Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, May 01, 2011

Zunar menuduh Ulama UMNO mempertuhankan 'Abdullah Badawi' dan Mahathir Mohamad??

Sudah sekian lama saya perhatikan kecenderungan kartunis Zunar untuk menggunakan lukisan lukisan kartunnya bagi tujuan memperlekehkan para pemimpin negara terutamanya pemimpin UMNO seperti PM Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri beliau, mantan PM ke 4, Tun Dr Mahathir Muhamad dan mantan PM ke 5 Tun Abdullah Badawi serta melakar kartun melambangkan Anwar Ibrahim sebagai mangsa mereka.


Kartun dijadikan bahan politik untuk menyerang peribadi peribadi terbabit dan bilamana diambil tindakan kerana memfitnah dan mendatangkan aib kepada mangsa mangsa sasaran politiknya itu, dipersendakan bahawa para pemimpin negara terbabit takut kepada kartun!


Kartun politik tidak boleh dipandang enteng, tuan tuan dan puan puan. Mesej yang dibawa kartun kartun tersebut boleh membunuh sepertimana kita melihat rusuhan rusuhan yang telah tercetus dibeberapa negara bilamana peribadi Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dihina oleh pelukis kartun Denmark dan ada kartunis yang telah dibunuh angkara penghinaan nya itu.


Kartun Zunar bersifat fitnah terhadap indidividu individu terbabit. Bilamana ia melakarkan kartun di atas dengan melambangkan bahawa ulama ulama UMNO 'mempertuhankan' Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamad!


Kartunis tersohor seperti Dato Lat dihormati kerna cara beliau melukis kartun mengabadikan keadaan zaman lalu yang sudah hilang dari kehidupan kita. Dek kerna itu seluruh negara menghargai usaha Dato Lat dan walaupun ada kartun kartun Lat yang kadangkala mempersendakan para pemimpin politik seperti Tun Dr Mahathir, Pak Lah, Samy Vellu dan sebagainya, kartun kartun Lat lebih bersifat menghiburkan dan tidak berniat jahat seperti kartun Zunar diatas.


Bakat melukis kartun tidak harus disalahgunakan oleh Zunar untuk menghina para ulama UMNO. Menuduh mereka sebegini hanya menjatuhkan kredibiliti sikartunis.


Ulama UMNO berhak untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Zunar diatas fitnah ini. Kartun politik bersifat 'libel' dan boleh disabitkan dengan pelukisnya dari segi undang undang.


Seseorang kartunis yang menjatuhkan maruah mana mana individu dengan menyabitkan peribadi mereka dengan individu sebenar seperti kartun diatas hanya mencari masaalah perundangan.


Ini pendapat saya.
Post a Comment