Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, May 20, 2011

Wacana Perdana ke 7 ~ Tergugatkah kuasa Melayu di PRU ke 13 nanti?


Ikutilah Wacana Perdana ke 7 yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim baru baru ini.


Saksikanlah betapa 'sporting'nya para hadirin di majlis yang sepatutnya dijalankan dengan penuh semangat ukhuwah Al Islamiyyah almaklum sahajalah kerna diadakan di 'Serambi Mekah' tetapi berkesudahan dengan penyaksian sikap kurang sopan dan biadap sesetengah hadirin yang terikut ikut gejolak nafsu amarah dan kebencian yang meluap luap terhadap perwakilan dari UMNO dan PERKASA!


Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap sesetengah orang ahli ahli PAS memang tidak mencerminkan akhlak yang sepatutnya ada pada diri mereka selaku anggota parti yang berlabelkan Islam.


Pendapat saya bahawa keadaan ini membuktikan bahawa memang mustahil untuk kita mengharapkan sikap puak puak sebegini berubah sebelum tiba Hari Kiamat.


Ingin saya merakamkan kembali beberapa kerat pantun lama yang bersesuaian dengan keadaan yang berlaku didalam majlis 'wacana' terbabit:


Buruk parang dimakan karat,
         Besinya lemah mata pun tumpul,
Buruk orang melupakan adat,
         Hati menyalah fikiran mantul!


Memang tepat sekali pantun di atas mencerminkan keadaan beberapa orang penyoal di akhir wacana tersebut yang memang buta adat, kurang ajar dan biadap terhadap tetamu yang datang bertandang ke negeri yang sepatutnya menjadi contoh teladan kerana dipimpin dan diperintah oleh Mursyidul Am Parti Islam seMalaysia.


Kalau menutup tidak rapat,
         Lalat masuk semut pun masuk,
Kalau hidup tidak beradat,
         Tabiat buruk mulutpun busuk!


Saya perhatikan begitu biadap seorang tua yang sudah beruban, lupa akan cara berkelakuan terhadap tamu negerinya. Mana dia sopan dan santun terhadap seseorang yang bergelar?


Mana dia adat dan adab yang sepatutnya sudah ada pada diri seorang yang tua sepertinya?


Budak budak mentah pun tahu cara cara bersopan terhadap orang yang datang bertandang ke rumah mereka. Ini bak kata pepatah,' Rumah kata pergi ; kubur kata mari@' masih tak sedar diri, melenting tak tentu pasal bagaikan orang hilang akal!


Jika beginilah sikap seorang tua diKelantan, maka lupakan lah hasrat untuk mengaku negeri 'Islam' kerana Islam tidak mengajar umatnya untuk bersikap kurang ajar terhadap tamu yang datang bertandang!


Para hadirin rata rata bersikap biadap terhadap tamu mereka. Jika sudah tidak tahu cara melayan dan menghormati tetamu maka lebih baik lupakan sahaja untuk mengadakan wacana sedemikian rupa dinegeri Kelantan pada masa masa akan datang.


Buat membazir masa dan kewangan sahaja berwacana dengan pihak yang buta adat, lupa adab dan cara cara melayan tetamu. 


Waste of time bro bila melayan pihak yang 'sum mum buk mum om yom fahum laa yarr ji uun!'


Lebih baik tumpukan perhatian pada mana mana orang yang lebih tahu menghargai usaha kita untuk menyambung tali silaturahim.


Pinggan dah retak, nasi dah dingin,
            Engkau tak hendak daku pun tak ingin!


Perkara ini memang terbukti dengan cara pemimpin negeri pernah menunjukkan didalam satu peristiwa sebelum ini.


Carilah sendiri akan yang mana satukah peristiwa yang menjadi bukti kukuh akan perumpamaan bahawa :


Jika dayung tidak kuat,
      Sekali rengkuh patah berderak,
Jika kampung tidak beradat,
      Negeri rusuh, umat berserak!


Macamana lah kaffir harbi pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang tak naik tocang bila orang orang yang kononnya Islam sanggup mencaci cerca sesama saudara seagama mereka?


Saksikanlah bukti penentangan DAP terhadap perancangan penubuhan negara Islam diMalaysia ini oleh mana mana pihak tak kira PAS ataupun siapa sahaja:



PAS pun sebenarnya tidak ada hasrat untuk menubuhkan negara Islam seperti dinyatakan oleh bekas MB PAS Perak:



Semuanya auta sahaja beb!


Ketua Agama Negeri nak laksanakan 6 kali sebatan Syariah pun sama juga terketar ketar kecut segala benda!


Nasib kita lah umat Islam seMalaysia. 


Kot sana penyamun; kat sini penyangak!


2 kali 5 juga syeh!


Nak harapkan yang mana satu didalam PRU ke 13?


Sebelah BN pun ada kamjat seperti MCA, jadi duri dalam daging umat Islam.


Sebelah sana ada DAP ~ Dasar Anti Perpaduan ummah!


Mereka tak akan senang duduk jika umat Islam seMalaysia mahu duduk semeja berunding bermuzakarah mencari titik perpaduan.


Ditambah pulak dengan puak yang merasakan diri terlebih suci dari embun pagi.


Buang angin perasan bau kasturi, buang air keluar intan permata...


Iyelah tu!


Bila meninggal karang, jawab le sendiri dihadapan Rabbul Alamin!


Kat dunia boleh lah kalian sombong, dalam kubur.. sorry brader..lain story!


Tak gitu?

Post a Comment