bob Lokman dengan mana mana pencerca Muslimin yang lain.


Saya tidak nampak apa apa hasil dari perbuatan seperti ini melainkan diri sipenceramah menipu dirinya sendiri dengan menjangka dosa dosa lampaunya terhapus dengan menjadi ahli PAS dan berceramah ke sana sini memaki saudara sesama Islam dengannya didalam UMNO.


Berdakwahlah dengan semangat Mukmin sebenar bukannya berdrama swasta sebagai seorang yang begitu angkuh menyangka diri dah suci luar dalam.


Nak kena usaha lagi Bob!


Bawa bawa belajarlah dari Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din cara cara nak mengajak manusia kejalan Allah.


Tukar  Tok Guru le beb. Yang u ikut sekarang ni ' line tak clear' syeikh!


Makin berserabut nampaknya.
Post a Comment